Wednesday, December 1, 2010

Tempat Kerja Saya

Tadaa…mari lihat keadaan tempat saya menghabiskan masa setiap hari dari pukul 8pagi hingga 5petang, 5 hari seminggu.

 
Ini adalah pemandangan sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sungguh setia 3 biji tong recycle tu menjadi penyambut tetamu ku setiap hari.

Sila pilih ke arah manakah destinasi pilihan anda.

Persimpangan yang memisahkan haluan aku dengan haluan orang yang tak sama bahagian dengan aku. Sila abaikan model di dalam gambar di atas.

Ini adalah pintu masuk ke department/section aku. Ini adalah zon larangan merokok. Pemadam api disediakan khas untuk memadamkan api rokok jika ada pihak yang tidak tahu membaca dan tidak mematuhi tanda larangan merokok yang tertera di pintu.

Inilah workstation a.k.a tempat aku berkubang seharian.


Bawah meja...ada selipar khas untuk ke tandas dan juga kegunaan apabila kaki dah rasa semacam akibat memakai heel dalam tempoh masa yang panjang.


Kiri kanan ada bunga ya....ala-ala bekerja di taman bunga. Tak lupa juga air kopi secawan. Kerja kena santai-santai baru lah membantu mengurangkan regangan. Heee...


Telefon. Tray. Gambar chenta hati. Tetikus berekor pun ada.


Bersih je kat drawer belakang. I tak suka serabut2. Biar serabut dalam drawer tak pe sebab orang tak nampak.


Atas meja side kiri. Kalkulator berskala besar. Tak boleh dah guna scientific bagai, kecik sangat nak nekan nyer. Aku sekarang keja ala-ala akauntan, so memang kena sokmo menekan nombor ya. Botol air adalah wajib. Sehari kena 3 botol ok.
.
.
.
.
.
.
OK, itu sahaja sesi perkenalan dengan dunia kerjaya aku.
PeAcE

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template