Tuesday, October 26, 2010

Lagu Amar….

Saya sangat suka dengan lagu ini. Dan asyik mengulang-ulang dengar beberapa kali tapi guna headphone ye. Takut mengganggu masyarakat sekeliling. Hehe. Dan saya tukarkan word Siti Munawirah tu dengan Si Manis Yaya….
Very meaningful…


Penyanyi: Amar
Tajuk Lirik Lagu: Siti Munawirah

Hadirmu mengubat kedukaan di jiwa 
Senyum manis tawa yang mempesona 
Mata yang indah ku renung tak gundah 
Tandanya ku sayang pada mu

Oh adinda ku ingin kau mengerti 
Dirimu seindah mutiara kekasih 
Melakar kisah di kain yang putih 
Berseri warnanya dan ceria

Ku cipta kalimah syahdu seindah mimpi 
Agar kau mengerti apa yang tersirat 
Sempurna fitrah bagai perjalanan mentari 
Menggamit hati dan menyentuh rasa 
Syukur ku pada Nya
(Korus) 
Aliaa Humaira' kau disinar keimanan 
Aliaa Humaira' kau bawa kebahagiaan 
Aliaa Humaira' kau beri cinta kenangan 
Pada diri tulus suci impian famili
Ku cipta kalimah syahdu seindah mimpi 
Agar kau mengerti apa yang tersirat 
Sempurna fitrah bagai perjalanan mentari 
Menggamit hati dan menyentuh rasa 
Syukur ku pada Nya
(Korus 2) 
Aliaa Humaira' anugerah dari yang Esa 
Aliaa Humaira' lupakan memori luka 
Aliaa Humaira' kiasan hidup yang indah 
Kesetiaan, kejujuran yang kekal keranaNya
(Ulang korus 2)

**also dedicate this lovely song to my darling sister, Nurfarhana.

Points on How to Improve Your Life

This is not my own writing. Someone had email me with this really nice points. Let us share it together J
Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. (kalau nak compare gak, sila compare dengan seseorang yang kurang bernasib baik daripada kita)
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the   positive present moment.
3. Don't over do; keep your limits.
4. Don't take yourself so seriously; no one else does.
5. Don't waste your precious energy on gossip (dear me, please take note!)
6. Dream more while you are awake.
7. Envy is a waste of time. You already have all you need. (bersyukur! InsyaAllah, akan bertambah kenikmatan hidup)
TQ to Google

8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness. (tapi, kadang-kadang…dia datang jugak :(
)
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. (Oh, this one is tough! Terutama untuk orang-orang yang hurrmm….. Maybe I can turn the hate feeling to ‘malas nak layan’ or ‘lantak dia lah, dia memang dah ada ‘sakit’ semulajadi’…hehe)
10. Make peace with your past so it won't spoil the present.
11. No one is in charge of your happiness except you (Yes, agreed.)
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime. (I like this analogy)
13. Smile and laugh more (yang nih aku terror)
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often. (Agreed!)
16. Each day give something good to others. (kalau kita gembirakan hati orang lain, hati kita pasti Allah jaga dan gembirakan jugak).
17. Forgive everyone for everything. (same as ‘saranan’ Dr Fadzilah Kamsah, and the best time is before you sleep, every night)
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6. (You will learn a lot from them, terutamanya tentang erti kesabaran)
19. Try to make at least three people smile each day.
20. What other people think of you is none of your business. (Tapi kita selalu akan fikirkan pasal ni jugak kan…)
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch. (Friends pun tak ramai yang akan do take care of us…hanya segelintir, terutama yang berukhuwah atas dasar iman dan taqwa))

Life:

22. Put ALLAH first in anything and everything that you think, say and do.
23. ALLAH heals everything. (hanya Dia tempat terbaik untuk mengadu segala keperitan hidup)
24. Do the right things.
25. However good or bad a situation is, it will change. (bersabar dengan kesusahan dan jangan bangga diri dengan kejayaan yang hanya sementara)
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up. (Hoh, I loikee~)
27. The best is yet to come. (don’t stop praying)
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
29. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it. (sila jangan lupa baca doa bangun tidur!)
30. If you know ALLAH, you will always be happy. So, be happy.

