Monday, October 18, 2010

Parcel dah sampeiii…


Alhamdulillah, hari ni, genap hari yang 10 selepas aku membuat pembayaran dan kain yang aku order online dah sampai. 10 hari beb…aku ingatkan kain tu dah terbang ke mana lah. Oh ya, penjual dan pak cik posmen telah menjalankan kerja dengan betul. Sampai tepat pada masa dan alamat yang tertulis. Cuma masalah circulation dalaman jek membuatkan parcel itu lambat sampai ke tangan aku. Masa gi amik sendiri kat pigeon hole tadi, aku tgk ada 2 notes from courier company utk gi amik parcel kat tmpt diaorang within 3 days. Agaknya selepas tu, mesti parcel tu akan dipulangkan balik kpd pengirim. Dah seminggu lebih dah dari tarikh tu. Kasihan lah manusia-manusia yang masih tidak mendapat parcel itu. Agaknya, kalaulah ada surat-surat penting seperti panggilan interview ke bagai yang kena jawab within limited period, mesti melepas lah. Nasib nasib~
Semoga Allah melindungi aku dari tergolong dalam golongan yang mengabaikan amanah dan tanggungjawab. Amin!
Oh, disebabkan amanah dan tanggungjawab lah aku stress kat office. Alangkah bagus kalau semua orang menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Maka pasti tak akan berlaku kejadian…. kerja bersama, tapi yang buat sorang tu jekk… Oh, I tak suka lah office politics! Tapi ada gak lak part yang suka tu~ entoh ler~

1 comments:

  1. oh~! bahayanya...dia pakai pos laju ka apa?kena take notes neh!

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template