Monday, November 15, 2010

Niat Kerana Allah SWT

Niat adalah sangat penting ya kawan-kawan. Dalam kitab karangan Imam Nawawi berkenaan Hadith 40, hadis yang pertama diletakkan adalah berkenaan niat. Mafhumnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

Tapi ingat ya kawan-kawan, untuk lebih afdhal hendaklah merujuk kepada ustaz atau ustazah kerana dibimbangi pembelajaran tanpa mu’allim atau guru ini boleh menyimpang kepada keburukan. Zaman sekarang sangat berleluasa orang belajar berguru kan internet  semata-mata. Minta dijauhkan.

Ok, berbalik kepada niat. Marilah kita meletakkan setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah kerana Allah SWT. Menulis blog pun biarlah kerana Allah SWT. Ikhlas untuk berkongsi  kisah menarik/suka/duka kita atau berdakwah. Saya pun nak cuba ke arah itu. Cuba untuk meningkatkan perkongsian yang berfaedah dan cuba mengurangkan perkongsian yang tidak berfaedah terutama pasal nak kutuk orang. Haha…

**PS: Ada jugak orang yang dari awal berniatkan untuk berblog semata-mata untuk mengutuk dan meluahkan ketidakpuasan hati pada tuuutttt…atau tuuuutttt….isk isk….bak kata Nabil yang tengah ‘hot’ tu, “Lu Pikirlah Sendiri”~

<3 <3 <3  PEACE!!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template