Wednesday, December 1, 2010

Sepetang di Pantai Kemasik

Dah lama tak jalan-jalan tepi pantai walaupun tinggal di daerah yang dikelilingi pantai. Huhe….dulu zaman belum bergelar isteri, iaitu zaman anak dara, saya sangat suka gi laut atau pantai. Memang dari kecik ayah ngan mak pun suka bawa gi ronda-ronda amik angin laut di Kuala Perlis. Oh, sangat best saat-saat itu. Tapi sekarang macam dah kurang. Mungkin sebab dah sibuk dengan rumah tangga dan kerjaya. Isk isk…
Tapi kali ni nak ajak gak hasben gi pantai. Masa aku training last week, mak ngan nenek dia datang, derang gi makan kepok lekor tepi pantai. Aku jeles!! Sebab tak leh ikut. So dia kena bawa gi semula. Hahaha…
Bila sampai pantai ari dah sangat petang. Orang adalah sangat ramai. Ada yang bawa family besar, ada couple muda, ada couple tua, ada geng anak-anak muda, ada opsimate aku dan ada ramai lagi pesen-pesen dan jenis-jenis manusia. Hehe…monyet pun ada. Mungkin sebab kat situ dah upgrade kot dia nyer facilities bagai. Tapi pantai dia tetap cantik. Oh, kat umah aku nih banyak lagi pantai-pantai untuk dijadikan tempat bersantai. Ada Pantai Kertih, Pantai Paka, Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), Pantai Kemasik, Pantai Telekom (sebab sebelah dengan pencawang TM), Pantai Kijal dan pantai-pantai sepanjang nya. Hahaha….rugikan tak amik peluang gi menembak dengan DSLR kat tempat-tempat cantik ni. Tapi tak sempat laaa T_T
Anakku sangat lah teruja. Oh, dia tak teruja tengok laut tu sangat, tapi dia lagi teruja pijak pasir (dengan berkasut ya). Asik belek-belek dan kuis-kuis kaki kat pasir tu. Siap gi pegang pasir lak. Isk isk…sian anak aku baru kenal pasir. Pastu bila ada ombak besar bedebum kat pantai baru lah dia pasan kot ada air banyak kat situ. Hahaha…tapi sorry sayang, mama tak kasi awak main air. Mama pun tak suka main air laut. So kita duduk diam-diam amik-amik gambar je k. Kejap je, dalam 25minit lepas tu kitaorang pun balik sebab dah nak maghrib. Nanti boleh datang lagi k.
So enjoy ye photo yak…








0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template