Tuesday, November 30, 2010

Bangga Blog Member Tersenarai

Sekarang kan tengah sibuk contest Blog Pilihan Malaysia. Aku pun saje je usha senarai blogger yang terpilih. Ramai gak antaranya blog yang rajin gak lah aku jenguk walaupun as silent reader jek. Tapi bila tertengok blog kawan sekolah aku dulu pun tersenarai utk 1st round, rasa macam nak tumpang bangga lah jugak.
Heee....

Sumber asal gambar dan details boleh refer di: http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/11/senarai-undian-peringkat-pertama.html
 
And my friend nyer link tu adalah : http://nukilangadiskampung.blogspot.com/
 
Hebat-hebat betol diaorang yang tersenarai nih. Semoga berjaya korang!

Kisah Seorang ‘Enchik’ Yang Kerek


Saya ni sebenarnya tak suka nak mengata kat orang, tapi kisah seorang ‘Enchik’ ini adalah sangat mengganggu fikiran dan jiwa raga saya. Aduhai. Dia adalah seorang yang berjawatan bos lah kat tempat kerja saya. Adalah bernasib baik dia bukan my direct superior tapi mana tahu kalau ditakdirkan dia bakal jadi bos saya kemudian hari, wallahu’alam. Dunia kan berpusing jek tak berhenti, so macam-macam kemungkinan boleh jadi kan.
Oh, kenapa saya tidak suka dia. Ada banyak sangat sebab dan tak mungkin terluah di sini.. Hari ini, dia berjumpa saya dan menyuruh saya pergi ke pejabat di cawangan Sarawak. Atas sebab? Oh ya. Dipendekkan cerita, syarikat ku banyak cawangan. Setiap kali ada meeting nak update apa2 aktiviti berkenaan, mesti ‘Enchik’ ini nak pergi. Tak pelah dia tu bos. Tapi dia pegi nonong-nonong je lah. Suka suka kot sebab boleh jalan-jalan free.
Bayangkan kita adalah pekerja yang bertungkus lumus buat keje-keje yg menyakitkan jiwa neh. Pastu bos sedap-sedap je gi meeting update kejayaan dia buat keje tu. Tapi tu memang pun keje bos. Cuma aku tak puas ati bila bos tak penah amik tahu pasal keje-keje itu, tak penah peduli staff dia buat keje ke tak, keja jalan ke tak, tapi dia sedap2 je nak gi ngaku keje dia berjalan lancar. Dah lah gi meeting tak ajak, balik tu langsung haram nak share apa kah perkembangan terkini. Aku tahu naper dia tak update kat opis, mesti dia gi meeting tu kejap je, pastu kuar gi jalan2 shopping2 kot. So dia pun tak tahu apa perkembangan meeting tu. Lagipun dia memang tak tahu apa-apa dari awal pun. Mesti rasa bodoh je dok dalam meeting tu kan. Bos memang banyak yang berlakon pandai je….Hahaha….
Pastu, bila orang dari cawangan Sarawak nak minta share tentang perkembangan projek itu, boleh lak dia suruh aku gi. Hello…aku tak pergi kot meeting yg ko gi tu, so aku mana tahu latest update hokeyyy! Boleh siap cakap, “awak tak nak gi ke? Sarawak neh?” Apa ingat aku kebulur sangat ke duit company dan bole jalan2 free macam ko tu. Boleh blah!!
Korang nak ke gi present benda yang korang sendiri pun tak feel dan tak tahu sangat pun. Tu namanya gi serah leher untuk disembelih. Tol tak? Aku suka bila ada kawan aku cakap direct kat ‘Enchik’ itu…”Bukan ke ‘Enchik’ yang gi meeting knowledge transfer kat KL tu, naper ‘Enchik’ je yang tak gi Sarawak tu?”…….hahaha.

Peringatan: Ini adalah entry yang penuh emosi. Kepada yang tak berkenaan, anda boleh abaikan nya. Hahaha…..di sebalik yang tersirat, ada yang tersurat. Hanya yang paham je akan paham apa yang sepatutnya di pahami.
Adios!!

Wednesday, November 24, 2010

Proton Menang Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010 di China

Kagum!! Tahniah Proton!!