Si Manis: at her 13 month old

Alhamdulillah, so far she is:
·         Walking! (siap demam tu, demam nak berjalan rupanya)
·         Able to say Allahu Akbar and like to listen Azan kat TV
·         Understand zikir La Ilaha Illallah and will tepuk2 herself bila org lain zikir macam time nak tidur lah pulak.
·         Dah pandai nak buat semua perkara sendiri…suap makan, nak minum sendiri…
·         Nak buat sama dengan apa yang mama atau ayah dia buat…
·         Dah pandai memilih orang yang mana dia nak, yang mana dia tak nak.
·         Will clap her hand if someone say ‘pandai’ to her.
·         Dah faham ayat, “mama nak buat susu” (she will give her bottle to me) and “mana susu alyaa?” (she will look around for her ‘botol susu’)
·         Dah pandai letak telefon kat telinga dan eksyen cakap sorang-sorang macam gaya mama cakap telefon.
·         Sangat excited buat sesuatu kalau ada orang yang support atau puji atau focus kat dia.
·         Dah pandai point her finger pada barang yang dia nak atau berminat.
Baby can understand our heart and feeling even they are so young. Bila kita marah, sedih atau tengah stress, reaksi mereka pun seolah-olah faham dan tak excited nak main. Bila kita happy dan riang gembira, mereka pun sangat excited nak main dan nak tunjuk segala macam kepandaian mereka.

 And I can see my baby will try her best to make me or hubby happy and cheer up with her action. Anak kecil jugak mahukan perhatian, jadi kalau si anak asik cranky semacam, try nilai balik, adakah kita lebih khusyuk menatap laptop/tv/magazine/paper lebih daripada melayan mereka atau sebaliknya… They are smart. Dan sangat cepat belajar melalui pemerhatian dan pendengaran.

 So, mammalova and papalova, please beware of our words and actions….tak nak si manis tiru perkara yang kita sendiri pun malu nak mengaku yang dia belajar dari kita.

Handbag Spring Cleaning

Hari ni aku rasa handbag ni macam berat semacam dan sangat berserabut bila nak cari apa-apa benda kecik. So decide nak re-organize handbag aku. Mari kita tengok apa yang ada...
























































































Bermacam mak nenek ada. Inilah tak bagusya kalau handbag besar. Semua benda nak disumbatkan. Tu belum kalau keluar dengan anak...mesti ada extra botol susu, pampers, toys, sapu tangan etc....

So, end up apa yang tinggal dalam handbag ku adalah:
1) Purse
2) Kunci kereta, rumah dan office
3) Lipstic satu jek (sebelum ni ada 3), lip balm dan compact powder
4) Ubat wajib (Yasmine pill & ubat alergik)
5) Gula-gula utk penyegar nafas (satu jek, sebelum ni ada 2)
6) ID nak masuk office
7) Thumb drive 3 ketol dan card reader
8) Jam tangan (satu je, sebelum ni ada 2 jugak)
9) Pen sebatang jek, kaler biru instead of 4 batang asalnya
10) Minyak Cap Kapak, pin untuk emergency dan nail clipper
11) Kotak spec dan broadband
12) Handphone 2 ketol

Still banyak kan, tapi tu semua yang memang wajib ada pun. At least yang berat-berat macam novel, diary, lotion, foot spray semua tu dah dibuang.

Agaknya bag orang lain macam mana ek??

Saturday, October 23, 2010

Hadiah Kahwin



Ini adalah gambar teko / cerek / kelalang / bekas air / jug dan sewaktu dengannya. Saya panggil teko jek. Kenapa teko nih terpilih untuk bersiar di blog ini?

