Monday, October 11, 2010

Perasaan Dimadukan….

Semalam aku semangat nak masuk office untuk habiskan kerja-kerja yang dah dekat deadline. Tapi hari ni kat office, aku rasa macam tak boleh buat kerja. Jiwa kacau lak. Semuanya gara-gara mimpi malam tadi. Seyes mimpi paling bangang dan membuatkan hati aku terluka sampai terbawa-bawa ke luar mimpi. Aku mimpi, suami ku kawin lagi sorang daa…asieh. Dengan orang yang aku kenal lak tu. Oh tidakkk….macam real. Tak nak lah komen pasal mimpi tu. Cuma ekoran dari mimpi tu, aku macam dapat rasa perasaan seorang wanita yang berkongsi suami.
Selama nih aku tak kisah kalau sebut pasal poligami. Pada aku, kalau itu dah ketentuan Allah, terima je lah qada dan qadarNya. Memang lah semua benda kat dunia nih bukan hak milik mutlak kita selaku hamba. Cewah..tapi hakikatnya, oh pedih nya! Bersediakah untuk berkongsi sesuatu yang selama ini kita seorang yang miliki….kalau selama ini kita sering meluahkan apa-apa perkara, atau mengadu permasalah pada dia, tapi andai dia miliki insan lain selain kita, apakah sama rasanya untuk kita berkongsi kisah suka duka bersama….mesti akan terfikir, bole percaya ke, kang nanti dia jaja lak kisah kita ke rumah satu lagi…huhu. Takpun, dia nih sayang kita lagi ke, nak ke dia layan perasaan kita, ntah-ntah paksa rela jek dengar kita ngadu-ngadu L
Nak buat apa pun rasa tak best sebab nanti mesti akan terfikir, mesti dia akan compare antara kita dengan yang sorang lagi. So kalau ada permasalah pun mesti akan cuba sembunyikan sebab tak nak nampak cacat di mata suami. Takut dibandingkan dengan yang satu lagi. Maka hidup penuh dengan hipokrit sebab nak cover segala kekurangan dari pandangan dan pengetahuan suami. Oh, memang dah tak sanggup nak berkongsi perasaan kita dengan seorang yang bergelar suami kepada beberapa orang isteri. Bukan atas dasar tak percaya, tapi entah lah…apa jeniskah perasaan itu…tak reti nak gambarkan….Belum lagi bila suami mahu bergurau senda, mesti ada rasa semacam. Seolah-olah gurauan itu bukan lagi tanda kasih, tapi sekadar untuk mengambil hati kita. Hilang terus rasa seri kebahagiann. Bila suami bersama si dia, pasti hati di sini tidak tenteram memikirkan apa lah perihal di sana….
Hahaha…kesimpulan dia, memang sangat banyak lubang-lubang dan cabang-cabang untuk syaitan main peranan. Membisikan hasutan jahat yang boleh membawa kepada pergaduhan dan keporak peradaan sesebuah rumah tangga. Sedangkan Ummul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah pun berperasaan cemburu, ini kan pula kita insan biasa. Memang besar ujian untuk wanita yang hidup bermadu dan aku sangat kagum dengan kekuatan jiwa yang mereka miliki untuk terus hidup aman damai dalam rumah tangga yang dibina. Memang layak lah dapat payung emas di syurga seperti yang diwar-warkan itu.
Kalau aku, sanggup kah??? Oh…no komen. Kalau itu takdirnya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesanggupan dan daya kita untuk menerima sesuatu ujian itu (al baqarah: 286) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Kalau mampu peroleh level cinta Ilahi tahap Rabiatul ‘Adawiyah, mungkin akan tak kesah langsung dengan apa nak jadi kat dunia nih….hehe.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template