Friday, October 8, 2010

Trauma sebelum Kahwin


Oh, baru pas baca catatan one of my friend yang dah nak kawin tak lama lagi dah. Dia macam tak boleh terima tentang keperluan dan kewajipan isteri mengutamakan suami dan ibu bapa suami lebih dari mak ayah sendiri.

Sangat mengingatkan aku pada situasi masa aku dekat-dekat nak kawin dulu. Seyes, sama! Aku nih adalah jenis family type yang memang dari kecik sampai besar adalah sangat rapat dengan mak ayah. Semua benda dan perkara yang berlaku mesti kongsi dengan mak ayah. Mak ayah adalah my best friend dan tempat rujukan, tempat mengadu, tempat meminta dan sebagainya lah. Of course lah yang utama adalah Allah SWT yer ;p

Ok back to my story. Walaupun boleh dikatakan aku sudah khatam dan faham hukum hakam ilmu nak kawin, tapi bila part ketaatan pd parents suami lebih utama tu aku memang rasa tak sanggup. Memang pikir sanggup tak nak kahwin sampai bila2. Tapi, dah nama perempuan normal, tetap rasa nak kawin. So masa dekat2 nak kawin tu aku memang susah ati dok pikir perkara nih. Boleh kah aku? Dan aku dah set dalam kepala, kalau aku tak sanggup if anything happen yg aku kena korbankan my parents, aku sanggup berpisah dgn itu my husband-to-be (pada masa itu lah). Sangat sayang sama mama ngan ayah!

Then after kahwin and now dah jadi mak orang, semua rasa pelik-pelik tu dah hilang. Alhamdulillah sgt bersyukur dapat suami yang sgt memahami dan menjiwai diri ku.... Macam mana aku boleh ilangkan perasaan dan pemikiran seperti sebelum kahwin tu? Hurmm...awal-awal lagi aku dah citer abis semua kat encik arep pasal perihal bini dia yg sgt lah so called ‘anak mak’ neh....dan dia pun paham sebab dia lagi lah sgt ‘anak mak’ kot (suami ku itu anak tunggal hokey!).

Aku memang jenis setiap hari mesti telefon mak ayah dan dalam setiap hari adalah mesti lebih dari sekali (secara purata adalah 3x telefon mak ayah dalam sehari). Memang itu lah rutin aku dari mula2 berjauhan dengan mak ayah masa belajar kat UTP dulu sampai lah skrang.  Adik aku yg sorang tu pun sama gak peel dan yg bakal berjauhan dgn mak ayah sorang lg tu pun mesti akan sama jugak lah dengan kakak dia neh. Hahaha. Dan begitu jugak dengan abang arep ku. Cuma dia tak der lah sampai berkali2 dlm sehari. Kira kami ni mmg sama lah pesen nyer. Semua benda atau perkara mesti kena gitau mak ayah masing2...lebih berkat insyaAllah. Huhe huhe...

So bila dah berbincang2 dgn abang arep ku, aku sangat lah berpuas ati dengan penekanan dan tindakan beliau. Kita harus adil J Yang hidup berumah tangga adalah aku dan dia, bukan dgn mak ayah sapa2...so kita boleh decide antara kita utk apa2 jua tindakan hokey. Alhamdulillah, suami sgt lah tidak mementingkan keluarga beliau sahaja. Semuanya adalah sama sahaja. Mak ayah kau adalah mak ayah aku jua. Kalo ko nak aku layan mak ayah kau baik2, maka haruslah ko pun layan mak ayah aku baik2...boleh tak macam tu??
Memanglah tak dinafikan mak ayah nih mesti setidak-tidaknya ada jua sikit sebanyak nak campur tangan dalam keluarga si anak-anak yg tersayang. So, kita as anak dengar lah nasihat dan pandangan mereka, nak ikut ke tak, itu kita punya keputusan lah. Bertuah jugak duduk jauh2 dari mak ayah masing2 neh...so kurang lah siri pengaruh mempengaruhi neh...hehe.

Aku rasa, hanya suami yang ego terlebey dan tak faham agama jek yang akan meng’control’ si isteri secara melampau sampai nampak sgt mengabaikan keluarga si isteri. Lagipun, tak perlu taat pada arahan suami yang tidak mengikut syariat. Bukankah berbuat baik kepada ibu ayah itu adalah suruhan Allah di dalam al-Quran kepada semua tanpa mengira kamu lelaki atau perempuan. Ingatlah, suami yang baik adalah suami yang adil yakni yang berjaya meletakkan sesuatu perkara pada haknya :)......apa yang penting, berdoa lah pada NYA pohonkan kerahmatan dan kerukunan dalam rumah tangga :)

Oh ya, raya haji tahun nih abang arep nak balik umah ku sepanjang2 raya....hoyeh. i love it! (raya haji tahun lepas dah dgn family dia, raya posa aritu dah dgn family dia masa raya pertama sampai ketiga, so haruslah umah i pulak kot....)
Ngeee......

2 comments:

  1. haha. thanks suna bg nasihat. terasa kurang sket ketakutan dan ketrauma-an aku. sekarang adelah sakit kepala mencari rumah pulak. keke

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template