Saturday, November 13, 2010

Plan for 2nd Anniversary...

Sekarang nih musim orang plan untuk pergi bercuti sempena tiket flight murah yang dianjurkan oleh AirAsia: Everyone Can Fly~ Masa my friends tengah sibuk-sibuk plan untuk percutian mereka, aku terfikir nak plan bercuti untuk anniversary kitaorang next month. Hubby pernah cakap, dia suruh je aku plan ke mana-mana sebab dia macam tak pandai nak plan untuk percutian yang best. Adeh, macam lah aku ni tahu sangat. Semua percutian dengan keluarga aku selama ni adalah tanpa dirancang, just terfikir and semua orang pun JOMMM....hahaha...teringat lak kenangan sehelai sepinggang bermalam di Cameron Highland.

So, aku plan bercuti ke 3 tempat yang mudah dan dekat-dekat aja sebab sebulan je lebih kurang masa yang ada. Cuti tahun pun tak ada, plan untuk weekend jek. Hahaha... Satu hari kat office aku dok survey pasal percutian berharga ini. (Adalah satu kesalahan buat kerja peribadi di office ya! Sila jangan tiru!)
Aku buat proposal baik punya. Siap dengan budget dan lokasi penginapan dan perjalanan yang lengkap. Antara lokasi pilihan adalah:


- Budget RM1k ke bawah: Colmar Tropika, Bukit Tinggi atau Cameron Highland

Bukit Tinggi from Google

Cameron Highland from Google


- Budget RM2k ke bawah: Pulau Langkawi dengan AirAsia


Dataran Lang from Google


- Budget RM3k ke bawah: Kota Kinabalu (tak mampu lagi nak gi Karambunai)


Kota Kinabalu Town from Google


Dan, dengan semangat dan teruja nya aku balik present my proposal to my beloved hubby. Dengan harapan dia setuju :D

Tapi...

Abang kata, dia tiba-tiba ada shut down kat platform dia on December and suddenly aku dapat new deadline untuk budget cycle CPB which is middle of December.

So,

Padan muka! Memang tak leh gi mana hokey!

1 comments:

  1. postpone je ke satu masa depan yg terhampir..hehe

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template