Thursday, December 9, 2010

Jenis Jurujual yang Kurang Memuaskan

Hari ni aku berpeluang jalan-jalan soping dengan kawan-kawan office. Adalah tujuan dan sebab rasminya. Dan sepanjang pencarian barang-barang yang diperlukan, aku berpeluang jumpa beberapa jenis jurujual yang amatlah men'jengkel'kan aku. So, nak share lah sikit ciri-ciri jurujual yang dimaksudkan itu.

#KES 1:
Aku dengan geng pejabat masuklah satu kedai hiasan rumah yang ada jual pinggan mangkuk, cutlery set yang agak ekslusif lah kalo kat bandar Kemaman neh, ekslusiflah bagi aku sebab kedai nya agak tersorok. Huhu. Kitaorang nak cari something yang sesuai untuk hadiah officemate nak kahwin. Adalah a few dinner sets dan tea sets yang kena dengan budget kitaorang. Tapi most of the style set pinggan mangkuk dalam kedai tu adalah jenis porcelin yang berat gabak tu...macam pesen lama pun ada gak. So tak jadi lah nak beli. Then, aku pun sebelum keluar, sempatlah sambar 2 batang sudu sup yang ala-ala sama dengan set sudu kat rumah aku sekarang. Cuma set yang aku ada tu tak ada sudu sup yang bulat semacam tu. Then, masa nak bayar tu boleh lak si jurujual tu dengan muka yang men'jengkel'kan siap angkat-angkat kening, tanya aku: "Ni je ke??" Memang nada macam perli lah. Isk, berdesap aku. Senyum je lah sambil jawab, "A ah, sudu 2 batang je dik. Nak cukupkan set kat rumah yang hilang 2 batang." Dalam hati aku memang tak puas ati lah dia buat aksi begitu. Ek eleh, aku beli sudu pun bukan cap ayam hokey. Apa, kat umah kau pakai sudu yang 10 hengget sebatang ke??? Huh.

#KES 2
Masa singgah kedai cenderahati untuk cari kad ucapan yang sesuai untuk majlis kat office, aku ambik lah kesempatan usha benda-benda comel dalam kedai tu. Kot lah ada teddy bear atau patung-patung comel untuk mainan anak aku. Sekali orang kedai tu ikut aku semacam jek. Dah lah muka tak friendly langsung. Ikut aku kat setiap rak macam lah aku nak mencuri. Yang pelik nya, kawan-kawan aku lagi 3 orang tu tak dak plak dia nak ikut. Agaknya handbag aku besar macam senang nak songlap barang kot. Bila aku tanya pasal satu frame yang comel, jawab pun macam nak tak nak je. Agaknya dia macam tak percaya kot 'makcik' macam aku nak beli barang-barang comel yang sesuai untuk budak-budak remaja tu kot. Hahaha.

#KES 3
Aku dengan member-member tengah usha tudung yang cantik-cantik tahap men'juleng'kan mata kat satu kedai neh. Ada 2 orang awek yang jadi jurujual nya. Muka setiap sorang punya lah ketat semacam. Senyum memang langsung tak ada. Muka macam menyampah jek dengan kitaorang neh yang sibuk dok selak-selak tudung sana sini. Kawan aku sorang tu dok tanya-tanya pesen inner tudung yang panjang, pun derang tu macam malas nak layan jek. Aku ingatkan minah 2 orang tu tengah penat lah kot. Tapi tiba-tiba ada 2 orang mamat datang duduk kat area kedai tu. Boleh plak sorang minah nih gi dok happy2, gelak2 sambil cakap kuat2 dengan mamat 2 orang neh. Eh, bleh plak senyum manis muka bagai kalau dengan jantan. Ceh. Tak jadi aku nak beli dengan korang.

