Thursday, October 14, 2010

Akta Jenayah Sihir????


Semalam terbaca tag line semasa berita kat tv…kerajaan cadang penggubalan akta jenayah sihir. Fuhh…macam menarik bunyi nya. Perlu kah? Bagaimanakah? Percayakah orang tentang ilmu sihir nih? Relevankah? Banyak pulak tanya kan.
Mungkin ada yang tidak percaya tentang ilmu-ilmu special lagi halus nih terutama pada zaman sekarang. Tapi aku percaya. Sebab? Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Kewujudan jin dan kisah pengalaman pelik dengan bantuan kuasa jin itu benar. Jin Islam, jin kafir….jin ifrit pun ada. Dulu penah gak sorang ustaz nih nak ajar cara panggil ‘khadam’ atau jin, tapi sorry lah, I tak minat. Hahaha.
Aku pernah berpengalaman dalam selok belok kegiatan yang menggunakan khidmat jin nih. Tapi sekadar pemerhati sahaja lah. Lebih-lebih tak yah cerita lah. And I have an experience when a few of my family member & friend being affected with this kind of ‘sihir’ or ‘santau’…and ada yg sampai menemui ajal. Oh, memang benci giler kepada pengamal ilmu gila neh. Tunggu lah korang yg suka menganiaya manusia neh akan balasan yg maha hebat di akhirat nanti.
Aku terfikir, kalau akta ini dikuatkuasakan, bagus lah sangat2. Tapi, macam mana peguam nak buktikan ek? Benda-benda halus nih manalah nampak dek mata kasar. Tak kan nak bawa pawang bomoh gi dok menurun panggil jin dalam mahkamah lak…hahahaha….kadang-kadang, gi jumpa orang nih nak berubat, dibuatnya ala-ala menurun panggil jin, then jin tu pun main sedap jek cakap manusia sekian-sekian yang buatkan sihir/santau, dah jadi permusuhan dah tu. Padahal tak tahu betul ke idak. Jin nih pun bukan nyer makhluk baik sangat. Kalau kena jin yang bersedare dengan syaitan, memang tujuan dia untuk porak perandakan manusia. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template