Wednesday, December 1, 2010

Bila Anak Tak Buang Air Kecil Lebih Dari 6 Jam



Alkisahnya, anakku kini sudah satu tahun dan dua bulan ya. She’s growing good. Dan pagi tadi telah terjadi insiden yang mencuakkan jiwa seorang ibu. Ohh…
Kisahnya bermula dari semalam. Sepertia biasa setiap pagi, aku atau suami akan tukarkan nappy Alyaa sebelum hantar ke taska. Oh, sangat comel Yaya time ini…tengah sedap tidur, ada yang kacau. Dia akan bunyi-bunyi macam rengek-rengek je seolah-olah cakap jangan kacau tidur saya laaa…huhu...pastu dia tidur buat dunno je walaupun disiram air sejuk untuk basuh dia nyer tuutt…. Tapi pagi semalam aku tengok dia nyer nappy kering. Mean that dia tak buang air langsung lah sepanjang malam. Normal kot sebab dah penah jadi macam tu beberapa kali gak. Then hantar gi taska macam biasa.
Petangnya, amik dari taska dia baru je siap mandi dalam pukul 5 camtu. Bawa dia gi jalan-jalan pantai sebab nak bagi dia merasa berjalan di atas pasir pantai lak….yang ni nanti kita citer next entry k. Then, dah malam, nak tukar nappy lagi tengok kering jek…sampailah time nak tidur pun kering jek. Eh, anak aku tak kencing-kencing ke….pelik2. Then dia pun tidur selepas main-main macam biasa pusing-pusing satu umah. Berpeluh-peluh haaa….tu pasal agaknya tak kencing banyak.
Bangun pagi ni pun, terus cek dia nyer nappy, still tak kencing lagi. Oh Tuhan, mesti sesuatu yang tidak betul sedang berlaku di sini. Aku CUAK!! Tak kan dia tak kencing dari pagi semalam. Cikgu taska tak ada lak  cakap apa2. Then, call tanya cikgu, dia cakap Yaya (nama glamer kat taska) kencing jek. So mean that dia tak kencing dari petang semalam lah. But still pelik lah kan. So aku dan abang pun decide nak gi Klinik Rantau (sebelah umah je)…
Bila jumpa doctor Hamdan (asik doctor nih je handle kes anak aku) dia terkejut bila aku bitau Yaya tak kencing since petang semalam. Dia try nak tekan Yaya nyer bladder tapi Yaya nangis kuat giler tak tahu lah sebab tak suka kat doctor tu ke atau nangis sebab sakit. Doktor pun cakap perut Yaya macam dah keras dan agak muncit…aduyai.
Doktor terus suruh kitaorang refer to hospital. Mak oi…dah terbayang dalam kepala, arini tak masuk opis, tido spital, cuti tak ada….serabut!! Tapi aku buat cool je lah. Senyum-senyum je kat doctor tu walaupun muka dia serius jek. Husband lak terdiam dan aku tahu dia adalah sangat cemas sebab dia dah macam gabra semacam. Bila doctor tanya nak gi hospital mana, my husband said nak gi the nearest jek iaitu Hospital Kemaman (30-40 min drive) even though doctor cakap sempat je kalau nak gi private hospital kat Kuantan (sejam setengah atau 2jam drive). So nampak sangat dia dah cuak untuk cepat-cepat dapatkan rawatan. Aku tak kisah gi hospital kerajaan atau swasta sebab 2-2 tu dah ada pengalaman (nanti I citer). Anakku lak rileks je…sengih-sengih, ngomel-ngomel…doctor pun heran naper dia tak ada reaksi macam sakit atau tak selesa.
Then, after buat reference letter, kitaorang balik umah jap (sebelah je dengan klinik tu) untuk siap-siap barang in case Yaya kena warded. Doktor cakap apa-apa hal pun Yaya kena buang dulu urine yang terkumpul tu. So nanti mesti kena masuk tiub kat situuu…auuwwcchhh…caket!! Mama dah penah kena masa nak beranak kan awak dulu….cian nyer Yaya kalau kena buat benda yang sama. Sah-sah awak akan meronta tahap gaban. Sob sob sob…
Lepas dah siap packing (10minit je hokey dah siap packing utk 3 hari kat spital)….dah terror engko sebab dah banyak pengalaman. Yes, pengalaman mengajar erti kehidupan. Pengalaman lah yang mendewasakan seseorang. Eh, sempat lak bermadah kat sini. Ok, sambung balik citer asal. Barang dah masuk keta, skali bau busuk macam ada orang kentut. Oh, rupanya Yaya yak yak. Excited kitaorang lompat kuar dari keta nak gi basuh dan nak cek sama ada dia buang air tecik ke tak…sebab kan selalu kalau orang buang air besar, mesti akan buang air kecik gak kan.
Then, Alhamdulillah dia ada buang semua air kecik besar tu. Banyak, penuh itu Pet Pet yang baru pakai tadi. Heh…so kitaorang pun dah serba salah, nak gi Emergency Room lagi ke kalau dah cin cin neh….so gi lah semula kat Klinik Rantau tu (mujur sebelah rumah je)….tanya balik doctor Hamdan. Doktor cakap, tak yah gi dah hospital. Fuhh..Alhamdulillah lega. Cuma kalau jadi lagi, cepat-cepat gi amik surat refer to hospital kat dia.
Doktor kata, might be Yaya ada infection atau kurang air so dia rasa pedih-pedih nak buang air then dia tahan jek….aauucchhh….so pasni kena bg dia minum banyak air. Mujur tak sumbat saluran kencing, kalau tak lagi lah menakutkan…na’uzubillah.
So, itu je lah kisah nya. Terus antar dia ke taska siap bagi cawan lagi suh cikgu bagi dia minum banyak air. Then mama ngan ayah Alyaa pun gi kerja seperti biasa. Pukul 9 masuk opish…huhuh.

3 comments:

  1. arghhh....cuaknya dgq...syukur alhamdulillah alyaa xdak apa2...kena take notes sume menda tuh kn? tak pee pee atau poo poo pn kna usha2...hoho...mg alyaa sihat2 sokmo~!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah normal. Agaknya sebab dia kurang minum air. So memang sokmo sumbat air putih laa pasni

    ReplyDelete
  3. Anak saya pun malam tak kencing..Risau jugak.. susu minum banyak tapi tak ada tanda perut kembung ke apa..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template