Monday, January 10, 2011

Day 28.....

Alhamdulillah, segala puji hanya selayaknya bagi Allah SWT. Sepanjang minggu lepas, adalah saat yang sangat kritikal. Abang mengalami 'sepsis' dan dalam masa yang sama telah menyebabkan 'septic shock'. It was the hardest time for me. Apa lagi yang boleh kita buat bilamana doktor berpesan, just be prepared if anything happen to him, because he is very critical...........aku sangat takut.

Tapi, Allah Maha Kuasa. Abang kembali stabil apabila antibiotik yang tepat mula bertindak. Tiada lagi demam tinggi 40-42 degree, sel darah merah, darah putih, albumin semua kembali meningkat selepas menurun ke tahap yang membimbangkan. Dan dalam tempoh 72jam tanpa demam, abang sudah tidak memerlukan tiub untuk bantuan pernafasan. Dan hari ni, tiada lagi tiub untuk urine. Tapi, abang masih mendapat sumber makanan utama melalui tiub. Abang masih dalam proses untuk belajar menelan semula. Baru belajar nak telan air dengan picagari.

Esok, genap 4 kali Selesa selepas tragedi hari tu. Bermakna, dah sebulan abang terlantar. Abang dah sangat kurus!! Macam yang pernah ku lihat dalam gambar dia semasa di sekolah menengah. Dan aku? dek kerana asik makan dan tidur sahaja, maka tiada penurunan berat badan di sini ya, walaupun heartbeat aku sentiasa bergerak laju...hehe.

Selepas bangun dari tidur yang panjang, abang adalah sangat berbeza. Dia seolah-olah langsung tidak mengingati tentang kejadian hari tu. Dia nampak sangat susah untuk mengingati apa-apa yang berkaitan dengan dirinya. Dia adalah sangat keliru. Acap kali dia bertanya, rumah siapa dia berada sekarang?
Kadang-kadang, abang bertanya soalan-soalan yang pelik. Adakalanya dia menggunakan istilah perubatan yang aku pun tak faham. Dan dia banyak berbahasa Inggeris. Haha....nampak sangat dia terpengaruh dengan perbualan doktor-doktor yang sentiasa ada dekat dengan dia semasa dia tidur hari tu.

Aku cuba sedaya upaya untuk meluangkan lebih masa bersama abang. Di sini, ahli keluarga pun perlu mematuhi masa melawat yang ditetapkan untuk bersama abang. Selepas hari ke tiga abang sedar sepenuhnya, dia langsung tak nak tidur. Paling lama pun setengah jam. Dan dia lebih kerap menangis. Aku telah dipesan agak tidak menunjukkan emosi sedih di hadapan dia. Tapi, tadi, aku tak mampu menahana titisan air mata bilamana dia menangis teresak-esak bila melihat aku datang, dan kemudian hanya memandang padaku, tangannya mengusap kepalaku....tanpa berkata-kata. Jauh dalam anak matanya, aku tahu, ada seribu macam perasaan yang bermain dalam fikiran dia. Jelas kelihatan, wajah ketakutan, kesakitan, sedih dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu meyakinkan dia, bahawa semua ini akan berakhir. Semua nya akan kembali pada normal. Apa yang penting, dia selamat. Tapi, aku hanya mampu memberi kata nasihat, sedangkan hanya dia yang tahu betapa beratnya apa yang dialami nya itu.


Abang, bersabarlah. Tabahlah. Terimalah semua ini dengan redha. Allah sayangkan kita. Saya yakin, semuanya akan kembali baik seperti sedia kala....Allah dah berjanji, dalam setiap keperitan, akan datang selepasnya, kesenangan dan kemudah. InsyaAllah.

6 comments:

  1. Alhamdulilah... moga cepat2 sembuh dan balik rumah baru (kalu beli lah)... hahaha
    Cun, bila nk amik barang2 ni? mcm confirm je pindah KL.. hihihi

    ReplyDelete
  2. suna mesti tabah...akak yakin sume ni ade hikmah disebaliknye...klu leh pindah KL mesti best...insyaallah dpt wat keje yg best dr seblm ni...:)

    ReplyDelete
  3. weh. aku xpenah aa nangis baca blog post org. wpun berdozen org ckp die mnangis bace blog post itu ini, tp aku xpenah nangis. aku baca & go. tp ni 1st time aku mcm dh tkluar air mata sikit aaa baca paragraph no. 5 tu. sedey seh.
    tp ok la tu husband ko dh ok dh tu sikit. nanti aku doakn lagi ye. eh, ko kt mane ekceli? kalo aku nk g melawat, adekh di hospital mane? -intan-

    ReplyDelete
  4. "Allah dah berjanji, dalam setiap keperitan, akan datang selepasnya, kesenangan dan kemudah. InsyaAllah"

    AMINNNN!!

    ReplyDelete
  5. sedih, sayu tapi penuh dengan kasih sayang. InsyaAllah, kami doakan semuanya selamat .. amin :)thrill with the good news.. alhamdulillah.

    kak su

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga Arif terus memberi tindak balas yg positif. Semoga semuanya akan berakhir dan kembali baik seperti biasa. Suna, semoga terus kuat semangat dan tabah hati. Aminn.

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template