Thursday, October 14, 2010

Aku Seorang Kakak


Thinking of my dear sister. I miss her. Dulu aku panggil adik as baby, tapi sekarang panggil adik je sebab title baby tu dah bertukar pada anak aku pulak. Adik aku nak amik SPM tahun ni. Bila terkenangkan dia, aku mesti rasa bersalah…kenapa??

Dulu masa aku zaman sekolah menengah, ramai kawan-kawan aku yang punyai kakak. Diaorang selalu cerita pasal kakak diorang. Apa yang kakak diorang belikan mesti bawa ke sekolah. Ada yang kakak belikan pensil tekan/picit/mekanikal yang canggih, ada yang kakak belikan parfume mahal, ada yang kakak dia belikan hand bag atau beg sekolah yang cantik dan berjenama, kakak beli itu, kakak beli ini. Ada kawan aku yang suka cerita kejayaan kakak masing-masing, Jadi doctor, engineer , belajar oversea bla bla…pastu ada gak kakak yang suka temankan shopping, kuar jalan2, makan2 kat Kola Perlis….kiranya semua yang best-bestlah pasal kakak derang.
Paling macam best aku dengar bila ada yang boleh share semua perkara dengan kakak diaorang. Boleh share pasal ‘teman lelaki’, pasal kesah-kesah kutuk cikgu ke…haha…tapi masa nih aku ada gak teman yang boleh share everything…iaitu mak aku!
Pada masa tu, aku kadang-kadang terfikir gak, kenapalah aku tak ada kakak atau abang ek? Tak best lah jadi anak sulung. Hahaha…pastu aku mula lah berazam nak jadi kakak yang best buat adik aku terutama si adik yang perempuan itu.
Tapi kan, masa aku muda-muda dulu, adik-adik panggil aku kakak garang. Hahaha….pastu bila dah start berjauhan dengan keluarga, start dengan belajar kat UTP, then terus kerja dan berkeluarga sendiri, tinggal pulak berjauhan, memang terus terkurang masa aku untuk si adik. So aku akan berasa sangat bersalah. Sekarang adik nak exam, sebagai kakak aku tak buat apa-apa pun untuk bagi support kat dia. Cian adik…tapi akak tau, adik akak memang dah pandai dah pun. Lagi pandai dari akak mu ini….kan kan. Hahaha….
Aku nak sangat gembirakan adik-adik aku. Tapi macam mana. Aku suka ja kalau diaorang minta tolong aku apa-apa terutama pasal kewangan. Tapi diaorang tak penah pulak nak minta apa-apa pada aku. Haha.  Oh adik-adik, jangan lah buat kakakmu ini rasa bersalah dengan mengabaikan korang. Pergunakan lah kakak mu ini sebolehnya….hahaha.
Good luck my little sis :)

1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template