Monday, September 27, 2010

Si Manis Turns To One!

Alhamdulillah, my baby dah setahun. Dah setahun aku ngan abg arif mengharungi suka duka membesarkan si bayi di perantauan....jauh dari sedara mara, ibu ayah....hanya penyerahan tawakal yg hakiki pd-Nya. Setahun yang banyak menambah pengalaman dalam dunia berumah tangga. My love to him getting more stronger each day....hoyeay!

Alyaa, si cantik manis semakin bijakss....anak yang amat menyenangkan. I'll try not to say something bad about my baby, insyaAllah! becoz, dia memang terbaik. Anak adalah ANUGERAH dari ALLAH :)

Sepanjang tempoh setahun ini, langsung tidak pernah terdetik perasaan susah membesar dia. Aku langsung tak menyesal dan tak serik mengandungkan si manis walaupun pada awalnya, hanya Allah yang tahu :)
Alyaa sgt memberi kerjasama. Sangat memahami mama dengan ayah. Sangat menghiburkan kami sekeluarga. Bijak mempamerkan emosi suka, sayang, kehendak, menolak, mahu di belai, marah etc. Cuma, ada kalanya, mama tak mampu berikan yang terbaik utk anak mama. Maafkan mama ye sayang.

Walaupun aku hanya berpeluang menyusui nya secara exclusive sekadar tempoh 8 bulan sahaja, tapi aku sangat bersyukur. Segalanya adalah ketentuan Allah yang amat lebih mengetahui jalan terbaik untuk hamba-hambaNya yang telah berusaha dan meletakkan sepenuh pengharapan hanya pada-Nya.

Sungguh indah ketentuan Allah.....
Sungguh asyik bilamana mampu meredhai takdir Ilahi.....
Sungguh terbelai cinta makhluk bersama Khalik....

Alyaa, maafkan mama terpaksa meninggalkan mu di hari bersejarah ini....kehendak tugas, mama berat hati utk berjauhan dengan alyaa, tapi apa lah daya mama....
And, i'm very proud to my beloved abg Arif! Terima kasih abang kerana menjadi ayah dan sekaligus mama buat Alyaa sepanjang ketiadaan saya :)
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Semoga setiap anugerah dan nikmat yang ada diberkati oleh Pemilik Yang Hakiki.

After Raya...

Right now sedang keseorangan di Impiana KLCC. Attending PMMS training. Last week pun training jugak kat PNB Darby Park, with beloved husband. Seminggu kitaorang tinggalakan si cantik manis dengan tok ngan wan kat Perlis. Alang-alang balik raya, terus plan tinggal alyaa kat sana, boleh gak bagi peluang mak ngan ayah untuk bersama cucu sulong itu. Alhamdulillah, semua nya OK, cuma Alyaa perlukan penyesuaian balik utk kembali ke sekolah taska. Mak ngan ayah pun need some times to back to their normal schedule. Sedih kot berpisah sementara dengan cucu yg mungil itu.

Seminggu ngan husband jek last week. Macam boleh lah nak honeymoon cintan cintun mcm couple tgh masyuk bercinta. Tapi tak best sgt sbb asik teringatkan si cantik manis. Rasa mcm bersalah tak bawa dia bersama ke mana-mana. Huhu. Tapi ada jugak lah sesi berjalan berdua berpegangan tangan menikmati suasana malam di KL, melepak-lepak 'dating' di taman KLCC, makan berdua ala2 romantik di restoran mewah, shopping2 habiskan duit...haha.

Tapi sekarang, sorang-sorang lah pulak. Nak jalan2 pun tak ada mood. Mujur ada adik lelaki yg sudi temani si kakak walaupun utk seketika. Semalam he catch me from airport, so sempat lah makan-makan ngan dia. Hari ni lak aku buat pertama kalinya naik putra/komuter ke Shah Alam utk temani si adik berbuka puasa. Best2, walaupun berada dalam 'tin sardin' selama 45minit (mujur dah ada coach for female only)....love my bro!

Oh, another 2 days to complete my training. Then back to Kertih, to my darling and my sayang. Also waiting there.....to be completed.....Mid Year Performance Review, E-Learning, Individual Coaching Plan dan kerja-kerja yg dah tertinggal hampir sebulan.....layanzzz~

Sunday, September 19, 2010

1st time fly with Si Manis


We choose Firefly (Subang to Alor Star) untuk balik kampong bersama si manis. Why? Nak kata murah tak jugak sebab Air Asia macam lagi murah. Main reason sebab timing dia macam ok. Tak awal sangat dan tak lewat sangat. Kalau Air Asia nyer timing memang macam sengal sket. Kalau MAS is the best lah tapi mahal lah plak. Pastu Firefly macam ada ruang lebih sket. Maybe because of seat arrangement 2-2 side by side yang membuatkan dia nampak lapang sket kot. Anak aku skrang dah tak suka duduk diam-diam dalam jangka masa yang lama di ruang yang sempit seperti di dalam kereta. So aku dah plan awal-awal amik seat depan dalam flight tu supaya senang boleh bangun berdiri pujuk-pujuk si manis if in case dia meragam dalam flight nanti. Siap baca semua komen-komen, nasihat, pengalaman orang lain naik flight dengan si kecil. Paling aku cuak bila baca pengalaman Zaza bila anak dia jerit dlm flight. Kesimpulannya, persediaan yang paling penting adalah  susu untuk diminum semasa nak boarding supaya dia tak efek si kecik masa changes of pressure time tu. Kan kita pun akan jadi telinga bengang semacam jek. Budak-budak nih derang tak pandai nak telan air liur bagai, silap haribulan bole nangis meraung kang. So better bagi derang minum susu time tu utk elakkan perkara sedemikian.

