Tuesday, November 23, 2010

Hari Ini Rezeki Murah

Hari ke 2 training kat KLCC. Content training tu adalah sangat light and easy...tapi tak dak lah easy sangat kalau part assessment. Huhu...tapi memang rileks sangat-sangat. Banyak masa free daripada masa belajar. Huhu. Then tadi masa lunch, one of my office mate yang turut serta dalam training nih ajak lepak dengan kawan-kawan dia yang kerja kat KLCC. Dia ajak makan kat Bumbu Desa KLCC. Restoran masakan Padang dan Sunda. Makanan dia macam boleh lah. Tapi boleh dapat lagi sedap kat tempat lain dengan harga yang lebih murah lah. Huhu... Thank you so much Encik Zawawi for the lunch treat....


Gambar adalah dari Google je sebab aku tak ingat lak nak amik gambar tadi. Isk isk....excited sangat makan kat tempat mahal.

Then, bila petang after office lak, my lovely ex-trainee yang kini dah bergelar executive pulak ajak jumpa dan makan-makan. Sementara tunggu dia abis keja, sempat gak aku shopping beberapa pasang baju tidur untuk Alyaa. Tengah sale kan...so tak ada lah mahal sangat. Baju Alyaa pun banyak dah ketat kat perut dan seluar senteng...dah makin membesar pun anak dara aku tu. Baju untuk jalan-jalan dah banyak sebab nenek ngan atok dia borong sakan untuk cucu yang seorang tu masa derang gi Bangkok baru-baru ni. Tak kan nak pakai gaun kembang-kembang plak untuk tidur malam kan, so memang kena beli lah untuk ganti yang dah tak padan tu.

Mula tu plan nak makan kat Nando's tapi boleh pulak dia tutup. Padahal tengah hari tadi ada je member training aku yang gi makan kat situ. Isk isk....so kitaorang decide makan Pizza Hut sebab nak cari location yang agak privacy untuk borak-borak gossip-gossip selepas agak lama tak bertemu...dah setahun lebih kot tak jumpe....heee


Then, my dear friend tu cakap hari ni adalah hari dia dapat gaji pertama beliau dan saya adalah orang pertama yang dia belanja dengan gaji pertama nya. Isk isk.....terharu tahap gaban gue...hik hik hik...sangat berterima kasih pada Cik Sarina yang maintain cute tu...
Teringat lak masa aku terima gaji pertama dolu-dolu. Rasa macam nak bagi semua orang yang rapat dengan aku merasa duit tu...seyes....aku memang bagi separuh pada mak ayah walaupun derang tak minta pun. Punya lah hepi sangat kan. Tapi end up, ujung bulan aku kekeringan dan terpaksa minta ihsan belas mereka jugak....hahahaha......tapi tu cerita dulu laaa, zaman tak reti nak manage duit lagi. Jangan tiru noooo!

2 comments:

  1. Asyik kena belanja jer...
    berKG2 lah naik tu...

    ReplyDelete
  2. tu lah...tiba2 timbang terlebey 2 kg...cisss cisss

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template