Monday, November 22, 2010

Ariel Peter Pan dan kisah video 'hot' beliau.

Photo from Google

Kisah Ariel dengan video tidak senonoh nya bersama Luna Maya dan Cut Tari dah lama gah. Dia bakal diheret ke mahkamah. Ada sumber mengatakan kawan baik dia sendiri yang curi video koleksi peribadi Ariel dari laptop Ariel. Aku minat sangat lagu-lagu PeterPan. So terkezut lah jugak tapi tak dak lah terkezut sangat sebab sekarang nih dah macam lumrah dah perkara-perkara seperti ini. Isk isk....memang dah akhir zaman sangat dah. Perkara yang dahulu adalah sangat taboo kini dah macam makan kacang.

Dulu masa kecik-kecik, sangat jarang dengar kes-kes seperti tangkap basah, mengandung tak berbapa, buang anak bagai. Memang sangat takut lah nak sebut pun kalau ada dengar-dengar kat ujung kampung ka...dan memang semua orang akan mengutuk sakan dan menganggapkan itulah sedahsyat-dahsyat perkara. Tapi, sekarang, semua tu adalah sangat banyak di sekeliling kita sampaikan dah jadi macam lumrah. Ya Allah, peliharalah zuriat keturunan ku dari perbuatan yang terkutuk ini. Jauhilah sebarang anasir yang boleh menarik kami ke arah perbuatan-perbuatan yang dimurkai-MU. Amin.

Walaupun untuk koleksi peribadi, video atau rakaman gambar pegun terhadap kelakuan sumbang adalah sangat memalukan dan terkutuk. Even suami isteri yang sah pun tak boleh record aksi mereka hokey. Betapa Islam memelihara kemuliaan makhluk bernama manusia nih. Tapi manusia yang tak reti nak hargai kemuliaan penciptaan mereka dan sanggup merosakkan diri sendiri dengan tangan-tangan mereka sendiri. Isk isk....takut!

Erkk....teringat lak cerita-cerita yang aku dengar kalau nak bercuti ke Langkawi terutama untuk package honeymoon, ada pihak hotel yang sengaja memasang kamera untuk merakam aksi pasangan terbabit untuk dijual di pasaran gelap. Entah betul ke tidak aku pun tak pasti. Tapi memang aku akan usha setiap sudut dalam bilik hotel kalau-kalau ada benda mencurigakan. Haha...kalau tak silap ada akta yang boleh menyalahkan pihak hotel kalau pasang kamera kat bilik guest. Oh ya, kawan aku penah bitau, kalau nak tau ada kamera tersembunyi ke tak bila masuk mana-mana bilik hotel, sila padamkan semua sumber lampu dan usha sekeliling terutama kat sebalik langsir. Kalau ada lampu kecik macam LED kaler merah ke, biru ke...kemungkinan itu adalah kamera. Jadi, berhati-hatilah.

2 comments:

  1. tima kasey info bguna. nanti aku pegi honeymoon aku try trick ni, wpun tak de plan honeymoon pn. keke :P

    ReplyDelete
  2. takot wooo kalo tiba2 org ckp muka kita sama dgn muka pelakon aksi tuuuttt kat youtube....haha

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template