Masa nak fly aritu, si manis masih lagi tak selesa gatal-gatal badan sebab demam campak. Pulak tu dia macam mengantuk masa on the way ke airport. So memang lah dia dah start meragam sket-sket. Kat airport bila dah ramai-ramai orang, mulalah dia panas, berpeluh, tergaru-garu. Memang tak selesa lah untuk si kecil ku itu. So decide dengan mak mertua aku nak lumurkan si manis dengan calamine lotion banyak-banyak untuk kurangkan gatal. Memang betul-betul lumur lah satu badan dia. Putih semacam jek anak aku. Hahaha…macam pakai bedak sejuk. Ntah orang tengok kata apa lah lumur anak dengan bedak sejuk banyak-banyak gitu. Tapi alhamdulillah, berkesan. Dia macam tak menggaru sangat macam masa dalam kereta tadi. Lega sehh….

Masa tunggu boarding tu macam dah start berpeluh. Si manis pun dah merengek-rengek. Aku bawa kuar Barney kesayangan dia, tekan2 bagi bunyi siap aku skali menyanyi utk bg dia tak nangis. Hahaha….memang orang keliling tengok jek aku dok pujuk si manis. Bila orang panggil masuk, aku dapat priority sbb ada baby. Mujur si manis macam still boleh control. 

Bila dah kat dalam flight, aku cepat-cepat adjust corong aircond supaya direct kat anak aku. Takut karang dia berpeluh, dia akan start gatal dan nangis balik. Sambil tepuk-tepuk nyanyi ngan Barney. Adoi..memang penat aku nak meng’kanak-kanak’kan diri. Masa stewardess dok sibuk buat demo, si manis dah tak senang duduk. Dah bunyi2x. Aku macam dah pasrah dah….belum lagi terbang kot. Then, stewardess tu tegur-tegur si manis siap cubit pipi anak aku tu. Boleh tak, budak kecik tu terus diam then tengok kat pramugari yg cantik jelita tu tanpa berkelip. Bila akak cun tu jalan ke belakang, anak mata anak aku pun follow je tak berkedip. Wahh…anak aku suka tengok pompuan cantikkk…. Memang bila time akak cun tu tegur2 dia, si manis akan suka jek. Then aku bagi dia magazine dlm flight tu yg ada gambar model cun peraga baju apa ntah, anak aku suka jek nengok. Memang diam jek dia dok usha model dalam magazine tu. Hahahaha…..lawak lah. Part ni dia ikut aku nya perangai, suka tengok perempuan cantik bergaya. Kuang kuang kuang…..pastu masa betul-betul boarding, aku sumbat dia susu, terus dia tidor sampailah kitaorang mendarat di Alor Staq…..bila sampai dia pun bukak mata nak jumpa tok wan ngan mak tok. Hehe….alhamdulillah, our 1st journey dgn si manis berjalan lancar. 

Cuak bila pikirkan nanti nak balik dari Alor Star ke KL, aku dengan si manis berdua aja. Pulak tu naik Air Asia yang mcm jauh kena berjalan, pagi-pagi buta nyer flight, suka pusing-pusing kat udara sampai aku pening pala bila landasan penuh time nak landing (sbb berebut dgn MAS)….hoh…cuak seh. Jangan lah ujan time tu. Semoga si manis pun ok-ok aja dengan mama dia.

Back to Work


Hari Jumaat, 17 September yang suram. Pagi-pagi selepas breakfast, ayah ngan adik hantar aku ngan husband ke airport kat Loq Staq. Hanya kami berdua, tanpa si manis. Sedey…

Pukul 10am flight ke KL, berdua sahaja. Bila dah berdua, sempat gak lah feeling pasangan couple muda-muda. Kejap-kejap snap gambar sana, snap sini…haha…ntah apa lah orang kata bila mak cik gemuk asik bergambar aja kat setiap celah.

Sampai Subang, terus amik teksi ke Cheras, then kemas-kemas barang, terus gerak balik Kertih. Singgah solat Jumaat pun masa on the way jek. Macam pelik je aku rasa bila berdua dalam kereta tanpa si manis. Nengok jek car seat ngan mainan tergantung-gantung tanpa tuan nya. Sampai Kertih dah senja. Hari ini adalah hari travel jek. Breakfast kat umah di Perlis, makan lunch kat RuzAladdin, Ampang then dinner kat Burger King, Mesra Mall, Kertih. Merentas beberapa buah negeri. Bila dah kat umah, memang collapse lah. 

