Monday, December 6, 2010

Kisah Di Suatu Hari

Dalam sebuah mesyuarat jabatan yang dipengurusikan oleh seorang ketua jabatan yang diura-urakan bakal bertukar ke cawangan lain….

Boss:           Ok, kita dah selesai dengar update dari semua skop. So, kita ke AOB matters. Ada sapa-sapa nak update?
Pekerja 1:   Er, boss, macam mana dengan status pertukaran boss tu? Betol kah atau sekadar khabar angin?
Boss:          Oh, itu insyaAllah betul. Cuma saya tengah tunggu surat jek.
Pekerja 1:   Tahniah boss. Naik pangkat lah pasni. Boss nak tukar ke mana? Dengar-dengar ada 2 tempat. KL ke Sudan?
Boss:          Tu lah, saya kalau boleh prefer KL je. Jauh-jauh nih susah. Tapi kalau dah arahan, saya ikut je lah.
Pekerja 2, (Seorang pekerja dedikasi yang jarang bersuara dan pendiam)
Pekerja 2:  Boss, kami semua sangat menyokong dan support boss untuk bertukar nih. Walau ke mana boss ditukarkan, kami sangat sokong boss sepenuh hati. Semoga cepatlah boss dapat bertukar.
Pekerja 3:  Ya ya boss, saya pun sangat berharap boss bertukar. Saya support boss. Cuma saya tak sokong kalau boss pilih untuk stay maintain je di tempat sekarang.
Pekerja-pekerja lain: Betol tu boss!! Kami semua sokong boss untuk bertukar.

Agak-agak korang lah kan, adakah pekerja-pekerja ini suka pada boss dia? Kenapakah mereka semua sangat berharap agar boss mereka itu cepat bertukar? Musykil kan…

3 comments:

  1. Bos, saya tak sokong bos keluar. Sebab nanti dapat bos baru yang tak berapa best macam bos jugak. Macamana tu?

    ReplyDelete
  2. future boos ni suka datang dr belakng keeee

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template