Sunday, December 5, 2010

Update from My Dear Friend

Teringat zaman sekolah. Teringat kan kawan baik ku ini. Semalam dapat message from salah sorang teman rapat…dia bitau mak kawan baik kami, CT (bukan nama sebenar) dimasukkan ke hospital. Sakit lama berulang. Oh Tuhan!
Mak CT ada kanser last year kot. Tapi lepas operation dah ilang. Tapi kali ni jadi balik. Aku sangat sedih. Tak dapat balik nak ziarah CT dan mak dia. Aku kenal CT dah lama. Membesar di daerah yang sama. Selalu jek aku lepak kat umah dia. Emak dia pun kenal baik. Boleh dikatakan jiran lah jugak walaupun kampong lain-lain. Tapi, walaupun kampong lain-lain, dia still boleh intai rumah aku dari rumah dia. Kiranya memang dekat lah tu.
Memang sejak dari sekolah, CT adalah antara kawan baik aku yang paling banyak diuji. Kesihatan dia, pemergiaan ayah dia, terlibat kemalangan dan adalah beberapa lagi kisah sadis CT. Semuanya CT tempuhi dengan redha dan pasrah. Aku memang saspek lah kat dia. Dia sangat sabar. Tapi, kita hanya nampak fizikal je kan….apa ada dalam hati dia….hanya dia yang tahu.
Aku, CT dan sorang lagi sahabat (Dida, bukan nama sebenar) dari kampong seberang adalah berkawan baik, sama sekelas gitu. Antara kami bertiga, CT lah paling lambat dapat kerja (belum setahun kot dia keje) dan masih single. Sedangkan aku dan Dida dah pun selamat bergelar ibu. Raya baru-baru ni aku sangat happy bila dapat tahu CT dah bertunang. Alhamdulillah, semoga bahagia untuk CT dan pasangan nya. Tapi, kini CT diuji lagi dengan keadaan kesihatan mak dia.
Aku sangat merindui CT yang sempoi. CT, kalau lah ko jumpa blog aku dan baca post nih, ketahuilah, aku sering rasa bersalah setiap kali balik kampong tapi tak sempat jumpa dengan ko. Aku juga rasa bersalah sebab sangat jarang contact sama kamu. Tapi aku sangat merindui kamu. Kita sama-sama mengharungi zaman remaja yang innocent sebagai budak sekolah agama. Begitu juga untuk Dida. Bila kah kita bertiga dapat berjumpa gelak-gelak, gurau-gurau tukar-tukar cerita sambil minum teh ais mak Dida….wooo woooo…rindu seh. Tak nak imbau lagi dah kenangan lama, kang aku nangis lak.
Cuma apa yang mampu ku lakukan, hanya lah berdoa agar mak CT cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa. Mak CT adalah sangat suka mengusik dan buat joke. Mak aku cakap last week serempak dengan mak CT kat hospital, tapi dia tetap ceria bercerita dengan mak aku tentang penyakit dia. Sob sob..
Untuk dikongsikan: Doa untuk penyakit barah/kanser dari Dato’ Dr Haron Din:
Kombinasi bacaannya ialah;
(1) Surah Al-Fatihah dengan satu nafas – kekalkan dengan tujuh wakaf walaupun satu nafas,
(2) Surah Al-Ikhlas 4x baca dengan satu nafas – kekalkan dengan 4 wakaf walaupun satu nafas,
(3) Doa mengecilkan bengkak: Terjemahannya: “Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.”
(4) Bacaan surah Al Qalam ayat 1-2.
Untuk lebih detail boleh rujuk kitab ‘Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab’. Ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’.

3 comments:

  1. (sedih)

    aku lagi ler rasa bersalah..huks..dia ym asik aku tak dpat nak lama2..

    ReplyDelete
  2. assalam..
    ptame skali salam ukhwah sy ucapkan..
    tak sangke jumpe artwork lame sy kat blog ni..
    hehe :)

    http://amaliveart.tk

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template