Teko ini adalah antara hadiah kahwin kami yang paling baru buka. Ingatkan dulu teko nih cap ayam jek, so tak dak lah excited nak guna. Tapi malam kemarin, bila suami tersayang request nak minum kopi vietnam panas-panas, terus teringat teko nih. Sangat best sebab boleh letak air panas mendidih atau boleh jugak dipanaskan di atas pemanas (yg ala-ala hidang kat hotel tu).

Kami menerima hadiah kahwin yang sangat lah banyak (bg saya laa). Tahulah orang lain lagi banyak tapi tak kisah lah. Ini kisah hadiah kahwin kami. Huhu. Sangat rugi lah pulak tak ingat nak amik gambar. Dan masih banyak yang belum dibukak atau dah selamat di bagi orang. Macam-macam hadiah dari yang rasanya sangat mahal (saya tak mampu beli laa) kepada yang standard saya pakai jek...mostly hadiah dapat masa majlis kat sebelah lelaki sbb ada ramai kawan-kawan datang dan kawan-kawan mak ngan abah pun sangat ramai. Dan hadiah dari kawan-kawan mereka lah yang ganas-ganas itu. Hehe.Ingat lagi, pakcik-pakcik itu kena angkut hadiah dengan Storm untuk beberapa round dan penuh hall depan umah mertuaku.

Antara hadiah-hadiah yang masih saya ingat:


  • 1) Tea set + glass set (paling banyak kot...tapi best sebab dapat banyak brand Luminarc)
  • 2) Bedsheet (ada 11 set ) dan paling best ada yg 2400 Thread Count from Aussino dan ada set yg bunga2 English Style siap dengan quilt cover....suke!
  • 3) Set pinggan mangkuk ( sgt banyak jenis dan brand dan paling I suka adalah set 96 pieces Royal Ming yang masih tak berani nak guna)
  • 4) Bohemia & Recardo pun ada, set hidang makanan yg stainless steel  mcm kat hotel berkaki cantik pun ada (bila nak guna pun tatau)
  • 5) periuk belanga pun bayak (paling best dapat La Gourmet set of 3 dengan periuk kaca Corningware set of 3)
  • 4) senduk & sudip pun i dapat...
  • 5) Periuk nasi letrik
  • 6) Vacum dapat 2 bijik (panasonic & sharp)
  • 7) set sudu yg berat2 itu siap dalam kotak yang cantik (ada 2 set)
  • 8) microwave oven
  • 9) beberapa helai kain pasang utk buat baju (suka sutera tenun from Che Wan Jasmali)
  • 10) SONY digital frame pun ada
  • 11) flusk air 
  • 12) frame gambar (mostly adalah ayat-alQuran)
  • 13) jam dinding (cukup utk satu rumah)
  • 14) lampu tidur ada 2 bijik
  • 15) mixer (nak suh saya rajin buat kek lah tu)
  • 16) kipas angin berdiri
  • 17) blander Philip Avent tu
  • 18) slow cooker
  • 19) tray minumam
  • 20) tmpt letak garam, gula, lada bagai (special delivery from Chica)
  • 21) tupperware set (saya dapat 4 set yg berbeza.....jimat duit i)
  • 22) vase kaca pelbagai jenis, tinggi rendah kecik besar
  • 23) lilin tidur IKEA (pemberi nya pun romantik seumpama hadiah nya)
  • 24) frame gambar yang comel2 (plg best dan plg besar adalah from Umbra)....dan sejak tu, suka beli frame gambar utk adiah kat orang. Heee
  •  25) set bantal Heart shape yg besar yang fluffy2 gitu dan kini dah leper sbb sgt masyuk diguna pakai!!
Macam dah tak ada dan tak ingat kalau ada lagi. Kalau ada yang tak tersebut kat sini, sori ek. Saya dan suami amat2 suka semua hadiah2 yang diberi.....sampai rasa nak buat majlis kahwin lagi, so boleh dapat hadiah banayk-banyak lagi. Pemurah betulkan rakyat Malaysia nih.

Kepada yang bagi hadiah mahal-mahal dan  mewah-mewah tu, maaf lah kalau tak mampu nak membalas. Terima kasih untuk semua yang hadir dan bagi hadiah. I likeee!!