#KES 4
Masuk plak kedai barang-barang hantaran sebab nak cari kotak cantik untuk isi hadiah pada bos kesayangan yang nak bertukar. Sorang makcik yang boleh dikategori warga emas yang masih gagah jugak lah jadi jurujual nya. Tapi aku memang rasa jengkel giler kat makcik neh. Kawan aku suka satu kotak anyam neh, aku tengok ada tulis tanda harga kat setiap kotak-kotak kat situ. Harga adalah berbeza mengikut saiz. Bila tanya nak kotak tu, boleh plak dia kata tak jual satu. Kena beli satu set yang ada 3 biji kotak berlainan size. Isk, abih tu buat apa letak tanda harga asing-asing kat kotak-kotak itu. Pastu, bila nak kotak lain, pun dia cakap sama. Semua kena beli set. Memang banyak songeh lah mak cik tu. Dah orang nak beli tu kira bagus lah tu. Dah lah barang kedai dia berhabuk, tahi cicak bagai. Nampak sangat tak ada orang nak datang sangat kedai tu. Aku macam dah panas, malas nak dok lama-lama, terus cakap kat member-member aku, amik je lah set pun. Yang lebih tu kasik aku beli lah. Senang citer. Boleh gak aku buat letak apa-apa barang atau pun Alyaa jek main. Tapi bila dah belek-belek nak amik, tengok kualiti macam kureng. Pilih-pilih lagi, ada lah kotak yang macam kukuh sket laa. Boleh pulak beli sebijik-sebijik yang itu. Tapi mahal sikitlah. Kawan aku pun tawar menawar lah sket. Makcik tu tak nak kasi kurang sangat, siap cakap dia jual harga modal lah bagai. Nipu giler. Mana ada orang jual barang harga modal. Macam lah kami tak sekolah. Yang paling aku tak suka, dia siap suggest kitaorang beli yang dah kemek-kemek rejected kalau nak harga murah. Cet, macam lah kitaorang tak mampu sangat. Dah lah awal-awal tu masa kitaorang tanya pendapat dia bekas yang sesuai untuk isi hadiah, dia suruh kitaorang beli paper beg murahan yang orang isi gula-gula orang kahwin tu je. Terus kawan aku cakap, "Tak nak lah, tak kan beg macam ni je nak bagi hadiah kat bos kannn".....haishhh...

Kesimpulannya memang pening kepala gak laa melayan karenah jurujual neh. Kita sebagai pengguna, ada hak per nak memilih. Bukan nya kita rosakkan barang dia ke haper. Setakat nak belek dan tengok details sebelum decide nak beli jek. Duit kita, suka ati kita la. Yang jurujual pesen gini nak belagak sangat tu naper. Even jurujual butik mewah kat KLCC dengan Pavilion pun senyum manis je bila kita masuk belek-belek barang dalam kedai dia...walaupun dah tahu memang tak ada gaya nak membeli pun. Hahaha...

Btw, tour kitaorang hari ni memang superb. Kena pulak ada sorang tu yang sangat baik hati belanja lunch. Yippie!!

4 comments:

  1. Ko lupa cerita satu lagi ayat yg menjengkelkan.
    !pergilah balik makan maggi'.. nasib aku tak dengor ayat tu.. kalu tak siang2 dah kena hangin kat aku ni hah.....

    ReplyDelete
  2. overall sgt seronok smlm.. lain kali boleh buat lagi...

    ReplyDelete
  3. haha. that is why aku mcm dh mls gle nk pegi kedai2 mcm ni doh. bkn aku kerek or sombong or kaya (hakikatnye miskin), tp siyesly, aku nk soping nk hepi2. spoil gile aaa kalo soping kn. hari tu aku pergi coach bagai tu, punya la baek derg neh layan kerenah aku ngn member aku, smpi i swear i'll buy something kt kedai derg nnt sbb derg lyn aku baik. kekekeke

    ReplyDelete
  4. achiq: i terlupa lah kes yang itu...tapi yang tu saya tak dengar sendiri, so skip lah.

    intan: kan kan intan kan....huhu

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template