Bolot tempat pertama dan kedua pulak tu. Memang tak leh kata apa lah. Then, dalam ranking kategori pengeluar, Proton ditempat ke dua after Mitsubishi then followed by Subaru. Depan dari Subaru tuuuu...isk isk. Sangat teringin nak merasa itu Satria Neo R3 itu.
Saya adalah peminat dan penyokong Proton. Kepada yang tidak sekapal, jangan marah ek.....huhu...  Details about the event boleh gi sini: http://www.kakinakl.com/2010/11/proton-menang-kejuaraan-rally-china_14.html dan juga di sini: http://www.arenakereta.com/2010/11/08/proton-satria-neo-s2000-proton-menang-1-2-di-rally-china/

Tuesday, November 23, 2010

Hari Ini Rezeki Murah

Hari ke 2 training kat KLCC. Content training tu adalah sangat light and easy...tapi tak dak lah easy sangat kalau part assessment. Huhu...tapi memang rileks sangat-sangat. Banyak masa free daripada masa belajar. Huhu. Then tadi masa lunch, one of my office mate yang turut serta dalam training nih ajak lepak dengan kawan-kawan dia yang kerja kat KLCC. Dia ajak makan kat Bumbu Desa KLCC. Restoran masakan Padang dan Sunda. Makanan dia macam boleh lah. Tapi boleh dapat lagi sedap kat tempat lain dengan harga yang lebih murah lah. Huhu... Thank you so much Encik Zawawi for the lunch treat....


Gambar adalah dari Google je sebab aku tak ingat lak nak amik gambar tadi. Isk isk....excited sangat makan kat tempat mahal.

Then, bila petang after office lak, my lovely ex-trainee yang kini dah bergelar executive pulak ajak jumpa dan makan-makan. Sementara tunggu dia abis keja, sempat gak aku shopping beberapa pasang baju tidur untuk Alyaa. Tengah sale kan...so tak ada lah mahal sangat. Baju Alyaa pun banyak dah ketat kat perut dan seluar senteng...dah makin membesar pun anak dara aku tu. Baju untuk jalan-jalan dah banyak sebab nenek ngan atok dia borong sakan untuk cucu yang seorang tu masa derang gi Bangkok baru-baru ni. Tak kan nak pakai gaun kembang-kembang plak untuk tidur malam kan, so memang kena beli lah untuk ganti yang dah tak padan tu.

Mula tu plan nak makan kat Nando's tapi boleh pulak dia tutup. Padahal tengah hari tadi ada je member training aku yang gi makan kat situ. Isk isk....so kitaorang decide makan Pizza Hut sebab nak cari location yang agak privacy untuk borak-borak gossip-gossip selepas agak lama tak bertemu...dah setahun lebih kot tak jumpe....heee


Then, my dear friend tu cakap hari ni adalah hari dia dapat gaji pertama beliau dan saya adalah orang pertama yang dia belanja dengan gaji pertama nya. Isk isk.....terharu tahap gaban gue...hik hik hik...sangat berterima kasih pada Cik Sarina yang maintain cute tu...
Teringat lak masa aku terima gaji pertama dolu-dolu. Rasa macam nak bagi semua orang yang rapat dengan aku merasa duit tu...seyes....aku memang bagi separuh pada mak ayah walaupun derang tak minta pun. Punya lah hepi sangat kan. Tapi end up, ujung bulan aku kekeringan dan terpaksa minta ihsan belas mereka jugak....hahahaha......tapi tu cerita dulu laaa, zaman tak reti nak manage duit lagi. Jangan tiru noooo!

Monday, November 22, 2010

Ariel Peter Pan dan kisah video 'hot' beliau.

Photo from Google

Kisah Ariel dengan video tidak senonoh nya bersama Luna Maya dan Cut Tari dah lama gah. Dia bakal diheret ke mahkamah. Ada sumber mengatakan kawan baik dia sendiri yang curi video koleksi peribadi Ariel dari laptop Ariel. Aku minat sangat lagu-lagu PeterPan. So terkezut lah jugak tapi tak dak lah terkezut sangat sebab sekarang nih dah macam lumrah dah perkara-perkara seperti ini. Isk isk....memang dah akhir zaman sangat dah. Perkara yang dahulu adalah sangat taboo kini dah macam makan kacang.