Koleksi Buku-buku Semasa Mengandung

Tadaa....
Pertama kali mengandung...duduk pula jauh dari keluarga....maka, buku dan majalah adalah teman rapat sebagai sumber menambah ilmu tentang hal ehwal mengandung, melahirkan dan membesarkan newborn. Alhamdulillah, dikurniakan sifat suka membaca. Suami ku juga amat rajin membaca. Rumah kami dah macam library. Tapi rumah mertua ku lagi superb library...dah boleh buat perpustakaan daerah kot..huhu. Selain buku-buku ni, buku novel dengan buku-buku motivasi pun saya rajin sangat baca time ngandung dulu.
selain buku, of course internet juga amat membantu. Dulu hari-hari kat ofis atau di rumah mesti bukak susuibu.com....hehe.

Antara koleksi yang masih ada (sama ilang masa pindah aritu, tinggal kat KL atau Perlis, atau dah bg orang)

  • 1) Penjagaan & Kesihatan Wanita Hamil - Jasmine Publisher (nih buku 1st beli masa baru dpt tahu dah pregnant week4)
  • 2) Conception Pregnancy & Birth (Dr Miriam Stoppard)
  • 3) Penjagaan Ibu & Bayi - From Pa&Ma Mag
  • 4) Baby's First Skill - Dr Miriam Stoppard (suka buku nih!)
  • 5) Ensiklopedia Perbidanan Melayu -Sy Anisa Barakbah (surprise from abang! masa pas beranak. Sgt lama mencari buku ni sejak zaman anak dara dulu, tp tak jumpa2..tup2 abang bg adiah...suka2!)
  •  
  • 6) The Breastfeeding Mother's Guide To Making More Milk - Diana West & Lisa Marasco
  • 7) Tips Menyusu Secara Ekslusif Untuk Ibu Bekerja - Tak ingat sapa penulis tp beli online.
  • 8) Anakku Hebat Anakku Soleh - Ust Zahazan
  • 9) Majalah Pa&Ma - sampai skrang follow tiap2 bulan, sampai dah tatau nak letak mana.
  • 10) Majalah Motherhood
  • 11) Majalah Mother & Baby
  • 12) Majalah Fit Pregnancy (beli yg keluaran lambat sbb kalau yg latest sgt mahal )
  • 13) Majalah Mami & Baby
  • 14) Majalah Parent
  • 15) Majalah Parenthood
  • 16) Majalah Parenting
  • 17) Mama, saya lapar... - Wardina Safiyya
Majalah-majalah yang import tu tak der laa beli tetiap bulan. Kalau balik KL je baru borong, sebab susah nak dapat dan agaklah mahal kalau beli yang up-to-date.
Antara ciri-ciri buku pilihan adalah yang banyak gambar....i tak suka wording banyak-banyak neh, sure tak abis nyer baca. Buku novel atau merepek2 je saya boleh terima kalau banyak-banyak wording. huhu...

Sekarang suka beli buku-buku untuk bayi dan kanak-kanak sebab sangat unik dan menarik. Boleh sentuh2, boleh bunyi2...huhu....tempat best nak cari adalah di Kinokuniya atau MPH. Tapi tunggu balik KL je laa baru soping buku untuk si kecil.

Marilah membudayakan membaca dalam keluarga

Monday, October 18, 2010

Baju Baru…


Oh, perempuan. Yes, aku adalah seorang wanita/perempuan yang typical. Suka shopping, baju baru, beg baru, kasut baru, hiasan rumah, apa2 ajer lah. Haha. Shopping is mind therapy. Ye ke? Seriously, kalau aku tengah bengang, serabut atau terasa sangat penat/stress….kalau dapat beli sesuatu benda baru, mesti terus release dan dah tak pikir dah pasal perkara yang menyesak kepala tu. Haha..biarlah walau sekadar beli klip rambut baru pun… Selalunya hasben suka pujuk bila bini dia stress dgn ajak makan kek secret recipe jek…tp suke2! 