Masa sampai umah, aku rasa tak best jek bila si manis tak ada. Siap ajak husband gi solat jemaah kat surau untuk hilangkan rasa sunyi semacam tu. Bila nak tidur, tengok katil si manis kosong jek. Adeh. Mujur ada bantal2 busuk dia ngan cik Bebek yang tak di bawa balik kampong. 

Hari Sabtu, kitaorang lepak kat umah je. Esok dah nak keja. Sunyi ngan boring semacam jek bila tinggal berdua. Hai si anak. Mama sangat merindui mu…kejap-kejap asik tepon mak aku ja tanya perkembangan si anak. Happy aja dia kat sana. Siap dah tak sebut-sebut mama ngan papa, tapi tukar sebuat awan (tokwan). Amboi, seronok sangat lah tok wan ngan mak tok melayan ek….

Alhamdulillah si manis aku jenis tak jakun sangat bila jumpa orang tak kenal atau orang yang jarang-jarang dia jumpa. Agaknya sebab dia dah biasa duduk taska  yang ramai-ramai ngan tukar-tukar cikgu/pengasuh. So dia macam sangat ok jek dengan sapa-sapa yang nak main ngan dia. Bila gi ziarah umah sedara pun, semua macam puji si manis sangat baik dan sopan. Biasalah dah anak dara kan. Cousin dia yang sebaya agak lasak sebab budak laki. So ok lah tu. Rindu plak pada anak-anak sedara sepupu aku. Terkilan raya aritu tak sempat jumpa lagi 2 orang cousin si manis. Tok aku dapat cicit 4 orang serentak dalam setahun, so si manis aku ada 3 cousin yang sebaya. 2 lelaki dan 2 perempuan….boleh pakat-pakat dok ikuti perkembangan anak masing-masing lah sesame aku dan cousins. Sangat teringin nak begambar kami berempat (aku, kak cik Norishah, kak ti ngan icah) bersama anak masing-masing (Yaya, Adam Harris, Damia Yasmin dan Rayyan Mikhail)…oh ada sorang lagi tapi baru keluar ja….anak cousin ku yang lelaki, Tg   Amani Zulaikha. Meriah betul kalau semua berkumpul sebab ramai sangat budak-budak tecik. Best nya keluarga besaq dan mesra plak tu….alhamdulillah.

Aidilfitri Di Perlis


Aku sampai Perlis pada malam raya ke-3. Walaupun dah ada sedare yang dah balik kerja, tapi still aku happy sebab balik beraya lama (5 hari gitu). Aku macam beruntung sebab hari raya ke-4 tu, mak ngah buat akikah untuk cucu sulung dia. So semua sedara berkumpul kat umah dia. So aku tak perlu susah-susah nak gi umah derang satu-satu untuk berziarah. Semua meriah-meriah kat situ ajok…hehe.
Mak ngah aku sedih sebab cucu dia dah nak balik KL tempat mak ayah dia mencari rezeki. Teringat lak masa mak aku nak berpisah ngan si manis lepas aku abih berpantang kat kampong. Mak nangis tak nak tengok cucu balik wooo…cian mak.

Esoknya kitaorang gi umah cousin yang buat open house. Dia masak mee kari. Pedas tak hengat. So sempatlah berjumpa sedara mara belah ayah. Heh. Kitaorang banyak gi open house jek. Umah jiran ngan umah mak cik. Rasa 5 hari kat perlis tu macam sat sangat. Tak puas kot. Mujur aku bakal tinggalkan si manis untuk jagaan mak tok ngan tok wan dia selama seminggu, sebab ada course serentak dengan husband, so bole lah derang merasa bermanja dengan si cucu lama sket. 

Masa kat kampong, sempat kami pi berziarah ke Padang Besar. Aku beli brooch jek sebab yang itu jek macam menarik minat. Oh ya, sempat gak melawat si kembar member baik ku. Ummi Firdaus dengan Baby Rayyan dan Baby Furqan. Fie suh aku try pegang anak dia, tapi aku macam dah tak reti nak pegang baby baru lahir. Seyes, aku tak berani. Hahaha…cepat nya daku melupakan daratan. Bila agaknya si manis akan dapat adik??? Heh…cousin aku dah ready utk baby ke-2 ujung tahun nih.  Tiba-tiba teringat pesanan Tuan Haji Bos, dia tak nak pompuan pregnant masuk plant utk pojek tukar pam dia, so macam kena tunggu pojek ku selesai dahulu…tapi kalo dah rezeki, ada aku kesah pojek dah selesai ke belum??

Yeay, selamat Hari Raya!

Hari Raya Aidil Fitri with PIL


1st time dalam hidupku berhari raya (day 1st) tanpa mak ayah dan adik-adik. Tak nak pikir sedih. Aku dah doa awal-awal semoga Allah gantikan kegembiraan dan kenikmatan bersama mak ayah dan keluarga dengna kegembiraan yang sama. Haha….pulak tu anak demam campak, so memang tak sempat nak rasa sayu sedih sangat lah sebab asik pikirkan si manis.

