Monday, December 6, 2010

Mencari Rumah Idaman

Hurmm....rata-rata kawan-kawan seangkatan aku dan suami telah memiliki rumah sendiri. Parents suami ku juga asyik hint-hint suruh beli rumah sendiri. Hoho...maka berusahalah suami ku mencari dan mencari jenis-jenis rumah yang sesuai dengan kami. Lama dah...dekat setengah tahun dah...tapi tak juga beli-beli lagi. Isk isk....bukan senang nak cari rumah yang terbaik dengan pilihan. Bukan apa, budget kecik, so tak boleh lah nak memilih yang cantik-cantik dengan lokasi terbaik. Banyak nyer kat ceruk-ceruk mana ntah dengan style rumah yang biasa-biasa je lah kalau nak cocok dengna budget yang kecil. Owh, masalah ini timbul kerana suami ku mahukan rumah di KL....rumah di KL almaklumlah....kalau setakat 300k tu boleh flat je lah kot. Sabao je lah.

Antara lokasi yang telah di terjah adalah di sekitar Cheras, Kajang, Balakong dan Bangi. Kenapa lokasi itu? Sebab suamiku nak dok bawah ketiak mak kot. Hahaha...jgn marah bang.



Alam Sari: tinggal yang sub sale ada laa...

Alam Sari: sub sale jugak...mahai!

Desa Budiman. Show house dia...sgt shantek tp harga dekat sejuta maaa.....

Desa Budiman from designer's view.

Alam Sari lagi...designer pic.



Mulanya decide macam nak luar sikit dari KL sebab tak nak serabut. Tapi, nanti kalau ditakdirkan kerja kat KLCC, fuhh...sakit nak ulang alik gi kerja hari-hari. Bila nak cari dalam KL betul, apartment je lah yang mampu. Tapi suami ku nak umah landed gitu. Tapi entah lah...tak nak lah aku serabut sakit kepala memikir.

Biarlah suami terchenta pikir-pikir pening kepala dengan mak dia cari rumah yang terbaik itu. Urusan ibu dan anak. I ikut ajee...muahahaha~
Cuma satu yang sangat menyakitkan hati. Harga rumah naik sangat dahsyat. Setahun je boleh increase dalam 100k...memang cekik darah. Sangat kasihan lah dengan golongan marhein seperti kami...apatah lagi pada golongan kurang mampu....macam mana nak ada umah sendiri kalau bayar installment monthly pun dah 2000lebey....sadis. Baik menyewa je la. Kumpul duit banyak sikit, balik buat umah kat kampung. Hehe.

Kerajaan Malaysia yang mengutamakan rakyat, yang mendahulukan rakyat...please do somthing!

2 comments:

  1. Desa Budiman @Sungai Long, new launch this January 2012. double storey link harga bumiputera RM316k. 20 x 70. kalau u belum beli rumah boleh consider this. :)

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template