Tapi aku tidak semudah-mudahnya berbelanja tanpa berfikir panjang. Saya cerewet lah awak, tapi sikit je. Kadang-kadang dah puas belek lama-lama sesuatu benda tu, terutama yang agak mahal, try bagai, bila tanya balik pd diri, perlukah benda ini hasuna? Haha…kalau jawapan tak, mesti letak balik. Tension jek muka promoter tu…haha. 

Oh ya, the real story here is….aku beli 3 pasang kain untuk buat baju lagi walaupun raya baru ni dah ada 7 pasang baju baru…huha huha….sukee! Tapi dilemma nak upah mana lah pulak. Aku suka beli baju kurung jek, sebab kalau baju2 lain mcm susah nak cari yg sesuai utk aku yg tak berapa kurus neh. Aduh!  End up pos ke mak suruh antor jahit kat tailor yang mak tahu. Huhu~  

Parcel dah sampeiii…


Alhamdulillah, hari ni, genap hari yang 10 selepas aku membuat pembayaran dan kain yang aku order online dah sampai. 10 hari beb…aku ingatkan kain tu dah terbang ke mana lah. Oh ya, penjual dan pak cik posmen telah menjalankan kerja dengan betul. Sampai tepat pada masa dan alamat yang tertulis. Cuma masalah circulation dalaman jek membuatkan parcel itu lambat sampai ke tangan aku. Masa gi amik sendiri kat pigeon hole tadi, aku tgk ada 2 notes from courier company utk gi amik parcel kat tmpt diaorang within 3 days. Agaknya selepas tu, mesti parcel tu akan dipulangkan balik kpd pengirim. Dah seminggu lebih dah dari tarikh tu. Kasihan lah manusia-manusia yang masih tidak mendapat parcel itu. Agaknya, kalaulah ada surat-surat penting seperti panggilan interview ke bagai yang kena jawab within limited period, mesti melepas lah. Nasib nasib~
Semoga Allah melindungi aku dari tergolong dalam golongan yang mengabaikan amanah dan tanggungjawab. Amin!
Oh, disebabkan amanah dan tanggungjawab lah aku stress kat office. Alangkah bagus kalau semua orang menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Maka pasti tak akan berlaku kejadian…. kerja bersama, tapi yang buat sorang tu jekk… Oh, I tak suka lah office politics! Tapi ada gak lak part yang suka tu~ entoh ler~

Thursday, October 14, 2010

Aku Seorang Kakak


Thinking of my dear sister. I miss her. Dulu aku panggil adik as baby, tapi sekarang panggil adik je sebab title baby tu dah bertukar pada anak aku pulak. Adik aku nak amik SPM tahun ni. Bila terkenangkan dia, aku mesti rasa bersalah…kenapa??

Dulu masa aku zaman sekolah menengah, ramai kawan-kawan aku yang punyai kakak. Diaorang selalu cerita pasal kakak diorang. Apa yang kakak diorang belikan mesti bawa ke sekolah. Ada yang kakak belikan pensil tekan/picit/mekanikal yang canggih, ada yang kakak belikan parfume mahal, ada yang kakak dia belikan hand bag atau beg sekolah yang cantik dan berjenama, kakak beli itu, kakak beli ini. Ada kawan aku yang suka cerita kejayaan kakak masing-masing, Jadi doctor, engineer , belajar oversea bla bla…pastu ada gak kakak yang suka temankan shopping, kuar jalan2, makan2 kat Kola Perlis….kiranya semua yang best-bestlah pasal kakak derang.
Paling macam best aku dengar bila ada yang boleh share semua perkara dengan kakak diaorang. Boleh share pasal ‘teman lelaki’, pasal kesah-kesah kutuk cikgu ke…haha…tapi masa nih aku ada gak teman yang boleh share everything…iaitu mak aku!
Pada masa tu, aku kadang-kadang terfikir gak, kenapalah aku tak ada kakak atau abang ek? Tak best lah jadi anak sulung. Hahaha…pastu aku mula lah berazam nak jadi kakak yang best buat adik aku terutama si adik yang perempuan itu.
Tapi kan, masa aku muda-muda dulu, adik-adik panggil aku kakak garang. Hahaha….pastu bila dah start berjauhan dengan keluarga, start dengan belajar kat UTP, then terus kerja dan berkeluarga sendiri, tinggal pulak berjauhan, memang terus terkurang masa aku untuk si adik. So aku akan berasa sangat bersalah. Sekarang adik nak exam, sebagai kakak aku tak buat apa-apa pun untuk bagi support kat dia. Cian adik…tapi akak tau, adik akak memang dah pandai dah pun. Lagi pandai dari akak mu ini….kan kan. Hahaha….
Aku nak sangat gembirakan adik-adik aku. Tapi macam mana. Aku suka ja kalau diaorang minta tolong aku apa-apa terutama pasal kewangan. Tapi diaorang tak penah pulak nak minta apa-apa pada aku. Haha.  Oh adik-adik, jangan lah buat kakakmu ini rasa bersalah dengan mengabaikan korang. Pergunakan lah kakak mu ini sebolehnya….hahaha.
Good luck my little sis :)

