Friday, September 3, 2010

Pelupa

Dusshh...entah kenapa hari ini aku dah buat 3 kesilapan yang ku rasakan amat besar yang melibatkan janji dan amanah. Semuanya sebab 'terlupa'. Adeh. 

Kes Pertama: Aku ada hantar handphone untuk dibaiki. Tengah hari tadi aku dpat call dari kedai telefon tu minta aku ambil handphone yang dah siap dibaiki dengan harga sekian2. Memandangkan esok dia tak bukak kedai, so dia minta aku ambil hari ini jugak. Aku pun cakap OK then janji nak ambil lewat petang atau malam selepas tanya dia punya working hour. Tapi bila dah lewat baru aku teringat dan hasben pun cakap dah tak sempat nak kejar ke Kemaman (30minit jugak laaa jarak perjalanan)....maka jadilah satu pemungkiran janji dengan adik manis si pekedai itu :(

Kes Kedua: Aku telefon maintenance unit untuk mengadu pasal lampu rosak kat rumah. Maintenance team nak datang baiki hari ni jugak sebab esok dah weekend. So aku dah buat janji akan ada di rumah pukul 2.30pm ke atas. Tup tup....masa nak kunci pintu dengan mangga pukul 11.30pm tadi hasben aku jumpa satu note yang tulis: "TEAM ELECTRICAL TIBA PADA PUKUL 2.20PM, JANJI 2.30PM - 2.45PM"....
Tepuk dahi aku bila baca note tu...seyes tak ingat langsung. Satu lagi termungkir janji dengan manusia. 

Kes Ketiga: Aku dapat new task untuk extract data from SAP then upload to our new system (SMART). Ceewahhh...kena jadi system admin tu....macam lah aku tahu apa itu bahasa programming. Melalut plakss...Back to the story....aku kena extract all the data after 4pm (after working hour)...punyalah semangat tunggu dia extract sekali ada error. Aku dah gi training untuk buat benda nih dah sebulan lebih and this is 1st time buat sendiri. Previously memang akan ada mamat from consultant nih akan assist aku. Tapi seyes aku sangat tak ingat dan terlupa apa nak buat bila error macam tu occured. Yang aku ingat, memang mamat tu dah ajar berkali2 kot...aiseh...so aku tak dapat completekan extract and upload data untuk kegunaan budak-budak di department aku...huwaaaa.....bos pulak minta report from the system....selamber jek bitau dia ada error lah bos, kena tunggu the consultant team tu datang balik after raya untuk solve the problem. Padahal aku yang tak ingat nak buat macam mana.....Teruk kan???


Seyes rasa tak best bila termungkir janji atau melibatkan tanggungjawab/responsibility. Pulak tu melibatkan others. Thru my reading, kenapa kita mudah lupa:
  • Buat sambil lewa
  • Tidak berminat 
  • Tidak amik perhatian
  • Tidak amal/ulangkaji secara konsisten
 
Sebab lain yang lebih menyentuh hubungan ruhaniah kita adalah:
  • Mengabaikan/melalaikan solat 5 waktu (termasuklah melewat2kan solat)
  • Sering cakap bohong
  • Selalu mungkir janji
  • Makanan yang shubhah(meragukan) akan status kehalalan nya (rezeki tak berkat pun ya jugak)

So, buat diri sendiri, please check balik amalan seharian. Yes, aku akui ada betulnya apa yang aku baca tu.....hurmmm....aku jugak ada baca cara untuk meningkatkan ingatan adalah dengan:
  • Tidak mengabaikan/melalaikan solat 5 waktu
  • Banyakkan solat sunat
  • Banyakkan membaca al Quran
  • Selalu berdoa kepada ALLAH SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal.

InsyaAllah, mari beramal dengan istiqomah!
Credit to Abu Musaddad for the info. 

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template