Thursday, September 2, 2010

MALAYSIA Merdeka-53

Macam patriotiklah pulak nak menulis pasal MERDEKA. Ngueh ngueh.
Sepanjang 26 tahun a.k.a 26 kali aku sambut hari kemerdekaan nih, banyak perubahan dah berlaku dari tahun ke tahun.
Masih ku ingat, tika kecik, early 90's, sambut merdeka adalah seronok. Kenapa seronok?

Sebab:

1) Cuti..tak yah gi sekolah...mak ayah pun cuti...suka berkumpul sama2 keluarga.
2) Malam merdeka leh gi tgk bunga api ngan kereta berhias....time tu sambutan malam merdeka tak seperti sekarang. Aktiviti dia banyak yang bersesuaian utk seisi keluarga. Kalau ada persembahan nyanyian pun tak der lah ganas2 mcm sekarang. Suka2...

3) Malam merdeka selalunya MB umum esok nyer cuti umum sbb malam tu dah bersuka ria sampai lewat.

4) Kalau rajin, pagi hari merdeka leh tengok perbarisan. Selalunya kalau ada family member yg terlibat perbarisan baru lah rajin nak gi tengok. Huhu...

5) Memang wujud dalam diri, bila hari merdeka ada feel patriotik sayangkan negara. Cewah. Maybe sebab masa tu masih sekolah dan kerap terdedah dgn erti kemerdekaan dalam subjek sejarah.

Tapi sekarang, merdeka sama saja ku rasa dengan cuti umum yg lain.
Mungkin kerana:

1) Aku dah jadi mak orang kot..dalam erti kata lain dah dewasa.

2) Tak mungkin utk gi sambut detik 12 malam zaman sekarang nih sbb dah sgt tak sesuai utk seisi keluarga. Lebih sesuai utk si perempit dan si penggemar akan pergaulan bebas. Konsert yg melampau, arak, pergaulan bebas, zina, bohsia, rempit, gaduh...
Sungguh buruk gaya bangsa ini menyambut merdeka. Agak2 nyer kenapa jd mcm ni ek?

3) Walaupun cuti umum, tapi tak bole balik kampung sbb sehari jek...dahtu byk keje umah kena buat bila cuti...haha.

4) Dah lama tak baca buku2 sejarah Malaysia, so semangat kemerdekaan tu dah ilang sket2.

5) Maybe generasi2 baru yg tak pernah rasa kesusahan nak capai merdeka adalah majoriti, so suasana kat negara ku ini time nak sambut Merdeka mcm biasa2 aja...

Fuuh...byk plak teori aku...heee
Apa-apa pun, amat bersyukur kerana sehingga kini hidup dalam negara yg aman damai merdeka raya...masih ramai insan yang tidak merasai nikmat tinggal di negara yg aman damai....semoga rakyat Palestin diberi kakuatan utk terus mempertahankan maruah negara mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template