Monday, November 15, 2010

Persiapan Nak Balik Kampung

Assalamualaikum semua. Haha…budget macam ada orang baca jer blog nih. Tapi, at least ada malaikat yang menjaga di mana-mana. Hehe.
Photo from Google

Saya adalah sangat teruja nak balik kampong kat Perlis Indera Kayangan untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga terchenta~ Saya sangat teruja dan gembira sehinggakan saya rasa macam tak mau packing-packing, nak balik terus jer. Kesian suami tercinta yang sibuk-sibuk packing barang-barang keperluan si comel kami. Suami saya memang sangat suka packing-packing barang kerana itu adalah hobi dia. Hehe…sayang dia!

Oh, sangat lah banyak baju dan keperluan yang saya kena bawa kerana saya akan terus berkursus selama 3 hari di Kuala Lumpur selepas burcuti raya. Huwaa….saya kena berjauhan lagi dengan Si Manis…cahaya ketinggian dan kemuliaan yang berseri kemerah-merahan itu….harta sementara kurniaan Allah yang amat saya sayang. Oh, sedih lah saya. Tidur sorang-sorang kat hotel lagi. Oh, betul lah sedih. Tapi saya harus berkorban kerana tuntutan tanggungjawab dan amanah.

Oh, apa yang saya sudah melalut nih. Mari paksakan diri untuk packing barang. Cepat, mari bayangkan keseronokan bersama keluarga menyambut Aidil Adha. Ada rancangan sembelih 2 ekor lembu kat rumah tok. Nanti ramai-ramai sanak sedara tolong menolong masak-masak. Semua cucu dan cicit tok akan berkumpul (adakah semua dapat pulang kali ini?)….mesti meriah. Anak saya boleh berjumpa sepupu-sepupu seangkatan beliau. Ya, 4 orang sepupu saya yang telah berkahwin semuanya sudah ada anak yang sebaya anak saya….sungguh kiut. Sangat berharap dapat berjumpa Damia Yasmin, Adam Haris, Rayyan Mikhael dan Tg Amani Zulaikha (eh betul kah nama budak kecik nih? ) saya pun dah confuse.

Yang penting dapat bersilaturrahim dengan sanak saudara. Hoyey. InsyaAllah kalau diniatkan kerana Allah, ianya adalah ibadah J Juga mari jadikan peluang ini untuk berbuat kebaikan dengan sanak saudara atau bersedekah dengan ahli keluarga kerana itu adalah lebih utama dari sedekah kepada orang luar. Hehehe….oh, ingatan saya sudah sampai ke Perlis. Sangat malas nak bekerja pada hari ini. Astagfirullahal’adzim.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template