Akta Jenayah Sihir????


Semalam terbaca tag line semasa berita kat tv…kerajaan cadang penggubalan akta jenayah sihir. Fuhh…macam menarik bunyi nya. Perlu kah? Bagaimanakah? Percayakah orang tentang ilmu sihir nih? Relevankah? Banyak pulak tanya kan.
Mungkin ada yang tidak percaya tentang ilmu-ilmu special lagi halus nih terutama pada zaman sekarang. Tapi aku percaya. Sebab? Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Kewujudan jin dan kisah pengalaman pelik dengan bantuan kuasa jin itu benar. Jin Islam, jin kafir….jin ifrit pun ada. Dulu penah gak sorang ustaz nih nak ajar cara panggil ‘khadam’ atau jin, tapi sorry lah, I tak minat. Hahaha.
Aku pernah berpengalaman dalam selok belok kegiatan yang menggunakan khidmat jin nih. Tapi sekadar pemerhati sahaja lah. Lebih-lebih tak yah cerita lah. And I have an experience when a few of my family member & friend being affected with this kind of ‘sihir’ or ‘santau’…and ada yg sampai menemui ajal. Oh, memang benci giler kepada pengamal ilmu gila neh. Tunggu lah korang yg suka menganiaya manusia neh akan balasan yg maha hebat di akhirat nanti.
Aku terfikir, kalau akta ini dikuatkuasakan, bagus lah sangat2. Tapi, macam mana peguam nak buktikan ek? Benda-benda halus nih manalah nampak dek mata kasar. Tak kan nak bawa pawang bomoh gi dok menurun panggil jin dalam mahkamah lak…hahahaha….kadang-kadang, gi jumpa orang nih nak berubat, dibuatnya ala-ala menurun panggil jin, then jin tu pun main sedap jek cakap manusia sekian-sekian yang buatkan sihir/santau, dah jadi permusuhan dah tu. Padahal tak tahu betul ke idak. Jin nih pun bukan nyer makhluk baik sangat. Kalau kena jin yang bersedare dengan syaitan, memang tujuan dia untuk porak perandakan manusia. Wallahualam.

Monday, October 11, 2010

Perasaan Dimadukan….