Dulu masa kecik-kecik, sangat jarang dengar kes-kes seperti tangkap basah, mengandung tak berbapa, buang anak bagai. Memang sangat takut lah nak sebut pun kalau ada dengar-dengar kat ujung kampung ka...dan memang semua orang akan mengutuk sakan dan menganggapkan itulah sedahsyat-dahsyat perkara. Tapi, sekarang, semua tu adalah sangat banyak di sekeliling kita sampaikan dah jadi macam lumrah. Ya Allah, peliharalah zuriat keturunan ku dari perbuatan yang terkutuk ini. Jauhilah sebarang anasir yang boleh menarik kami ke arah perbuatan-perbuatan yang dimurkai-MU. Amin.

Walaupun untuk koleksi peribadi, video atau rakaman gambar pegun terhadap kelakuan sumbang adalah sangat memalukan dan terkutuk. Even suami isteri yang sah pun tak boleh record aksi mereka hokey. Betapa Islam memelihara kemuliaan makhluk bernama manusia nih. Tapi manusia yang tak reti nak hargai kemuliaan penciptaan mereka dan sanggup merosakkan diri sendiri dengan tangan-tangan mereka sendiri. Isk isk....takut!

Erkk....teringat lak cerita-cerita yang aku dengar kalau nak bercuti ke Langkawi terutama untuk package honeymoon, ada pihak hotel yang sengaja memasang kamera untuk merakam aksi pasangan terbabit untuk dijual di pasaran gelap. Entah betul ke tidak aku pun tak pasti. Tapi memang aku akan usha setiap sudut dalam bilik hotel kalau-kalau ada benda mencurigakan. Haha...kalau tak silap ada akta yang boleh menyalahkan pihak hotel kalau pasang kamera kat bilik guest. Oh ya, kawan aku penah bitau, kalau nak tau ada kamera tersembunyi ke tak bila masuk mana-mana bilik hotel, sila padamkan semua sumber lampu dan usha sekeliling terutama kat sebalik langsir. Kalau ada lampu kecik macam LED kaler merah ke, biru ke...kemungkinan itu adalah kamera. Jadi, berhati-hatilah.

Year End Sale 2010 at KLCC

Aku ada training kat KLCC stating from 22 Nov till 24 Nov. So 3 hari lah aku dok melepak pusing-pusing Suria KLCC tu. Kena pulak tengah ada Year End Sale. Punya lah ramai orang walaupun hari bekerja. Tadi sempat round satu ISETAN. Banyak sale. Kasut, beg tangan, baju, baju budak kecik...semua nya lah. Beg GUESS ada sampai 70%. Bonia, Carlo Rino, Sembonia bagai ada sampai 40% - 50%. Kasut aku tak pulak gi tengok dekat. Baju shantek-shantek pun banyak yang separuh harga. Aku sangat dah suka satu baju nih, tapi tak reti lah nak beli sorang-sorang. Kena ada somebody temankan untuk bagi komen sama ada sesuai ke tak dengan aku. Hehee.... Fuhh.. Details pasal ISETAN sale boleh tengok kat sini: http://www.shoppingnsales.com/2010/11/14/19-november-28-october-2010-isetan-year-end-sale/


Aku pusing-pusing cuci mata ja. Memang tak ada plan nak beli apa-apa pun. Pulak tu jalan sorang-sorang. Kalau ada geng atau suami tercinta menemani, maybe ada semangat sikit nak shopping. Nih baru ISETAN, PARKSON aku tak gi jengah lagi. Mesti sale jugak. Kawan aku pun dah kecoh bitau SOGO tengah sale  maut punya sampai 2 Jan nih. Kepada peminat-peminat sale atau jualan murah, masa inilah untuk anda berkunjung ke tempat-tempat menarik ini...hehe.

Peace!

Monday, November 15, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Aku nih suka sangat mengkaji lirik lagu. Huuu…tapi lagu nih best terutama lirik dan maksud tersirat nya. Kisah anak yang sukar nak melafazkan sayang pada orang tua nya. Ya, tidak dinafikan ada anak yang agak kurang rapat dengan orang tua nya terutama si ayah. Aku pernah jumpa orang yang sangat tak mesra dengan ayah mereka. Nak cakap dengan ayah pun takut-takut, ayat skema jek. Tapi mereka sangat menghormati ayah mereka itu, Cuma kemesraan jarang dizahirkan. Malu dan segan gamaknya.

