Saturday, October 23, 2010

Hadiah Kahwin



Ini adalah gambar teko / cerek / kelalang / bekas air / jug dan sewaktu dengannya. Saya panggil teko jek. Kenapa teko nih terpilih untuk bersiar di blog ini?

Teko ini adalah antara hadiah kahwin kami yang paling baru buka. Ingatkan dulu teko nih cap ayam jek, so tak dak lah excited nak guna. Tapi malam kemarin, bila suami tersayang request nak minum kopi vietnam panas-panas, terus teringat teko nih. Sangat best sebab boleh letak air panas mendidih atau boleh jugak dipanaskan di atas pemanas (yg ala-ala hidang kat hotel tu).

Kami menerima hadiah kahwin yang sangat lah banyak (bg saya laa). Tahulah orang lain lagi banyak tapi tak kisah lah. Ini kisah hadiah kahwin kami. Huhu. Sangat rugi lah pulak tak ingat nak amik gambar. Dan masih banyak yang belum dibukak atau dah selamat di bagi orang. Macam-macam hadiah dari yang rasanya sangat mahal (saya tak mampu beli laa) kepada yang standard saya pakai jek...mostly hadiah dapat masa majlis kat sebelah lelaki sbb ada ramai kawan-kawan datang dan kawan-kawan mak ngan abah pun sangat ramai. Dan hadiah dari kawan-kawan mereka lah yang ganas-ganas itu. Hehe.Ingat lagi, pakcik-pakcik itu kena angkut hadiah dengan Storm untuk beberapa round dan penuh hall depan umah mertuaku.

Antara hadiah-hadiah yang masih saya ingat:


  • 1) Tea set + glass set (paling banyak kot...tapi best sebab dapat banyak brand Luminarc)
  • 2) Bedsheet (ada 11 set ) dan paling best ada yg 2400 Thread Count from Aussino dan ada set yg bunga2 English Style siap dengan quilt cover....suke!
  • 3) Set pinggan mangkuk ( sgt banyak jenis dan brand dan paling I suka adalah set 96 pieces Royal Ming yang masih tak berani nak guna)
  • 4) Bohemia & Recardo pun ada, set hidang makanan yg stainless steel  mcm kat hotel berkaki cantik pun ada (bila nak guna pun tatau)
  • 5) periuk belanga pun bayak (paling best dapat La Gourmet set of 3 dengan periuk kaca Corningware set of 3)
  • 4) senduk & sudip pun i dapat...
  • 5) Periuk nasi letrik
  • 6) Vacum dapat 2 bijik (panasonic & sharp)
  • 7) set sudu yg berat2 itu siap dalam kotak yang cantik (ada 2 set)
  • 8) microwave oven
  • 9) beberapa helai kain pasang utk buat baju (suka sutera tenun from Che Wan Jasmali)
  • 10) SONY digital frame pun ada
  • 11) flusk air 
  • 12) frame gambar (mostly adalah ayat-alQuran)
  • 13) jam dinding (cukup utk satu rumah)
  • 14) lampu tidur ada 2 bijik
  • 15) mixer (nak suh saya rajin buat kek lah tu)
  • 16) kipas angin berdiri
  • 17) blander Philip Avent tu
  • 18) slow cooker
  • 19) tray minumam
  • 20) tmpt letak garam, gula, lada bagai (special delivery from Chica)
  • 21) tupperware set (saya dapat 4 set yg berbeza.....jimat duit i)
  • 22) vase kaca pelbagai jenis, tinggi rendah kecik besar
  • 23) lilin tidur IKEA (pemberi nya pun romantik seumpama hadiah nya)
  • 24) frame gambar yang comel2 (plg best dan plg besar adalah from Umbra)....dan sejak tu, suka beli frame gambar utk adiah kat orang. Heee
  •  25) set bantal Heart shape yg besar yang fluffy2 gitu dan kini dah leper sbb sgt masyuk diguna pakai!!
Macam dah tak ada dan tak ingat kalau ada lagi. Kalau ada yang tak tersebut kat sini, sori ek. Saya dan suami amat2 suka semua hadiah2 yang diberi.....sampai rasa nak buat majlis kahwin lagi, so boleh dapat hadiah banayk-banyak lagi. Pemurah betulkan rakyat Malaysia nih.

Kepada yang bagi hadiah mahal-mahal dan  mewah-mewah tu, maaf lah kalau tak mampu nak membalas. Terima kasih untuk semua yang hadir dan bagi hadiah. I likeee!!

2 comments:

  1. whoaaa! byknye dpt hadiah kawen! aku pun nak! aku nak washing machine, sofa set, meja makan set, kitchen kabinet & rumah... bole x nk dpt? *mata bersinar2* keke

    ReplyDelete
  2. kalo lah leh dpt benda2 yg ko sebut tu....huhu...nak kawin lagi bole tak

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template