Sunday, September 19, 2010

Pre-RAYA 2010


Persediaan raya tahun nih sama macam tahun-tahun sebelumnya. Cuma kali nih, aku bekerja sehingga hari terakhir berpuasa. Reasonnya, cuti limited. Taska si manis dah start cuti 3 hari sebelum raya, so terpaksalah si ayah bercuti menjaga si anak. Si emak masih gigih mencari rejeki. Hoho…

Ditakdirkan 2 hari sebelum raya, si manis demam. Aiseh. Situasi anak demam adalah sangat tidak best dan mencemaskan. Dah lah esok nya nak travel. Mulanya kitaorang just bagi ubat demam, tapi demam dia tak berkurang, so bawalah gi klinik kat sebelah rumah tu. Bila sampai klinik tu, suhu si manis sangat lah tinggi dan doctor suruh nurse buat sponging…..tapi nurse tu terus bawa si manis ke bilik mandi, mandikan dia. Sian anak aku, nangis2 kena mandikan, lama plak tu. Bila badan dia panas, dia akan rasa sejuk bila kena air bagai, so sebab tu lah dia nangis kot. Tapi lepas mandi dlm 15minit, suhu dah turun, doctor suh balik. Aku siap minta ubat demam masuk tuut utk spare sebab takut suhu dia spike time tengah malam. Si manis kalau demam, suhu dia tak menentu. Kejap2 sejuk, kejap2 panas jek tiba-tiba. 

Then, bila dah malam, si manis macam makin lemah. Suhu panas sangat. Aku dah cuak. Bagi ubat, then jab ubat kat tuut…tapi still dia nye suhu tak turun. Bila aku basahkan air, dia gigil sakan. Waaa…cuak kot. Masa tu pukul 9.50pm, kitaorang decide bawa gi klinik sebelah rumah tu, tapi bila sampai, doctor dah balik sebab dia tutup pukul 10pm. Pakcik nurse yang baru start enjin keta nak balik tu pun macam tegur tengok anak aku menggigil sakan….aku apa tah lagi, memang dah pasrah ajak husband gi emergency room spital Kemaman. Memang kitaorang dah siap beg utk bermalam di hospital sebab si manis penah kena tahan sebab kes yang sama, demam tinggi sangat. Bila sampai hospital, lalui normal procedure, cuma tak kena bayar seringgit maybe sebab dah nak raya kot (hehe)…terus doctor suh tunggu kat bilik kecemasan. Mujur tak ada orang. Aku cuak sket dengan bilik kecemasan neh sebab macam-macam kes ada kan. So, doctor cek suhu, jab lagi ubat kat tuut si manis, dan buat sponging….tunggu jap dalam 20minit, then cek balik suhu still tinggi (38.4 degree). Aku ingat memang confirm kena tahan. Nampaknya tak bole balik beraya lah tahun nih. Pasrah je lah beraya di hospital di negeri orang hanya bertemankan anak dan suami. (sadis lah sangat…)
Sekali doctor tu cakap suh balik. Hahaha….alhamdulillah tapi si manis still masih panas, cuma dia dah tak gigil. Badan dia memang habis lencun…sian anak mama. Bila sampai rumah dah pukul 12 lebey…ngantuknya, tapi tak bole tidur sebab still kena monitor suhu si manis.

Esoknya aku ngan husband gilir-gilir gi kerja. Mujur lah hari last puasa so orang tak ramai kerja, dengan bos pun dah tak ada, so boleh lah buat macam office bapak sendiri. Tengah hari dah boleh balik. YES. Itu yang aku suka! Terus balik rumah ingat nak balik KL cepat lah, tak nak sampai malam. Sekali bila dah kat umah, rasa macam tak larat sangat. Aku ngan husband macam nak rehat2 jap, sekali tertidur sampai kenyang (hamper 2 jam tuu…) End up, bertolak balik KL dekat pukul 5pm gak…haha.
Demam si manis pun dah stabil, tak der lah suhu naik melampau2 sampai tak nak turun. Sempat gak singgah klinik sebelah nak confirmkan dengan doctor that my daughter kena chicken pox (based on bintik-bintik merah di kaki dan ruam-ruam di badan). Alahai, orang kata demam campak lama. Normally dalam 2weeks. Mak oi, nampak macam tak best jek raya aku kali nih. Jangan plan aku nak balik beraya di kampong terkandas udah.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan balik KL semuanya OK. Alyaa pun tidur jek sambil bertepek kan cool fever….cian nyer anak mama. Singgah berbuka puasa kat exit Maran rasanya. Time nih plak si mansi muntah abis baju mama dia…uwaa…pulak tu time tu aku terdengar takbir raya berkumandang….sedih wooo….mana pikir anak sakit, malam raya lak di atas jalan raya….dah lah tak balik kampong sendiri…memang meleleh lah aku kejap. Tapi cover tak leh lama-lama sebab banyak kereta lain kat sebelah benti berbuka gak. Hahahaha…

Then, around 11pm kitaorang sampai KL. Lapar. Mujur segala rendang ketupat dah ada, so kitaorang bedal dulu. Hahaha….Selamat Hari Raya!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template