Monday, November 15, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Aku nih suka sangat mengkaji lirik lagu. Huuu…tapi lagu nih best terutama lirik dan maksud tersirat nya. Kisah anak yang sukar nak melafazkan sayang pada orang tua nya. Ya, tidak dinafikan ada anak yang agak kurang rapat dengan orang tua nya terutama si ayah. Aku pernah jumpa orang yang sangat tak mesra dengan ayah mereka. Nak cakap dengan ayah pun takut-takut, ayat skema jek. Tapi mereka sangat menghormati ayah mereka itu, Cuma kemesraan jarang dizahirkan. Malu dan segan gamaknya.

My Ayah & My Mama

Aku bersyukur kerana ayahku tidak lah terlalu tegas sehingga terbina barrier antara ayah dan anak untuk bermesra. Ayah ku sangat sporting. Ya, aku tidak kekok untuk mencium ayahku di khalayak ramai. Adak ala, bila teramat rindu, aku hantar sms cakap rindu kat ayah. Aku boleh bercerita dan berkongsi itu ini dengan ayah terutama kisah-kisah penjagaan anak kecik sebab ayah ku sangat terror jaga budak hokey. Kalau ada ayah, aku tak kisah sangat pasal si anak aku tu sebab ayah akan jaga dan main dengan cucu dia tu jek. Aku boleh suka-suki gi sana sini dengan suami sebab ayah sangat nak bermanja dengan cucu nya itu.  Haha….my father adalah sangat loving. Dulu masa praktikal, aku satu ofis dengan dia. Dia suka dengar lagu Puteri nyanyian Zainal Abidin yang agak glamer pada ketika itu. Dan dia suruh aku dengar jugak ala-ala dedicate that song to me. Oh, I love my ayah. Masa kat university pun ayah masih tak kekok nak suapkan aku makan….aku ingat lagi masa ayah datang melawat aku kat UTP, dia suap udang kat mulut aku kat bawah blok hostel tu je tempat orang lalu lalang….oh, ayah sangat mengagumkan.

Bak kata lirik lagu di atas, lafazkan dan zahirkan lah kasih sayang terutama dengan ibu ayah kita tanpa segan silu. Ini terbalik, sangat ramai yang tidak malu untuk menzahirkan kasih sayang dengan berpegangan tangan, bertepuk tampar apatah lagi kissing-kissing dengan balak/aweks yang haram itu.

Ayuh semua, cepat zahirkan sayang anda pada ibu ayah yang masih ada. Salam, cium tangan, kucup pipi, salam semut, cium dahi dan peluk lah mereka sekurang-kurangnya 10 saat. Ucapkanlah, “mak, ayah, saya sayang mak dengan ayah sangat-sangat!!” Lakukanlah sebelum terlambat.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template