Sunday, November 14, 2010

Penjual Keropok Lekor Yang Tidak Jujur


Photo from google

Lusa saya nak balik kampung. Saya bercadang hendak membawa balik keropok lekor buat sanak saudara di kampung. Tadi, saya telah pergi membeli keropok lekor sebanyak 100 batang. Saya bertanya kepada si pengusaha keropok, adakah keropok ini masih baru? dan bolehkah bertahan dalam 2-3 hari lagi. Dengan confidentnya puan pengusaha itu mengatakan bahawa keropok dia tahan jek. Tapi kena simpan dalam peti ais lah. Standardlah tu. Bila balik ke rumah, saya sangat teruja nak makan keropok lekor. Walaupun saya tinggal di Terengganu, tapi saya jarang makan keropok lekor kerana itu bukanlah makanan kegemaran saya. Kalau ada orang bawa ke office atau terhidang dalam meeting, baru lah saya makan. Then, bila bukak je bungkusan keropok dah ada bau pelik. Saya goreng jek sikit untuk santapan minum petang, dan sangat kecewa kerana puan pengusaha telah mencampurkan keropok lekor yang telah berbau busuk dengan yang elok. Ciss, sungguh kurang asam. Dah lah nak bawa balik kampung. Memang habis lah kena sumpah seranah si pengusaha keropok lekor cap Udan* Gala* di Kuala Kemaman itu. Tapi saya jugak silap sebab saya tidak cek di kedai. Just main terima jek keropok yang dia dah bungkus itu sebab bila pegang rasa panas jek macam yang baru. Memang hampeh lah :(

3 comments:

  1. sabor jelahh..nk wat cane...kite sbgai pngguna pun kena lebih bijak dari peniaga..kalau tak kite yg rugi dia yang untung...

    ReplyDelete
  2. carilah pembekal yg jujur, yg bertanggjawab... jgn cari pembekal bila ada masalah yang berpunca daripada dia sendiri ..dia salahkan orang atau bnda yg xde kaitan...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template