Semalam aku semangat nak masuk office untuk habiskan kerja-kerja yang dah dekat deadline. Tapi hari ni kat office, aku rasa macam tak boleh buat kerja. Jiwa kacau lak. Semuanya gara-gara mimpi malam tadi. Seyes mimpi paling bangang dan membuatkan hati aku terluka sampai terbawa-bawa ke luar mimpi. Aku mimpi, suami ku kawin lagi sorang daa…asieh. Dengan orang yang aku kenal lak tu. Oh tidakkk….macam real. Tak nak lah komen pasal mimpi tu. Cuma ekoran dari mimpi tu, aku macam dapat rasa perasaan seorang wanita yang berkongsi suami.
Selama nih aku tak kisah kalau sebut pasal poligami. Pada aku, kalau itu dah ketentuan Allah, terima je lah qada dan qadarNya. Memang lah semua benda kat dunia nih bukan hak milik mutlak kita selaku hamba. Cewah..tapi hakikatnya, oh pedih nya! Bersediakah untuk berkongsi sesuatu yang selama ini kita seorang yang miliki….kalau selama ini kita sering meluahkan apa-apa perkara, atau mengadu permasalah pada dia, tapi andai dia miliki insan lain selain kita, apakah sama rasanya untuk kita berkongsi kisah suka duka bersama….mesti akan terfikir, bole percaya ke, kang nanti dia jaja lak kisah kita ke rumah satu lagi…huhu. Takpun, dia nih sayang kita lagi ke, nak ke dia layan perasaan kita, ntah-ntah paksa rela jek dengar kita ngadu-ngadu L
Nak buat apa pun rasa tak best sebab nanti mesti akan terfikir, mesti dia akan compare antara kita dengan yang sorang lagi. So kalau ada permasalah pun mesti akan cuba sembunyikan sebab tak nak nampak cacat di mata suami. Takut dibandingkan dengan yang satu lagi. Maka hidup penuh dengan hipokrit sebab nak cover segala kekurangan dari pandangan dan pengetahuan suami. Oh, memang dah tak sanggup nak berkongsi perasaan kita dengan seorang yang bergelar suami kepada beberapa orang isteri. Bukan atas dasar tak percaya, tapi entah lah…apa jeniskah perasaan itu…tak reti nak gambarkan….Belum lagi bila suami mahu bergurau senda, mesti ada rasa semacam. Seolah-olah gurauan itu bukan lagi tanda kasih, tapi sekadar untuk mengambil hati kita. Hilang terus rasa seri kebahagiann. Bila suami bersama si dia, pasti hati di sini tidak tenteram memikirkan apa lah perihal di sana….
Hahaha…kesimpulan dia, memang sangat banyak lubang-lubang dan cabang-cabang untuk syaitan main peranan. Membisikan hasutan jahat yang boleh membawa kepada pergaduhan dan keporak peradaan sesebuah rumah tangga. Sedangkan Ummul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah pun berperasaan cemburu, ini kan pula kita insan biasa. Memang besar ujian untuk wanita yang hidup bermadu dan aku sangat kagum dengan kekuatan jiwa yang mereka miliki untuk terus hidup aman damai dalam rumah tangga yang dibina. Memang layak lah dapat payung emas di syurga seperti yang diwar-warkan itu.
Kalau aku, sanggup kah??? Oh…no komen. Kalau itu takdirnya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesanggupan dan daya kita untuk menerima sesuatu ujian itu (al baqarah: 286) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Kalau mampu peroleh level cinta Ilahi tahap Rabiatul ‘Adawiyah, mungkin akan tak kesah langsung dengan apa nak jadi kat dunia nih….hehe.

Friday, October 8, 2010

Trauma sebelum Kahwin


Oh, baru pas baca catatan one of my friend yang dah nak kawin tak lama lagi dah. Dia macam tak boleh terima tentang keperluan dan kewajipan isteri mengutamakan suami dan ibu bapa suami lebih dari mak ayah sendiri.

Sangat mengingatkan aku pada situasi masa aku dekat-dekat nak kawin dulu. Seyes, sama! Aku nih adalah jenis family type yang memang dari kecik sampai besar adalah sangat rapat dengan mak ayah. Semua benda dan perkara yang berlaku mesti kongsi dengan mak ayah. Mak ayah adalah my best friend dan tempat rujukan, tempat mengadu, tempat meminta dan sebagainya lah. Of course lah yang utama adalah Allah SWT yer ;p

Ok back to my story. Walaupun boleh dikatakan aku sudah khatam dan faham hukum hakam ilmu nak kawin, tapi bila part ketaatan pd parents suami lebih utama tu aku memang rasa tak sanggup. Memang pikir sanggup tak nak kahwin sampai bila2. Tapi, dah nama perempuan normal, tetap rasa nak kawin. So masa dekat2 nak kawin tu aku memang susah ati dok pikir perkara nih. Boleh kah aku? Dan aku dah set dalam kepala, kalau aku tak sanggup if anything happen yg aku kena korbankan my parents, aku sanggup berpisah dgn itu my husband-to-be (pada masa itu lah). Sangat sayang sama mama ngan ayah!

