Saturday, November 13, 2010

Banjir a.k.a Bah di Perlis 2010


Photo from www.omaq.org/v3/

Banjir atau ayaq bah kali ni aku tak dapat join sekaki. Last time masa 2005, ada berlaku juga bah besaq di Kedah & Perlis. Time tu aku tengah buat praktikal kat Kangar, so dapat merasa susah senang ayaq bah time tu. Dan tahun ini, seperti mana tahun 2005, rumah aku selamat tak dimasuki air. Tapi rumah tok kesian abih masuk air. Cuma way forward untuk tahun ni, mak dengan ayah aku dah get ready dengan makanan kering untuk bekalan semasa banjir sebab masa 2005 dulu kami keputusan bekalan makanan sebab terperangkap di pulau rumah sendiri. Ayaq penuh kampung, memang tak boleh keluar mana. Kedai semua tutup.

Tapi kali ni macam lagi horror. Bekalan eletrik dengan air bersih pun turut terputus. Internet pun habis. Dah macam zaman darurat lah pulak. Ini semua dugaan dan ujian atau boleh jadi bala dari Yang Maha Berkuasa. Dan yang paling aku tak best, ada jugak golongan-golongan pendek akal yang mempolitikkan isu banjir. Kasihan negeri Kedah diburuk-burukkan, padahal sama aja status atau keadaan atau situasi antara Kedah dengan Perlis semasa kejadian banjir itu....isk isk....

Untuk gambar yang lebih menarik dan coretan yang lebih telus, lawati lah http://www.omaq.org/v3/2010/11/08/day-5-banjir-perlis-2010-gambar-banjir-sekitar-pinggir-kangar-perlis/ Memang ada liputan day by day kejadian banjir di Kedah & Perlis.

Teringat lak zaman kanak-kanak dulu, boleh main rakit buatan sendiri menggunakan batang pisang dalam rumah masa banjir di rumah mak ngasuh aku. Air pun jernih, ikan-ikan berkejaran. Hehe...

2 comments:

  1. Alhamdulillah rumah suna ok. kami dok tertanya2 gak..tp tak tanya pon plak. hehehe

    ReplyDelete
  2. takut tunggu orang kata ada 2nd wave...kesian tgk byk kerugian mangsa banjir...sob sob

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template