Saturday, October 2, 2010

PMMS Skilled User Training

Yesss...hari ni last day untuk training seperti yang di atas. Dan hari ini juga adalah hari penentu sama ada layak atau tidak bergelar skilled user. Best giler buat assessment. Siap boleh cek jawapan dengan dak-dak lain. Haha, kalau tak lulus gak memang tak tau lah nak cakap per....
Assessment abih setakat lunch hour jek. Dalam email punyalah mention today will be full day session and must stay till 5pm. Ceh, buat penat jek aku kena stay sampai malam sebab dah booked tiket balik pagi esok.

Session hari ni dia buat kat Dayabumi, tak seperti 2 hari lepas. Aku tak penah jejak kaki ke sana. So nak mudah, aku minta jek teksi hantar. Biar pak cik teksi yang pening-pening cari jalan ke sana. Bila dah sampai, macam pening-pening nak cari lif plak. Huhu...memang agak pelik lah untuk aku yang baru pertama kali ke sana. Tapi aku rasa bangunan office aku kat Kertih nih lagi mengelirukan kot. Haha...sebab untuk bulan pertama kerja, mesti ramai yang sesat-sesat even nak cari blok ke cubical sendiri pun boleh sesat.

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku dipilih untuk hadir training ini. Tapi dah ada peluang untuk lari dari tekanan kerja yang sangat aku tak suka tu, pergi ajer lah. Oh ya, trainee dia adalah sangat aku tak berapa suka. Rileks sangat. Asyik belek laptop dia aje instead off mengajar kitaorang. Pastu senyum sorang-sorang depan laptop. Mesti tengah masyuk usha facebook kot. So memang sangat banyak masa terbuang. Aku rasa training nih boleh je buat untuk 2 hari. Tapi lantak lah. Aku dah abis pun.

Yea, malam ni atau lebih tepat lagi pagi-pagi dinihari karang dah nak balik. Pak cik teksi nak datang amik 4.30am. Semoga aku tak terbabas tidur. Oh ya, sebelum balik, sempat gak aku rembat beberapa barang yang ku rasakan perlu dibeli dan bukan kehendak (ye ke?)

Kasut aku dah lama tanggal tapak dia, jalan bunyi keletung-keletung kuat bangat, so boleh lah beli baru.
Handbag kesayangan aku yang beli last 2 tahun lalu dah mengelupas pun kulit dia, so boleh lah beli baru.
Spec itam aku telah dipatahkan oleh anak dara ku...so sgt valid untuk beli baru.

Oh ya, aku adalah sangat kedekut untuk berbelanja untuk diri sendiri kalau melibatkan benda yang bagi aku adalah mahal. Tapi kalau untuk my beloved family, abihkan semua bonus aku untuk derang pun aku tak kisah. Hek hek hek....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template