My husband and FIL solat aidil fitri kat KL jek sebab si manis pun tak sihat nak bertolak awal2 pagi balik kampong. Kitaorang balik kampong mak dulu kat Brisu, Melaka. Semua adik beradik mak ada kat umah nenek. Mujur kitaorang singgah umah makcik dulu, so tak ramai orang, boleh lah si manis rehat2 jap. Dia dah start meragam. Puas mak cik a.k.a nek sidah dia buaikan tapi tak jugak tidur-tidur. Kitaorang kejap je kat kampong Melaka tu. Lepas solat Zohor, ziarah umah nenek yang bersebelahan je ngan umah mak cik. Ramai-ramai jumpa sanak sedara….makan-makan segala ketupat nasi, lemang, sup ekor, rendang ayam kampong (ayam pencen kot sbb keras semacam) dan rendang daging. Memang menambah kalori betul lah. Then dalam pukul 5 kitaorang dah ready nak balik. Alyaa pun memang dah tak senang duduk. Dah lah pakai baju kurung, memang dia tak selesa dengan demam yang masih ada.

Ramai yang bagi petua utk si manis. Minum air kelapa lah, tidur atas daun mambu lah….semuanya utk pastikan demam campak dia cepat baik. So masa on the way balik, kitaorang cari air kelapa. Ingat ada jek kat mana-mana R&R, sekali tak ada lepas kitaorang singgah 2 R&R. Bila dah sampai Cheras, cuba nasib kat Jusco. Alhamdulillah ada. So malam tu beri si manis minum air kelapa, nenek bagi 3 sudu jek. Huhu…
Besoknya, awal-awal pagi kitaorang bertolak balik kampong PIL kat Sabak Bernam. Lalu kawasan sawit, naik pulak 4wheel, memang macam kuda kepang patah kaki jek aku ngan husband kat belakang keta tu. Memang control abis sambil riba si manis sebab takut kang kena shaking syndrome plak anak aku. Lenguh abih badan mak 2 jam lebih dok menahan diri terhentak-hentak. Bila sampai, beraya 3-4 bijik rumah sedara mara. Aktiviti utama adalah menambah kalori dengan makanan-makanan yang berbagai. Ada soto kau…hehe. Kat Sabak, kitaorang jumpa daun mambu, then Bik buatkan bedak lumur badan si manis. Sian dia, dah macam ikan kena lumur garam kunyit siap nak goreng jek aku nengok. Hahaha…kejap jek, dalam 10minit then terus mandi bersih-bersih.

Kitaorang beraya sampai malam. Memang penat. Aku yang dah besar nih penat, apatah lagi si manis yang memang sedang demam itu. Bila on the way balik, memang dia tak duduk diam. Keta dah limited space. Aku memang hangin hamper hilang sabar. Husband plak sedap jek tidur sebab si manis memang tak nak duduk atas pangku ayah dia. Mujur ada mak ngan abah kat depan jek aku macam control-control. Last-last semua tidur dengan nyenyak. Aku pun tak sedar sama ada aku tidur dulu atau si manis tidur dulu. Hahaha…memang tahap lantak kau lah mek kecik, mama dah ngantuk tak larat dah. Hahaha…

Hari raya ke-3, demam si manis dah kurang. Memang dah tak demam cuma dia asik tergaru-garu bekas campak tu. Siannya dia, langsung tak bole panas, mesti tergaru-garu sampai nangis-nangis. Kitaorang beraya satu umah je pun, umah sedara mak. Insaf aku bila gi raya umah tu kat area Kampung Pandan, Mak cik tu sangat daif. Dia dah uzur, rumah pun macam tak terurus. Dia jaga 2 orang cucu yang ditinggalkan oleh si emak selepas berpisah dengan si bapa. Si cucu pulak membuat onar dengan tidak mahu ke sekolah. Baru tingkatan 1 dah kena buang sekolah. Sedih aku dengar mak cik tu dok bercerita mengadu. Insaf betul dengan nasib manusia yang tak semuanya senang. Then, petang tu after asar, kitaorang bertolak ke Subang Airport. Nak balik kampong ku pula…yeeehaaaaaaaaaaaaaaa!

Pre-RAYA 2010


Persediaan raya tahun nih sama macam tahun-tahun sebelumnya. Cuma kali nih, aku bekerja sehingga hari terakhir berpuasa. Reasonnya, cuti limited. Taska si manis dah start cuti 3 hari sebelum raya, so terpaksalah si ayah bercuti menjaga si anak. Si emak masih gigih mencari rejeki. Hoho…

Ditakdirkan 2 hari sebelum raya, si manis demam. Aiseh. Situasi anak demam adalah sangat tidak best dan mencemaskan. Dah lah esok nya nak travel. Mulanya kitaorang just bagi ubat demam, tapi demam dia tak berkurang, so bawalah gi klinik kat sebelah rumah tu. Bila sampai klinik tu, suhu si manis sangat lah tinggi dan doctor suruh nurse buat sponging…..tapi nurse tu terus bawa si manis ke bilik mandi, mandikan dia. Sian anak aku, nangis2 kena mandikan, lama plak tu. Bila badan dia panas, dia akan rasa sejuk bila kena air bagai, so sebab tu lah dia nangis kot. Tapi lepas mandi dlm 15minit, suhu dah turun, doctor suh balik. Aku siap minta ubat demam masuk tuut utk spare sebab takut suhu dia spike time tengah malam. Si manis kalau demam, suhu dia tak menentu. Kejap2 sejuk, kejap2 panas jek tiba-tiba. 

