Tuesday, November 30, 2010

Kisah Seorang ‘Enchik’ Yang Kerek


Saya ni sebenarnya tak suka nak mengata kat orang, tapi kisah seorang ‘Enchik’ ini adalah sangat mengganggu fikiran dan jiwa raga saya. Aduhai. Dia adalah seorang yang berjawatan bos lah kat tempat kerja saya. Adalah bernasib baik dia bukan my direct superior tapi mana tahu kalau ditakdirkan dia bakal jadi bos saya kemudian hari, wallahu’alam. Dunia kan berpusing jek tak berhenti, so macam-macam kemungkinan boleh jadi kan.
Oh, kenapa saya tidak suka dia. Ada banyak sangat sebab dan tak mungkin terluah di sini.. Hari ini, dia berjumpa saya dan menyuruh saya pergi ke pejabat di cawangan Sarawak. Atas sebab? Oh ya. Dipendekkan cerita, syarikat ku banyak cawangan. Setiap kali ada meeting nak update apa2 aktiviti berkenaan, mesti ‘Enchik’ ini nak pergi. Tak pelah dia tu bos. Tapi dia pegi nonong-nonong je lah. Suka suka kot sebab boleh jalan-jalan free.
Bayangkan kita adalah pekerja yang bertungkus lumus buat keje-keje yg menyakitkan jiwa neh. Pastu bos sedap-sedap je gi meeting update kejayaan dia buat keje tu. Tapi tu memang pun keje bos. Cuma aku tak puas ati bila bos tak penah amik tahu pasal keje-keje itu, tak penah peduli staff dia buat keje ke tak, keja jalan ke tak, tapi dia sedap2 je nak gi ngaku keje dia berjalan lancar. Dah lah gi meeting tak ajak, balik tu langsung haram nak share apa kah perkembangan terkini. Aku tahu naper dia tak update kat opis, mesti dia gi meeting tu kejap je, pastu kuar gi jalan2 shopping2 kot. So dia pun tak tahu apa perkembangan meeting tu. Lagipun dia memang tak tahu apa-apa dari awal pun. Mesti rasa bodoh je dok dalam meeting tu kan. Bos memang banyak yang berlakon pandai je….Hahaha….
Pastu, bila orang dari cawangan Sarawak nak minta share tentang perkembangan projek itu, boleh lak dia suruh aku gi. Hello…aku tak pergi kot meeting yg ko gi tu, so aku mana tahu latest update hokeyyy! Boleh siap cakap, “awak tak nak gi ke? Sarawak neh?” Apa ingat aku kebulur sangat ke duit company dan bole jalan2 free macam ko tu. Boleh blah!!
Korang nak ke gi present benda yang korang sendiri pun tak feel dan tak tahu sangat pun. Tu namanya gi serah leher untuk disembelih. Tol tak? Aku suka bila ada kawan aku cakap direct kat ‘Enchik’ itu…”Bukan ke ‘Enchik’ yang gi meeting knowledge transfer kat KL tu, naper ‘Enchik’ je yang tak gi Sarawak tu?”…….hahaha.

Peringatan: Ini adalah entry yang penuh emosi. Kepada yang tak berkenaan, anda boleh abaikan nya. Hahaha…..di sebalik yang tersirat, ada yang tersurat. Hanya yang paham je akan paham apa yang sepatutnya di pahami.
Adios!!

1 comments:

  1. hahahah..tergelak2 aku baca hasil garapan nko nii...kawan yg nyampuk tu mmg tak sayang moooollootttt

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template