Saturday, November 13, 2010

Proton Inspira - Model ke 15 Proton


Photo: Google

Dulu masa Lancer Mivec Mitsubishi baru keluar, aku memang minat habis. Siap pasang angan-angan nak pakai. (Angan-angan je lah, nak beli baru bukan masanya lagi). Pastu tengok kat Kertih & Paka ni bersepah orang pakai kereta tu. So, dah tak berapa nak jadi kereta favourite dah. Haha. Tapi serius, aku sangat teringin nak ada kereta yang seumpama Evo Lancer ke, Subaru Impreza ke...hik hik.

Then, bila Proton buat announcement tentang projek Inspira nih, aku teruja pulak. Siapa nak bagi kereta yang sama spec dengan Lancer itu pada kadar harga yang lebih murah. Best tuu.... Tapi ramai juga yang aku dengar mengutuk-ngutuk Proton konon-konon dah habis tak ada idea baru ke nak buat kereta. Hampeh. Padahal Naza & Perodua tu memang sah-sah 'copy cat' model luar jugak. Ada ke kereta yang mereka reka sendiri???  Entahlah, kalau jenis yang tak suka Proton tu, apa pun strategi pemasaran yang Proton buat, mesti akan dikutuk. (Ramai orang sekeliling aku macam pandang sebelah mata jek orang-orang macam aku yang pakai Proton nih)...tapi lantak korang lah kan. Ada aku kesah....hahaha.

Oh, berbalik pada Inspira. Aku rasa berbaloi kalau beli nih. Menurut pamplet promosi, Inspira performance 0~100km/h is 10s for 1.8 MT, 11.5s for 1.8 AT and 10.5s for 2.0 AT (Premium). Kalo nak compare dengan kereta aku sekarang, masa beli 13 sec maa, but now rasa macam 20s jek...haha...nanti aku test berapa sec dah dia amik. Masa pusing-pusing bandar Kuantan, sempat jugak menjengok promosi Proton Inspira kat depan East Coast Mall. Berangan lagi. Haha. Bila cakap kat hubby teringin nak kereta ni, dia cakap, kereta ku yang sekarang tu OK lagi. Baru pakai 3 tahun. Jangan dok berangan sangat. Hahaha....

Anyway, tahniah Proton atas usahasama dengan MMC nih. Teruskan usaha!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template