My Ayah & My Mama

Aku bersyukur kerana ayahku tidak lah terlalu tegas sehingga terbina barrier antara ayah dan anak untuk bermesra. Ayah ku sangat sporting. Ya, aku tidak kekok untuk mencium ayahku di khalayak ramai. Adak ala, bila teramat rindu, aku hantar sms cakap rindu kat ayah. Aku boleh bercerita dan berkongsi itu ini dengan ayah terutama kisah-kisah penjagaan anak kecik sebab ayah ku sangat terror jaga budak hokey. Kalau ada ayah, aku tak kisah sangat pasal si anak aku tu sebab ayah akan jaga dan main dengan cucu dia tu jek. Aku boleh suka-suki gi sana sini dengan suami sebab ayah sangat nak bermanja dengan cucu nya itu.  Haha….my father adalah sangat loving. Dulu masa praktikal, aku satu ofis dengan dia. Dia suka dengar lagu Puteri nyanyian Zainal Abidin yang agak glamer pada ketika itu. Dan dia suruh aku dengar jugak ala-ala dedicate that song to me. Oh, I love my ayah. Masa kat university pun ayah masih tak kekok nak suapkan aku makan….aku ingat lagi masa ayah datang melawat aku kat UTP, dia suap udang kat mulut aku kat bawah blok hostel tu je tempat orang lalu lalang….oh, ayah sangat mengagumkan.

Bak kata lirik lagu di atas, lafazkan dan zahirkan lah kasih sayang terutama dengan ibu ayah kita tanpa segan silu. Ini terbalik, sangat ramai yang tidak malu untuk menzahirkan kasih sayang dengan berpegangan tangan, bertepuk tampar apatah lagi kissing-kissing dengan balak/aweks yang haram itu.

Ayuh semua, cepat zahirkan sayang anda pada ibu ayah yang masih ada. Salam, cium tangan, kucup pipi, salam semut, cium dahi dan peluk lah mereka sekurang-kurangnya 10 saat. Ucapkanlah, “mak, ayah, saya sayang mak dengan ayah sangat-sangat!!” Lakukanlah sebelum terlambat.

Niat Kerana Allah SWT

Niat adalah sangat penting ya kawan-kawan. Dalam kitab karangan Imam Nawawi berkenaan Hadith 40, hadis yang pertama diletakkan adalah berkenaan niat. Mafhumnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

Tapi ingat ya kawan-kawan, untuk lebih afdhal hendaklah merujuk kepada ustaz atau ustazah kerana dibimbangi pembelajaran tanpa mu’allim atau guru ini boleh menyimpang kepada keburukan. Zaman sekarang sangat berleluasa orang belajar berguru kan internet  semata-mata. Minta dijauhkan.

Ok, berbalik kepada niat. Marilah kita meletakkan setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah kerana Allah SWT. Menulis blog pun biarlah kerana Allah SWT. Ikhlas untuk berkongsi  kisah menarik/suka/duka kita atau berdakwah. Saya pun nak cuba ke arah itu. Cuba untuk meningkatkan perkongsian yang berfaedah dan cuba mengurangkan perkongsian yang tidak berfaedah terutama pasal nak kutuk orang. Haha…

**PS: Ada jugak orang yang dari awal berniatkan untuk berblog semata-mata untuk mengutuk dan meluahkan ketidakpuasan hati pada tuuutttt…atau tuuuutttt….isk isk….bak kata Nabil yang tengah ‘hot’ tu, “Lu Pikirlah Sendiri”~

<3 <3 <3  PEACE!!

Persiapan Nak Balik Kampung

Assalamualaikum semua. Haha…budget macam ada orang baca jer blog nih. Tapi, at least ada malaikat yang menjaga di mana-mana. Hehe.
Photo from Google

Saya adalah sangat teruja nak balik kampong kat Perlis Indera Kayangan untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga terchenta~ Saya sangat teruja dan gembira sehinggakan saya rasa macam tak mau packing-packing, nak balik terus jer. Kesian suami tercinta yang sibuk-sibuk packing barang-barang keperluan si comel kami. Suami saya memang sangat suka packing-packing barang kerana itu adalah hobi dia. Hehe…sayang dia!

Oh, sangat lah banyak baju dan keperluan yang saya kena bawa kerana saya akan terus berkursus selama 3 hari di Kuala Lumpur selepas burcuti raya. Huwaa….saya kena berjauhan lagi dengan Si Manis…cahaya ketinggian dan kemuliaan yang berseri kemerah-merahan itu….harta sementara kurniaan Allah yang amat saya sayang. Oh, sedih lah saya. Tidur sorang-sorang kat hotel lagi. Oh, betul lah sedih. Tapi saya harus berkorban kerana tuntutan tanggungjawab dan amanah.