Then, bila dah malam, si manis macam makin lemah. Suhu panas sangat. Aku dah cuak. Bagi ubat, then jab ubat kat tuut…tapi still dia nye suhu tak turun. Bila aku basahkan air, dia gigil sakan. Waaa…cuak kot. Masa tu pukul 9.50pm, kitaorang decide bawa gi klinik sebelah rumah tu, tapi bila sampai, doctor dah balik sebab dia tutup pukul 10pm. Pakcik nurse yang baru start enjin keta nak balik tu pun macam tegur tengok anak aku menggigil sakan….aku apa tah lagi, memang dah pasrah ajak husband gi emergency room spital Kemaman. Memang kitaorang dah siap beg utk bermalam di hospital sebab si manis penah kena tahan sebab kes yang sama, demam tinggi sangat. Bila sampai hospital, lalui normal procedure, cuma tak kena bayar seringgit maybe sebab dah nak raya kot (hehe)…terus doctor suh tunggu kat bilik kecemasan. Mujur tak ada orang. Aku cuak sket dengan bilik kecemasan neh sebab macam-macam kes ada kan. So, doctor cek suhu, jab lagi ubat kat tuut si manis, dan buat sponging….tunggu jap dalam 20minit, then cek balik suhu still tinggi (38.4 degree). Aku ingat memang confirm kena tahan. Nampaknya tak bole balik beraya lah tahun nih. Pasrah je lah beraya di hospital di negeri orang hanya bertemankan anak dan suami. (sadis lah sangat…)
Sekali doctor tu cakap suh balik. Hahaha….alhamdulillah tapi si manis still masih panas, cuma dia dah tak gigil. Badan dia memang habis lencun…sian anak mama. Bila sampai rumah dah pukul 12 lebey…ngantuknya, tapi tak bole tidur sebab still kena monitor suhu si manis.

Esoknya aku ngan husband gilir-gilir gi kerja. Mujur lah hari last puasa so orang tak ramai kerja, dengan bos pun dah tak ada, so boleh lah buat macam office bapak sendiri. Tengah hari dah boleh balik. YES. Itu yang aku suka! Terus balik rumah ingat nak balik KL cepat lah, tak nak sampai malam. Sekali bila dah kat umah, rasa macam tak larat sangat. Aku ngan husband macam nak rehat2 jap, sekali tertidur sampai kenyang (hamper 2 jam tuu…) End up, bertolak balik KL dekat pukul 5pm gak…haha.
Demam si manis pun dah stabil, tak der lah suhu naik melampau2 sampai tak nak turun. Sempat gak singgah klinik sebelah nak confirmkan dengan doctor that my daughter kena chicken pox (based on bintik-bintik merah di kaki dan ruam-ruam di badan). Alahai, orang kata demam campak lama. Normally dalam 2weeks. Mak oi, nampak macam tak best jek raya aku kali nih. Jangan plan aku nak balik beraya di kampong terkandas udah.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan balik KL semuanya OK. Alyaa pun tidur jek sambil bertepek kan cool fever….cian nyer anak mama. Singgah berbuka puasa kat exit Maran rasanya. Time nih plak si mansi muntah abis baju mama dia…uwaa…pulak tu time tu aku terdengar takbir raya berkumandang….sedih wooo….mana pikir anak sakit, malam raya lak di atas jalan raya….dah lah tak balik kampong sendiri…memang meleleh lah aku kejap. Tapi cover tak leh lama-lama sebab banyak kereta lain kat sebelah benti berbuka gak. Hahahaha…

Then, around 11pm kitaorang sampai KL. Lapar. Mujur segala rendang ketupat dah ada, so kitaorang bedal dulu. Hahaha….Selamat Hari Raya!

Saturday, September 4, 2010

Yaya as of Sept 3,2010

**Special for tok wan, mak tok, pak ngah dan mak su yang jauh untuk mengikuti perkembangan Yaya

My daughter now is 11-month-old....she's growing so fast. Rasa macam baru ja lagi dok belajar-belajar nak pegang baby dengan mak masa dalam pantang aritu. Heh...

 Perkembangan anakanda tercinta so far:

Yaya makin pandai buat aksi depan kamera.
Yaya dah faham meaning tepuk..atau kalau nyanyi lagu tepuk amai-amai, dia akan tepuk tangan.
Yaya dah faham kalau mama cakap duduk or sit down baby. Hehe...
Yaya dah faham bila mama cakap NO or jangan, dia akan stop from aktiviti yang dilarang itu. Siap sengih kat mama konon-konon dia tak bersalah. Good girl!
Yaya dah pandai panggil ma ngan pa.
Yaya dah sangat pandai pamerkan emosi utk setiap tindakan dia. Siap pandai buat-buat nangis lak tu.
Yaya dah berani lepas tangan dari mana-mana yang dia pegang untuk tukar ke tempat lain. Contohnya dari meja ke sofa...
Dan ada macam-macam lagi yang dia dah pandai, tapi tak tertulis here. Heh...mama dah mengantuk.
Oh ya, gigi Yaya masih belum tumbuh lagi...ngeh.

with her Ferrari
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas kurniaan nikmat memilih diriku sebagai ibu kepada Yaya yang sentiasa comel.

