Saturday, November 13, 2010

My Sweet Little Girl


Semalam seharian berjalan-jalan cuci-cuci mata kat East Coast Mall. Dari tengah hari sampai ke lewat petang. Dah lama tak keluar shopping jalan-jalan macam tu. Sangat seronok. Yaya pun seronok bila ayah dia bagi peluang bertatih dalam mall tu. Tapi awak berjalan slow sangat lah kakak, so better duduk diam-diam dalam stroller ye.

Beli belah baju dan seluar Yaya. Bayangkan, seluar panjang dia yang beli untuk raya AidilFitri haritu dah ketat tak boleh butang. Perut memboyot. Apa kakak Yaya makan ntah...haha...so kali nih ayah dia suruh beli yang besar-besar size 3tahun terus. Hahaha...jangan nanti anak mama nampak macam pakai baju pinjam udah.

Ok, the real story here is....tentang kecomelan anak saya. Ceritanya, bila dah balik umah selepas berjam-jam berjalan dan berdiri, haruslah aku sakit-sakit kaki. Minta si ayah tolong picitkan, tapi macam tak berasa sangat, so minta pijakkan terus kaki ku yang lenguh-lenguh.

Tiba-tiba, Yaya marah. Dia pukul-pukul kaki ayah tak bagi pijak kaki mama. Yaya jerit-jerit dah nangis suruh ayah jangan pijak mama. Oh, anakku sudah ada jiwa pembela. Agaknya dia ingat ayah nak dera mama kot...aiseh....cute nye kamu. Maka, berakhirlah sesi urut kaki sengal-sengal kerana Yaya tak kasi. Seyes, terharu bila anak bersungguh nak protect mama dia. Oh anak ku!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template