Wednesday, December 15, 2010

Tanggal 13 December 2010

Astagfirullahal'adzim

Mesej i got from him last night...

Muhammad Arif December 13 at 9:18pm Report
Assalamualaikum ayang~
Alhamdulillah dah sampai tadi Bekok C jam 3 lebey.Cuaca ok xde ujan apa ni.Try call x dpt lak maybe line kat sini jamm kut.Ala cian Alyaa rendu ayah die.Rendu Alyaa dan ayang jugaaa.huihui.bacalah sajak kat blog abang itu.mlm ini insyaAllah mula shutdown dlm 10 lebey karangs.muga selamat sme.tidoq leklok mlm ni tau yangg.muahhhhhhhhh.


Sajak yang dia tulis di blog


Dua tahun bersamamu
Sejak kian lama kita bertemu
Dari tempat menuntut ilmu
Kemudian ke Kerteh jadi tetamu

Berbagai cabaran dan dugaan dihadapi
Namun daku akan terus menjaga rapi
Dengan kasih sayang tidak bertepi
Dikaulah rindu pengubat sepi

Daku ingin berikan terbaik
Dalam hidupan turun naik
Gunung tinggi kita daik
Turun pula baik-baik

Moga cinta hingga ke syurga
Kerana segalanya penuh berharga
Keutuhan jiwa tiada terhingga
Laksana angkasa berwarna jingga

Syukur tanpa disangka dikau jodohku
Walau awalan tiada sangka ia kan berlaku
Aku pula malu-malu kaku
Berkata sepatah berbaur baku

Doa hari-hari moga Allah berkati
Dengan anak-anak comel menanti
Usaha membaiki diri tidak akan terhenti
Kerana cintaku pada isteriku tulus suci dan sejati

11.55 PM
11 Dec 2010


p/s : Selamat Ulang Tahun ke2 Isteriku sayang =_=
Kepada semua, doakan saya dan Alyaa dapat kembali suami dan ayah yang sama seperti sedia kala dengan segera.....
Ya Allah, sembuhkan lah suami ku...
Ringankan lah penderitaan dia....
Berikanlah ketabahan buat diriku dan kaum keluarga kami...
amin.

8 comments:

  1. Amin ya rabbal 'alamin..

    *kudoakan jua semoga Allah mudahkan segala2nya buatmu,sahabat

    ReplyDelete
  2. Suna, semoga tabah menghadapi ujian ni. Ingatlah yang Allah sayang kamu...

    ReplyDelete
  3. sedih bila bc sajak nie..ikhlas dr hati s'org suami yg sngt mengasihi & mnyayangi isterinya...smg suna kuat & tabah...

    sumira.

    ReplyDelete
  4. Hopefully sume ok suna... aku doakan arif sihat, insyaAllah... take care my fren!

    ReplyDelete
  5. kami sebak! sume kwn2 xhenti2 mendoakan sgalanya akn kembali seperti sedia kala...sabaq na! :|

    ReplyDelete
  6. korang sangat sweeett~semoga arif makin positive progressing dan cepat sembuh. amin~ ko pon suna, take care of urself.. arif and alya need u and ur spirit!

    ReplyDelete
  7. waaaa... sweetnya suami suna type sajak masa sakit2. suna, aku baru tau suami ko sakit. padel bgtau. sorry lambat gila aku nk wish kat korang. aku doakan yg terbaik untuk korang ok. semoga semua nya dipermudahkan untuk korang dunia dan akhirat ok. amin...~

    ReplyDelete
  8. intan, sajak tu dia tulis sebelum kejadian...selepas kejadian hingga ke hari ini, dia masih terbaring dengan bantuan pernafasan...doakan kami intan

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template