Then after kahwin and now dah jadi mak orang, semua rasa pelik-pelik tu dah hilang. Alhamdulillah sgt bersyukur dapat suami yang sgt memahami dan menjiwai diri ku.... Macam mana aku boleh ilangkan perasaan dan pemikiran seperti sebelum kahwin tu? Hurmm...awal-awal lagi aku dah citer abis semua kat encik arep pasal perihal bini dia yg sgt lah so called ‘anak mak’ neh....dan dia pun paham sebab dia lagi lah sgt ‘anak mak’ kot (suami ku itu anak tunggal hokey!).

Aku memang jenis setiap hari mesti telefon mak ayah dan dalam setiap hari adalah mesti lebih dari sekali (secara purata adalah 3x telefon mak ayah dalam sehari). Memang itu lah rutin aku dari mula2 berjauhan dengan mak ayah masa belajar kat UTP dulu sampai lah skrang.  Adik aku yg sorang tu pun sama gak peel dan yg bakal berjauhan dgn mak ayah sorang lg tu pun mesti akan sama jugak lah dengan kakak dia neh. Hahaha. Dan begitu jugak dengan abang arep ku. Cuma dia tak der lah sampai berkali2 dlm sehari. Kira kami ni mmg sama lah pesen nyer. Semua benda atau perkara mesti kena gitau mak ayah masing2...lebih berkat insyaAllah. Huhe huhe...

So bila dah berbincang2 dgn abang arep ku, aku sangat lah berpuas ati dengan penekanan dan tindakan beliau. Kita harus adil J Yang hidup berumah tangga adalah aku dan dia, bukan dgn mak ayah sapa2...so kita boleh decide antara kita utk apa2 jua tindakan hokey. Alhamdulillah, suami sgt lah tidak mementingkan keluarga beliau sahaja. Semuanya adalah sama sahaja. Mak ayah kau adalah mak ayah aku jua. Kalo ko nak aku layan mak ayah kau baik2, maka haruslah ko pun layan mak ayah aku baik2...boleh tak macam tu??
Memanglah tak dinafikan mak ayah nih mesti setidak-tidaknya ada jua sikit sebanyak nak campur tangan dalam keluarga si anak-anak yg tersayang. So, kita as anak dengar lah nasihat dan pandangan mereka, nak ikut ke tak, itu kita punya keputusan lah. Bertuah jugak duduk jauh2 dari mak ayah masing2 neh...so kurang lah siri pengaruh mempengaruhi neh...hehe.

Aku rasa, hanya suami yang ego terlebey dan tak faham agama jek yang akan meng’control’ si isteri secara melampau sampai nampak sgt mengabaikan keluarga si isteri. Lagipun, tak perlu taat pada arahan suami yang tidak mengikut syariat. Bukankah berbuat baik kepada ibu ayah itu adalah suruhan Allah di dalam al-Quran kepada semua tanpa mengira kamu lelaki atau perempuan. Ingatlah, suami yang baik adalah suami yang adil yakni yang berjaya meletakkan sesuatu perkara pada haknya :)......apa yang penting, berdoa lah pada NYA pohonkan kerahmatan dan kerukunan dalam rumah tangga :)

Oh ya, raya haji tahun nih abang arep nak balik umah ku sepanjang2 raya....hoyeh. i love it! (raya haji tahun lepas dah dgn family dia, raya posa aritu dah dgn family dia masa raya pertama sampai ketiga, so haruslah umah i pulak kot....)
Ngeee......
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template