Oh, apa yang saya sudah melalut nih. Mari paksakan diri untuk packing barang. Cepat, mari bayangkan keseronokan bersama keluarga menyambut Aidil Adha. Ada rancangan sembelih 2 ekor lembu kat rumah tok. Nanti ramai-ramai sanak sedara tolong menolong masak-masak. Semua cucu dan cicit tok akan berkumpul (adakah semua dapat pulang kali ini?)….mesti meriah. Anak saya boleh berjumpa sepupu-sepupu seangkatan beliau. Ya, 4 orang sepupu saya yang telah berkahwin semuanya sudah ada anak yang sebaya anak saya….sungguh kiut. Sangat berharap dapat berjumpa Damia Yasmin, Adam Haris, Rayyan Mikhael dan Tg Amani Zulaikha (eh betul kah nama budak kecik nih? ) saya pun dah confuse.

Yang penting dapat bersilaturrahim dengan sanak saudara. Hoyey. InsyaAllah kalau diniatkan kerana Allah, ianya adalah ibadah J Juga mari jadikan peluang ini untuk berbuat kebaikan dengan sanak saudara atau bersedekah dengan ahli keluarga kerana itu adalah lebih utama dari sedekah kepada orang luar. Hehehe….oh, ingatan saya sudah sampai ke Perlis. Sangat malas nak bekerja pada hari ini. Astagfirullahal’adzim.

Sunday, November 14, 2010

Penjual Keropok Lekor Yang Tidak Jujur


Photo from google

Lusa saya nak balik kampung. Saya bercadang hendak membawa balik keropok lekor buat sanak saudara di kampung. Tadi, saya telah pergi membeli keropok lekor sebanyak 100 batang. Saya bertanya kepada si pengusaha keropok, adakah keropok ini masih baru? dan bolehkah bertahan dalam 2-3 hari lagi. Dengan confidentnya puan pengusaha itu mengatakan bahawa keropok dia tahan jek. Tapi kena simpan dalam peti ais lah. Standardlah tu. Bila balik ke rumah, saya sangat teruja nak makan keropok lekor. Walaupun saya tinggal di Terengganu, tapi saya jarang makan keropok lekor kerana itu bukanlah makanan kegemaran saya. Kalau ada orang bawa ke office atau terhidang dalam meeting, baru lah saya makan. Then, bila bukak je bungkusan keropok dah ada bau pelik. Saya goreng jek sikit untuk santapan minum petang, dan sangat kecewa kerana puan pengusaha telah mencampurkan keropok lekor yang telah berbau busuk dengan yang elok. Ciss, sungguh kurang asam. Dah lah nak bawa balik kampung. Memang habis lah kena sumpah seranah si pengusaha keropok lekor cap Udan* Gala* di Kuala Kemaman itu. Tapi saya jugak silap sebab saya tidak cek di kedai. Just main terima jek keropok yang dia dah bungkus itu sebab bila pegang rasa panas jek macam yang baru. Memang hampeh lah :(

Saturday, November 13, 2010

My Sweet Little Girl


Semalam seharian berjalan-jalan cuci-cuci mata kat East Coast Mall. Dari tengah hari sampai ke lewat petang. Dah lama tak keluar shopping jalan-jalan macam tu. Sangat seronok. Yaya pun seronok bila ayah dia bagi peluang bertatih dalam mall tu. Tapi awak berjalan slow sangat lah kakak, so better duduk diam-diam dalam stroller ye.

Beli belah baju dan seluar Yaya. Bayangkan, seluar panjang dia yang beli untuk raya AidilFitri haritu dah ketat tak boleh butang. Perut memboyot. Apa kakak Yaya makan ntah...haha...so kali nih ayah dia suruh beli yang besar-besar size 3tahun terus. Hahaha...jangan nanti anak mama nampak macam pakai baju pinjam udah.

Ok, the real story here is....tentang kecomelan anak saya. Ceritanya, bila dah balik umah selepas berjam-jam berjalan dan berdiri, haruslah aku sakit-sakit kaki. Minta si ayah tolong picitkan, tapi macam tak berasa sangat, so minta pijakkan terus kaki ku yang lenguh-lenguh.

