Friday, December 3, 2010

Pabila Kekasih Lama Menerjah Kembali....

Tajuk macam best je kan. Sebenarnya tak der lah best, tapi cari penyakit namanya. Hehe. Baru-baru ni salah seorang dari teman rapat ku tiba-tiba hantar message tanya pendapat aku bila ex-cinta lama dia asyik dok add friend request kat facebook. Kalau tak silap dah kali ke 3 kot tapi my dear friend nih buat ignore jek. Tapi kali ni dia kata kesian plak kat mamat tu dah 3 kali add tapi tak dilayan.

Iskk..iskk..iskk...

Ye lah, diakui kadang-kadang timbul dalam hati kita, nak tahu jugak lah apa cerita dan perkembangan terkini 'bekas-bekas' cinta hati neh. Siapa pasangan hidup dia, anak dah berapa....idup dia lagi happy dari kita ke..... Kiranya, ada-ada aje lah benda yang boleh menarik minat nak amik tahu tu.

Tapi, berbaloi kah kalau kita masih berhubungan dengan bekas chenta lama??
Nasihat aku, jangan cuba bermain api.
Jangan gatal tangan memulakan sesuatu yang boleh menjahanamkan idup sendiri.
Kalau perkara ini terjadi pada kawan-kawan, sila tanya pada diri sendiri, adakah anda suka andai suami atau isteri anda masih berhubungan atau berkawan dengan bekas chenta lama??
Nak ke??
Kang ada yang tak tidur malam dibuatnya.....

Ingatlah, syaitan tu sentiasa berusaha membisikkan hasutan dan lintasan jahat kepada anak Adam yang hidup harmoni aman dan damai. Syaitan sentiasa akan cari jalan untuk merosakkan kerukunan rumah tangga yang dibina sah secara syariat. Berhati-hatilah.....
.
.
.
.
PEaCe!!

2 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template