Tuesday, February 8, 2011

Anugerah Sri Angkasa by RTM

Haha...kisah pasal TV lagi. Sekarang kan banyak sangat iklan kat RTM pasal Anugerah Sri Angkasa 2010 (ASA) yang bakal berlangsung pada 18-19 Februari 2011. Tempatnya dia PWTC. Memang berprestij lah kot anugerah ni. Dengar kata dah 4 tahun tak pernah diadakan...tup-tup tahun ni diadakan balik. Saya pun tak pasti kenapa dan mengapa.


Bukan nya saya dibayar untuk promosikan pasal ASA nih. Cuma saya sangat suka dengan salah satu iklan promosi rancangan ni. Tiba-tiba keluar kat TV tu berita terkini, ala-ala berita dunia, siap Farit Ismeth Emir yang bacakan berita tu. Dia cakap di luar negara ada orang nampak objek pelik kat angkasa sedang menuju ke bumi. Then, dia kata, kejadian seperti ini akan berlarutan sehingga 18 atau 19 Februari. Aku punyalah tumpukan perhatian, fokus tahap gaban pada berita tu. Dah terfikir, ada komet nak langgar bumi ke? Armageddon kah? Haha...serius macam dah 'ter'percaya gak laa.....

Rupa-rupanya dia nak promote rancangan ASA ni lah. Aduhaiii.....

Kalau anda berminat nak tahu detail pasal ASA nih, sila ke sini yer.

3 comments:

  1. blog walking....! nice blog to watch out.

    ReplyDelete
  2. tak tgk la pulak promo tu, jaram tgk rtm leni, ekekeke.

    ReplyDelete
  3. farit ismeth masih hangat lagi kat rtm yer samapi masuk promo angerah angkasaraya..hahah

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template