Tiba-tiba, Yaya marah. Dia pukul-pukul kaki ayah tak bagi pijak kaki mama. Yaya jerit-jerit dah nangis suruh ayah jangan pijak mama. Oh, anakku sudah ada jiwa pembela. Agaknya dia ingat ayah nak dera mama kot...aiseh....cute nye kamu. Maka, berakhirlah sesi urut kaki sengal-sengal kerana Yaya tak kasi. Seyes, terharu bila anak bersungguh nak protect mama dia. Oh anak ku!

Banjir a.k.a Bah di Perlis 2010


Photo from www.omaq.org/v3/

Banjir atau ayaq bah kali ni aku tak dapat join sekaki. Last time masa 2005, ada berlaku juga bah besaq di Kedah & Perlis. Time tu aku tengah buat praktikal kat Kangar, so dapat merasa susah senang ayaq bah time tu. Dan tahun ini, seperti mana tahun 2005, rumah aku selamat tak dimasuki air. Tapi rumah tok kesian abih masuk air. Cuma way forward untuk tahun ni, mak dengan ayah aku dah get ready dengan makanan kering untuk bekalan semasa banjir sebab masa 2005 dulu kami keputusan bekalan makanan sebab terperangkap di pulau rumah sendiri. Ayaq penuh kampung, memang tak boleh keluar mana. Kedai semua tutup.

Tapi kali ni macam lagi horror. Bekalan eletrik dengan air bersih pun turut terputus. Internet pun habis. Dah macam zaman darurat lah pulak. Ini semua dugaan dan ujian atau boleh jadi bala dari Yang Maha Berkuasa. Dan yang paling aku tak best, ada jugak golongan-golongan pendek akal yang mempolitikkan isu banjir. Kasihan negeri Kedah diburuk-burukkan, padahal sama aja status atau keadaan atau situasi antara Kedah dengan Perlis semasa kejadian banjir itu....isk isk....

Untuk gambar yang lebih menarik dan coretan yang lebih telus, lawati lah http://www.omaq.org/v3/2010/11/08/day-5-banjir-perlis-2010-gambar-banjir-sekitar-pinggir-kangar-perlis/ Memang ada liputan day by day kejadian banjir di Kedah & Perlis.

Teringat lak zaman kanak-kanak dulu, boleh main rakit buatan sendiri menggunakan batang pisang dalam rumah masa banjir di rumah mak ngasuh aku. Air pun jernih, ikan-ikan berkejaran. Hehe...

Plan for 2nd Anniversary...

Sekarang nih musim orang plan untuk pergi bercuti sempena tiket flight murah yang dianjurkan oleh AirAsia: Everyone Can Fly~ Masa my friends tengah sibuk-sibuk plan untuk percutian mereka, aku terfikir nak plan bercuti untuk anniversary kitaorang next month. Hubby pernah cakap, dia suruh je aku plan ke mana-mana sebab dia macam tak pandai nak plan untuk percutian yang best. Adeh, macam lah aku ni tahu sangat. Semua percutian dengan keluarga aku selama ni adalah tanpa dirancang, just terfikir and semua orang pun JOMMM....hahaha...teringat lak kenangan sehelai sepinggang bermalam di Cameron Highland.

So, aku plan bercuti ke 3 tempat yang mudah dan dekat-dekat aja sebab sebulan je lebih kurang masa yang ada. Cuti tahun pun tak ada, plan untuk weekend jek. Hahaha... Satu hari kat office aku dok survey pasal percutian berharga ini. (Adalah satu kesalahan buat kerja peribadi di office ya! Sila jangan tiru!)
Aku buat proposal baik punya. Siap dengan budget dan lokasi penginapan dan perjalanan yang lengkap. Antara lokasi pilihan adalah:


- Budget RM1k ke bawah: Colmar Tropika, Bukit Tinggi atau Cameron Highland

Bukit Tinggi from Google

Cameron Highland from Google


- Budget RM2k ke bawah: Pulau Langkawi dengan AirAsia


Dataran Lang from Google


- Budget RM3k ke bawah: Kota Kinabalu (tak mampu lagi nak gi Karambunai)


Kota Kinabalu Town from Google


Dan, dengan semangat dan teruja nya aku balik present my proposal to my beloved hubby. Dengan harapan dia setuju :D

Tapi...

Abang kata, dia tiba-tiba ada shut down kat platform dia on December and suddenly aku dapat new deadline untuk budget cycle CPB which is middle of December.

