Wednesday, December 8, 2010

Apa Nak Buat Bila Tengah Merajuk...


Untuk pengetahuan, saya adalah seroang yang suka merajuk dari kecik sampai lah ke besar. Mudah sangat nak terasa hati. Tetapi cepat jek baik nye. So kira balance lah kan, cepat merajuk tapi cepat sejuk. Cuma sejak dah besar gedabak neh, merajuk tu tak lah ditonjolkan sangat. Sekadar terasa hati sorang-sorang ja.
Alah, merajuk...biasalah kan perempuan. Mesti ada penah merajuk dengan mak ayah ke, dengan adik kakak ke, dengan kawan-kawan ke, dengan pasangan sendiri ke. Apa yang saya perasan lah kan, lagi rapat atau dekat  seseorang tu di hati kita, lagi lah mudah untuk kita terasa hati dan merajuk dengan dia.

So, apa saya buat bila saya merajuk atau ada terasa ati, terkecik hati dengan sesaper saja....


  • Merajuk dengan mak ayah atau adik:  Yang ni banyak berlaku masa zaman sekolah menengah dulu. Masa tengah berjiwa memberontak. Biasalah kan remaja. So, bila merajuk dengan mak atau ayah, senang je, aku lari masuk bilik. Berkurung je dalam bilik sampai dah rasa boring, jemu atau kesunyian, aku pun keluar tengok tv atau cari makanan kat dapur.  Maka habislah merajuk untuk hari itu. 

  • Merajuk dengan kawan:  Hurm, kalau zaman belajar dulu selalu aku merajuk dengan rummate lah. Sebab aku paling rapat dengan dia dan aku sayang dia lebih, so aku pun banyak lah nak merajuk dengan dia. Hahaha... Selalunya aku diam jek seharian tak berkata. Dok je ngadap laptop tu sorang-sorang. Then, bila aku dah sejuk, keadaan akan kembali ke normal. Rummate aku pun dah tak amik port kalau aku diam semacam jek. Dah paham dah peel aku kot. Begitu juga kalau dengan kawan-kawan kat office. Biasalah kan, kadang-kadang dalam gurauan pun ada gak part yang sensitif. Yang boleh membuatkan aku rasa kecik hati. Seperti biasa, aku pun akan berdiam diri je lah. Kadang-kadang ada gak orang yang perasan dan tanya naper aku diam jek satu hari tu, then bila dah ada orang tanya gitu, aku pun kembali seperti biasa pot pet pot pet. So, tak ada orang perasan pun aku merajuk.

  • Merajuk dengan suami:  hahaha..normal lah kan merajuk dengan suami. Ada ke orang yang tak penah merajuk dengan suami masing-masing. Mind u! Kalau tengah merajuk, biasalah aku akan berdiam diri, buat hal aku dan cuba elak apa-apa aktiviti yang melibatkan suami. Tiba-tiba jek fokus kat anak jek. Hahaha.....diam jekk...apa je suami aku ajak seperti makan ke, tengok tv ke, kuar ke, mesti aku cakap takkk nakkkkk...dan aku akan cakap yang aku merajuk dengan dia kerana bla bla bla. Kalau dengan orang lain, aku tak nak tunjuk yang aku tengah merajuk, tapi kalau dengan suami, aku memang nak dia tahu yang aku tengah merajuk. SEBAB? Sebab aku suka kena pujuk dengan suami aku. Hahaha... Then perhubungan pun menjadi seperti normal kembali. Senang jek kan.

So, kesimpulan nya, bila aku merajuk, aku hanya akan berdiam diri dan buat hal sendiri jek, then lama-lama dia akan cool sendiri. Rasanya tak pernah pun sampai satu hari penuh aku merajuk. Bila dah cool, terus aku tak ingat dah naper aku merajuk. Hahaha....kembali ceria seperti biasa. 

Tapi, kalau sampai tahap hati terluka, jiwa membenci, terus aku tak nak ar berbaik dengan orang-orang yang terlibat. Memang nak avoid terus lah. Dan kisah-kisah berkenaan orang begini tidak boleh lah diceritakan di sini. 

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template