Friday, December 10, 2010

Tonton Cerita Hantu


Korang ingat lagi tak cerita ni? Kekasihku Seru dalam siri drama SERAM kat TV3. Aku dulu memang ikut siri nih tak pernah miss. Aku memang sangat suka tengok cerita hantu atau cerita seram terutama hantu Melayu atau Indonesia. Tapi kalau yang Korea atau Omputih, macam tak layan sangat sebab tak feel kot. Aku kan orang Melayu. Hahaha....

Dulu kan penah kena ban semua cerita hantu daripada keluar tv. Kalau tak silap aku sejak Menteri Penerangan adalah Dato Mohamad Rahmat. Then, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, cerita hantu banyak pulak ditayangkan secara meluas. Jangan Pandang Belakang lah, Zombie Kampung Pisang lah (ni bole kira citer seram ke??) dan macam-macam lagi lah. Tapi aku memang jenis tak tengok wayang, so kalau movie antu kena tunggu adik aku bermurah hati donwload je laa baru aku tengok.

Then, bila ada drama siri seram nih kat tv, aku suka sebab tak payah tunggu movie download dah. Cerita dia pun seram abis. Haha. Tapi aku tak pernah tengok cerita hantu sorang-sorang time malam. Takut gak. Haha. Masa siri Kekasihku Seru nih ditayangkan, aku masih single dan dah bekerja di Kertih. Cerita ni kan setiap malam Jumaat. Hari Jumaat adalah hari cuti so rumah sewa aku memang akan kosong sebab semua housemate akan balik kampung. Aku sorang je yang kampung jauh, so memang most weekend aku tinggal sorang-sorang kat rumah besar 2 tingkat tu. Macam horror kan. Nanti kalau aku rajin, aku citer pasal life aku masa bujang.
Ok, back to Kekasihku Seru, oleh sebab citer dia malam Jumaat yang aku tinggal kesorangan dalam umah besar 2 tingkat, memang sah-sah lah aku tak akan tengok weh. Kalau siang aku tak kisah. So apa aku buat, esok nya hari Jumaat pagi-pagi selepas breakfast mesti aktiviti aku adalah layan cerita tu kat Catch Up TV di http://www.tv3.com.my/ . Mujur streamyx wifi kat umah aku tu boleh tahan lah laju nya, tapi aku kena panjat naik tingkat atas rumah untuk menonton sebab kat atas rumah lagi laju internet nya. Bilik aku kat bawah je, sorang-sorang. Tak kisah lah, janji boleh tengok. So, layan lah sorang-sorang.


Tapi, bila siri tu dah tamat, derang tayang pulak cerita hantu yang baru. Aku tak berapa ingat tajuk dia. Tapi, untuk pengetahuan korang, Kekasihku Seru tu adalah cerita hantu terakhir yang aku tengok. Sebabnya, bila tamat siri tu, aku pun dah jadi isteri orang. Dan suamiku adalah sangat tak suka tengok cerita hantu dan dia tak galakkan aku tengok cerita hantu kat rumah. Sebab, kalau aku nak tengok, kena ada orang teman, tapi dia tak nak tengok dan tak nak teman aku. So memang terus terhenti lah kegemaran aku di situ. Actually, banyak gak perkara yang antara aku dan suami adalah berlawanan. Dan banyak gak perkara kegemaran aku yang dah banyak ditinggalkan sejak berkahwin. Suami aku macam tak kisah je apa aku nak buat, tapi sometime ada benda atau habit yang kita suka, dah tak sesuai untuk diaplikasikan selepas berumah tangga. Maybe some other day aku boleh share kot pasal ni.

Tapi, memang layan lah cerita nih. Rindu nak tengok balik...hehehe....

2 comments:

  1. tak sangka aku kau suka cite antu suna...

    ReplyDelete
  2. naper kau tak sangka beb? aku kan suka benda merepek....hoho

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template