So,

Padan muka! Memang tak leh gi mana hokey!

Meeting atau Mesyuarat yang Tidak Efektif

Pada aku, antara ciri-ciri meeting yang tidak efektif dan membosankan adalah seperti yang berikut:

- tiada agenda yang khusus
- chairman just keep talking bla-bla without focusing on the subject matter (rubbish and wasting time OK!)
- chairman keep repeating the same issues from early of this year till now (November already)
- chairman syok sendiri mumbling and monotone plak tu
- tak dapat fahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam meeting tu

Hah, kesimpulannya aku memang tak suka lah meeting dengan 'chairman yang ini' yang memang tidak dapat tidak, aku tak boleh lari pun.

Bersabarlah!

**This post is created during the 'non-effective' meeting....sbb aku macam bosan.

Proton Inspira - Model ke 15 Proton


Photo: Google

Dulu masa Lancer Mivec Mitsubishi baru keluar, aku memang minat habis. Siap pasang angan-angan nak pakai. (Angan-angan je lah, nak beli baru bukan masanya lagi). Pastu tengok kat Kertih & Paka ni bersepah orang pakai kereta tu. So, dah tak berapa nak jadi kereta favourite dah. Haha. Tapi serius, aku sangat teringin nak ada kereta yang seumpama Evo Lancer ke, Subaru Impreza ke...hik hik.

Then, bila Proton buat announcement tentang projek Inspira nih, aku teruja pulak. Siapa nak bagi kereta yang sama spec dengan Lancer itu pada kadar harga yang lebih murah. Best tuu.... Tapi ramai juga yang aku dengar mengutuk-ngutuk Proton konon-konon dah habis tak ada idea baru ke nak buat kereta. Hampeh. Padahal Naza & Perodua tu memang sah-sah 'copy cat' model luar jugak. Ada ke kereta yang mereka reka sendiri???  Entahlah, kalau jenis yang tak suka Proton tu, apa pun strategi pemasaran yang Proton buat, mesti akan dikutuk. (Ramai orang sekeliling aku macam pandang sebelah mata jek orang-orang macam aku yang pakai Proton nih)...tapi lantak korang lah kan. Ada aku kesah....hahaha.

Oh, berbalik pada Inspira. Aku rasa berbaloi kalau beli nih. Menurut pamplet promosi, Inspira performance 0~100km/h is 10s for 1.8 MT, 11.5s for 1.8 AT and 10.5s for 2.0 AT (Premium). Kalo nak compare dengan kereta aku sekarang, masa beli 13 sec maa, but now rasa macam 20s jek...haha...nanti aku test berapa sec dah dia amik. Masa pusing-pusing bandar Kuantan, sempat jugak menjengok promosi Proton Inspira kat depan East Coast Mall. Berangan lagi. Haha. Bila cakap kat hubby teringin nak kereta ni, dia cakap, kereta ku yang sekarang tu OK lagi. Baru pakai 3 tahun. Jangan dok berangan sangat. Hahaha....

Anyway, tahniah Proton atas usahasama dengan MMC nih. Teruskan usaha!

Lirik Ada Cinta – Acha S & Irwansyah

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu


Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan


Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

 


Bestkan lagu ni….

Kadang-kadang kita sukar untuk mendengar ucapan cinta dari mulut orang yang kita cintai.
Kadang-kadang kita sendiri turut sukar untuk mengucapkan kata cinta pada orang yang kita cintai.

Jika cinta kita itu jujur dan ikhlas, lahir dari hati yang luhur…
Kenapa harus terus disimpan sendiri.
Itu syok sendiri namanya.

Kita tidak boleh dengan mudah menganggap orang yang kita cintai faham akan isi hati kita.
Ya, memang si cinta hati tahu bahawa kamu cinta padanya, tapi sejauh mana?

Jangan takut untuk mengucapkan cinta.
Jangan ego untuk mempamerkan cinta.

Si cinta hati itu adalah makhluk
Dia tidak akan kekal
Dia pasti akan kembali pada Khalik
Kita pun pasti akan kembali pada Khalik

Jadi, sebelum penamat itu datang
Ucapkanlah CINTA buatnya
Pamerkan lah CINTA buatnya
Setiap masa dan setiap peluang yang bersisa…

Abang, saya CINTA kamu tulus dari hati~
Semoga CINTA kita diserikan Rahmat dari yang Maha Pencinta !
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template