Friday, September 3, 2010

Buku Baru Beli



Hari ni beli satu buku baru...buku masak-masak gituu....
Credit to mr.Google

1 Hari 1 Resepi, 365 Resepi Istimewa by Chef Hanieliza. Dah lama aku suka try resipi Hanieliza neh thru dianya blog dan tadi bila terpandang buku dia yang tebal neh kat Popular, Mesra Mall, terus aku grab. Harga pun berpatutan, cuma RM 39.90... Sila lah beli ya, berbaloi rasanya sebab aku memang dah acap kali cuba resepi dia dan alhamdulillah menjadi. Cewah macam tolong promote free lah plak. Credit to my MIL yang introduce website Chef Hanieliza ni pada aku.

Betol ke aku nak rajin2kan diri memasak neh? The answer is, INSYALLAH and YES I WILL!. Huhu...seriously aku bukan lah pandai sangat bab masak memasak. Setakat boleh lah ala kadar dan ada semangat nak belajar. Teringat lagi masa baru-baru kahwin dulu, awal-awal lagi aku dah angkat tangan mengaku pada in law's family yang aku tak pandai masak. Hahaha...mujurlaa derang semua sporting. Ngeh ngeh...tapi kena lah buat something untuk improvekan diri kan :)

Kenapa penting ilmu masak memasak neh? Of course semua orang dah tahu kan....tentang kelebihan 'air tangan' isteri. Bila kita masak sendiri untuk family, apa yang kita akan dapat:

Credit to mr.Google
  1. Lebih murah dan jimat
  2. Terjamin kehalalan dan kebersihan
  3. Boleh doakan yang baik2 utk keluarga semasa proses memasak (contohnya: Ya ALLAH, kurniakanlah kami dari rezeki Mu yang halal lagi barakah, dan kukuhkan lah ikatan mawaddah, mahabbah wa rahmah dalam rumah tangga kami, Amin!)
  4. Lebih kena dengan selera dan tekak sendiri
  5. Lebih berkhasiat sbb kita akan guna barang yang fresh dan tak mungkin nak recycle minyak tu berkali-kali sampai naik hitam macam kat kedai tu kan
  6. Anak-anak yang dibesarkan dengan masakan ibu lebih 'menjadi', insyaAllah
  7. Dan byk lagi laaaa...
 Bak kata Sdr Abd. Jalil Ali dalam bukunya "Teh Tarik Kurang Manis":
"Sesedap-sedap masakan pembantu rumah, sedap lagi masakan isteri. Betapa lazat pun kari mamak, lazat lagi kari isteri sendiri. Sy percaya dan selalu percaya, bahawa salah satu cara untuk mengikat kasih sayang keluarga, termasuk suami ialah dengan masakan isteri. Air tangan ibu adalah yang terbaik. Air tangan isteri adalah pengikat kasih, penyambung cinta. Bagaimana agaknya kasih suami boleh dikekalkan sekiranya air tangan mamak atau air tangan orang gaji lebih banyak masuk ke perut suami??"

Dan menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

 Cuba tengok, anak-anak zaman dahulu dengan anak-anak zaman sekarang, siapa yang lebih mendengar kata dan lebih lembut hatinya untuk dididik? Ibu-ibu moden zaman sekarang dengan ibu-ibu tradisi zaman dulu-dulu siapa yang lebih kerap memasak untuk keluarga sendiri dengan lebih ikhlas dan penuh kasih sayang?

Aku?
Balik umah jek lepas keja dah penat...kalau masak pun nak cepat2 dan simple2 aja....asal ada benda nak makan sudah....mampukah nak adun resepi tu elok sempurna dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang?

Pelupa

Dusshh...entah kenapa hari ini aku dah buat 3 kesilapan yang ku rasakan amat besar yang melibatkan janji dan amanah. Semuanya sebab 'terlupa'. Adeh. 

Kes Pertama: Aku ada hantar handphone untuk dibaiki. Tengah hari tadi aku dpat call dari kedai telefon tu minta aku ambil handphone yang dah siap dibaiki dengan harga sekian2. Memandangkan esok dia tak bukak kedai, so dia minta aku ambil hari ini jugak. Aku pun cakap OK then janji nak ambil lewat petang atau malam selepas tanya dia punya working hour. Tapi bila dah lewat baru aku teringat dan hasben pun cakap dah tak sempat nak kejar ke Kemaman (30minit jugak laaa jarak perjalanan)....maka jadilah satu pemungkiran janji dengan adik manis si pekedai itu :(

Kes Kedua: Aku telefon maintenance unit untuk mengadu pasal lampu rosak kat rumah. Maintenance team nak datang baiki hari ni jugak sebab esok dah weekend. So aku dah buat janji akan ada di rumah pukul 2.30pm ke atas. Tup tup....masa nak kunci pintu dengan mangga pukul 11.30pm tadi hasben aku jumpa satu note yang tulis: "TEAM ELECTRICAL TIBA PADA PUKUL 2.20PM, JANJI 2.30PM - 2.45PM"....
Tepuk dahi aku bila baca note tu...seyes tak ingat langsung. Satu lagi termungkir janji dengan manusia. 

Kes Ketiga: Aku dapat new task untuk extract data from SAP then upload to our new system (SMART). Ceewahhh...kena jadi system admin tu....macam lah aku tahu apa itu bahasa programming. Melalut plakss...Back to the story....aku kena extract all the data after 4pm (after working hour)...punyalah semangat tunggu dia extract sekali ada error. Aku dah gi training untuk buat benda nih dah sebulan lebih and this is 1st time buat sendiri. Previously memang akan ada mamat from consultant nih akan assist aku. Tapi seyes aku sangat tak ingat dan terlupa apa nak buat bila error macam tu occured. Yang aku ingat, memang mamat tu dah ajar berkali2 kot...aiseh...so aku tak dapat completekan extract and upload data untuk kegunaan budak-budak di department aku...huwaaaa.....bos pulak minta report from the system....selamber jek bitau dia ada error lah bos, kena tunggu the consultant team tu datang balik after raya untuk solve the problem. Padahal aku yang tak ingat nak buat macam mana.....Teruk kan???


Seyes rasa tak best bila termungkir janji atau melibatkan tanggungjawab/responsibility. Pulak tu melibatkan others. Thru my reading, kenapa kita mudah lupa:
  • Buat sambil lewa
  • Tidak berminat 
  • Tidak amik perhatian
  • Tidak amal/ulangkaji secara konsisten
 
Sebab lain yang lebih menyentuh hubungan ruhaniah kita adalah:
  • Mengabaikan/melalaikan solat 5 waktu (termasuklah melewat2kan solat)
  • Sering cakap bohong
  • Selalu mungkir janji
  • Makanan yang shubhah(meragukan) akan status kehalalan nya (rezeki tak berkat pun ya jugak)

So, buat diri sendiri, please check balik amalan seharian. Yes, aku akui ada betulnya apa yang aku baca tu.....hurmmm....aku jugak ada baca cara untuk meningkatkan ingatan adalah dengan:
  • Tidak mengabaikan/melalaikan solat 5 waktu
  • Banyakkan solat sunat
  • Banyakkan membaca al Quran
  • Selalu berdoa kepada ALLAH SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal.

InsyaAllah, mari beramal dengan istiqomah!
Credit to Abu Musaddad for the info. 

Thursday, September 2, 2010

Nak raya...

Tahun ini adalah tahun pertama dalam hidup saya:
  • Beraya sebagai seorang mama
  • Beraya bersama suami di hari raya pertama
  • Beraya bukan bersama keluarga (mak, ayah & adik2) di hari raya pertama
  • Beraya bersama mertua
So, perasaanku ada yg sedih, teruja dan gembira...bercampur aduk gitu....
Persiapan raya caner plak....biasa2 aja.
Baju raya, biskut raya, tiket balik raya, duit raya....biasalah tu kan.

Sebut pasal baju raya, tanpa dirancang aku dah ada 7pasang baju kurung....isk isk...melampau kan. Macam mana boleh jadi sampai 7 tuuu....haha. Sebenarnya baju yg beli khusus utk raya ada 2 sahaja....
3 pasang adalah kain pasang yg telah lama dibeli sejak awal tahun, saja simpan tak antar gi upah sbb kat Kertih nih tak jumpe laa tukang jahit yg i berkenan....so bila balik kampung bulan 5 ritu suh mak antar gi jahit kan...siapnya kena plak musim raya nih, so jd lah baju raya.
1 pasang pulak dibeli tanpa sengaja sbb tiba2 parents in law ajak gi berbuka puasa kat otel dgn kawan2 business mereka, so haruslah berbaju kurung...padahal time tu aku balik umah derang tanpa membawa sehelai pun baju kurung...huhu...tak pasal2 dapat baju baru satu...leh jd baju raya gak kan.....
dan 1 lagi tu dah beli lama dulu as baju kerja tp salah size and mmg bajet tak akan gi lagi tmpt/kedai tu utk tukar, mmg dah lempar kat stor sbb kecewa tak ley pakai, tapi tup tup kaki terjejak jua ke kedai itu tanpa dirancang, maka dapat lah tukar size yg betul, maka jadilah ia baju baru utk dipakai raya....maka jadilah 7pasang semuanya. InsyaAllah tak membazir sbb bole pakai gi kerja semua tu, lagipun aku dah lama tak buat baju....3tahun kerja pun dok pakai baju zaman2 belajar dulu kot.

Aku lagi suka baju ready made...sbb bole pakai cepat. haha...sungguh tak sabar kan perangai. Tapi baju ready made nih satu jek tak best, corak dan color amek yg mana ada je laa..pulak tu aku nih mmg beli baju yg harga bajet je...lagi lah limited pilihan...lain lah kalau gi beli kat butik-butik mahal ala2 munawwarah design ke....huhu....tapi tak pernah lagi laa jejak kaki ke tempat-tempat cenggitu. Kalo tak percaya tgk lah gambar corak baju kat bawah nih...kalo mak aku tgk nanti mesti dia kata corak masam-masam. Hahaha...

Untuk si anak pula, alhamdulillah si manis tu dapat 5 pasang baju baru...banyak kan....aku ngan hasben belikan 3 pasang jek sbb nak balik beraya kat 3 lokasi (Melaka, Sabak Bernam & Perlis). Then, atok nyer pulak bermurah hati beri duit suh belikan lagi baju raya untuk cucu yang seorang. Apa lagi, mama dia bila dapat duit free, sopingggg ajer laaa...tapi tambah 2 pasang aja sbb sgt lah tak selesa untuk bersoping dengan anak kecil di saat2 akhir Ramadhan nih....sesak!

Si ayah pula, ada lah beli 2 pasang baju baru.....lagipun dia dah ada banyak baju cantik yang dia tak pakai, simpan je dalam 'gerobok', so better dia pakai baju2 itu dahulu kan...hehe.
Selamat menyediakan persiapan raya yer semua :)

Cook for the day....31ogos nyer cerita

Alhamdulillah, sejak Ramadhan kali ini, aku lebih rajin memasak kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas...tahun lepas tgh sarat nak beranak..mmg tak larat laa..huhu.
Dengan sedikit improvement pada jadual kekerapan memasak, suami tersayang agree nak beli oven....wink...bole try baking baking plak...
Tapi oven masih terbungkus rapi dalam kotak. Arini aku cuma try buat puding caramel.
Sangat excited hokey...bila dah masak rupa mmg dah ala2 hotel nyer desert...then, alhamdulillah bila rasa masa berbuka, mmg sedap!!

Tak salahkan puji diri sendiri ;p

Resepi nya sangat lah simple...
Kepada sesiapa yg nak mencuba, sila lah rajin2kan diri yak...

Bahan2 & Cara Masak:

3sudu besar gula dimasak dlm loyang sampai kaler coklat..jgn sampai hitam, kang pahit laks..

3biji telur dan 4sudu besar gula dipukul hingga kembang,

setin susu cair dan sedikit vanila esen(sesudu kecik) dicampurkan bersama...

pastu masukkan adunan dalam loyang yg ada gula hangus, then kukus 30minit...

siap!

(aku mcm suka ati tambah satu sudu tepung kastad sbb tak nak nanti lembik sgt)

Sedap kan tgk gambar kat bawah neh...peace!

MALAYSIA Merdeka-53

Macam patriotiklah pulak nak menulis pasal MERDEKA. Ngueh ngueh.
Sepanjang 26 tahun a.k.a 26 kali aku sambut hari kemerdekaan nih, banyak perubahan dah berlaku dari tahun ke tahun.
Masih ku ingat, tika kecik, early 90's, sambut merdeka adalah seronok. Kenapa seronok?

Sebab:

1) Cuti..tak yah gi sekolah...mak ayah pun cuti...suka berkumpul sama2 keluarga.
2) Malam merdeka leh gi tgk bunga api ngan kereta berhias....time tu sambutan malam merdeka tak seperti sekarang. Aktiviti dia banyak yang bersesuaian utk seisi keluarga. Kalau ada persembahan nyanyian pun tak der lah ganas2 mcm sekarang. Suka2...

3) Malam merdeka selalunya MB umum esok nyer cuti umum sbb malam tu dah bersuka ria sampai lewat.

4) Kalau rajin, pagi hari merdeka leh tengok perbarisan. Selalunya kalau ada family member yg terlibat perbarisan baru lah rajin nak gi tengok. Huhu...

5) Memang wujud dalam diri, bila hari merdeka ada feel patriotik sayangkan negara. Cewah. Maybe sebab masa tu masih sekolah dan kerap terdedah dgn erti kemerdekaan dalam subjek sejarah.

Tapi sekarang, merdeka sama saja ku rasa dengan cuti umum yg lain.
Mungkin kerana:

1) Aku dah jadi mak orang kot..dalam erti kata lain dah dewasa.

2) Tak mungkin utk gi sambut detik 12 malam zaman sekarang nih sbb dah sgt tak sesuai utk seisi keluarga. Lebih sesuai utk si perempit dan si penggemar akan pergaulan bebas. Konsert yg melampau, arak, pergaulan bebas, zina, bohsia, rempit, gaduh...
Sungguh buruk gaya bangsa ini menyambut merdeka. Agak2 nyer kenapa jd mcm ni ek?

3) Walaupun cuti umum, tapi tak bole balik kampung sbb sehari jek...dahtu byk keje umah kena buat bila cuti...haha.

4) Dah lama tak baca buku2 sejarah Malaysia, so semangat kemerdekaan tu dah ilang sket2.

5) Maybe generasi2 baru yg tak pernah rasa kesusahan nak capai merdeka adalah majoriti, so suasana kat negara ku ini time nak sambut Merdeka mcm biasa2 aja...

Fuuh...byk plak teori aku...heee
Apa-apa pun, amat bersyukur kerana sehingga kini hidup dalam negara yg aman damai merdeka raya...masih ramai insan yang tidak merasai nikmat tinggal di negara yg aman damai....semoga rakyat Palestin diberi kakuatan utk terus mempertahankan maruah negara mereka.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template