Sunday, September 19, 2010

Hari Raya Aidil Fitri with PIL


1st time dalam hidupku berhari raya (day 1st) tanpa mak ayah dan adik-adik. Tak nak pikir sedih. Aku dah doa awal-awal semoga Allah gantikan kegembiraan dan kenikmatan bersama mak ayah dan keluarga dengna kegembiraan yang sama. Haha….pulak tu anak demam campak, so memang tak sempat nak rasa sayu sedih sangat lah sebab asik pikirkan si manis.

My husband and FIL solat aidil fitri kat KL jek sebab si manis pun tak sihat nak bertolak awal2 pagi balik kampong. Kitaorang balik kampong mak dulu kat Brisu, Melaka. Semua adik beradik mak ada kat umah nenek. Mujur kitaorang singgah umah makcik dulu, so tak ramai orang, boleh lah si manis rehat2 jap. Dia dah start meragam. Puas mak cik a.k.a nek sidah dia buaikan tapi tak jugak tidur-tidur. Kitaorang kejap je kat kampong Melaka tu. Lepas solat Zohor, ziarah umah nenek yang bersebelahan je ngan umah mak cik. Ramai-ramai jumpa sanak sedara….makan-makan segala ketupat nasi, lemang, sup ekor, rendang ayam kampong (ayam pencen kot sbb keras semacam) dan rendang daging. Memang menambah kalori betul lah. Then dalam pukul 5 kitaorang dah ready nak balik. Alyaa pun memang dah tak senang duduk. Dah lah pakai baju kurung, memang dia tak selesa dengan demam yang masih ada.

Ramai yang bagi petua utk si manis. Minum air kelapa lah, tidur atas daun mambu lah….semuanya utk pastikan demam campak dia cepat baik. So masa on the way balik, kitaorang cari air kelapa. Ingat ada jek kat mana-mana R&R, sekali tak ada lepas kitaorang singgah 2 R&R. Bila dah sampai Cheras, cuba nasib kat Jusco. Alhamdulillah ada. So malam tu beri si manis minum air kelapa, nenek bagi 3 sudu jek. Huhu…
Besoknya, awal-awal pagi kitaorang bertolak balik kampong PIL kat Sabak Bernam. Lalu kawasan sawit, naik pulak 4wheel, memang macam kuda kepang patah kaki jek aku ngan husband kat belakang keta tu. Memang control abis sambil riba si manis sebab takut kang kena shaking syndrome plak anak aku. Lenguh abih badan mak 2 jam lebih dok menahan diri terhentak-hentak. Bila sampai, beraya 3-4 bijik rumah sedara mara. Aktiviti utama adalah menambah kalori dengan makanan-makanan yang berbagai. Ada soto kau…hehe. Kat Sabak, kitaorang jumpa daun mambu, then Bik buatkan bedak lumur badan si manis. Sian dia, dah macam ikan kena lumur garam kunyit siap nak goreng jek aku nengok. Hahaha…kejap jek, dalam 10minit then terus mandi bersih-bersih.

Kitaorang beraya sampai malam. Memang penat. Aku yang dah besar nih penat, apatah lagi si manis yang memang sedang demam itu. Bila on the way balik, memang dia tak duduk diam. Keta dah limited space. Aku memang hangin hamper hilang sabar. Husband plak sedap jek tidur sebab si manis memang tak nak duduk atas pangku ayah dia. Mujur ada mak ngan abah kat depan jek aku macam control-control. Last-last semua tidur dengan nyenyak. Aku pun tak sedar sama ada aku tidur dulu atau si manis tidur dulu. Hahaha…memang tahap lantak kau lah mek kecik, mama dah ngantuk tak larat dah. Hahaha…

Hari raya ke-3, demam si manis dah kurang. Memang dah tak demam cuma dia asik tergaru-garu bekas campak tu. Siannya dia, langsung tak bole panas, mesti tergaru-garu sampai nangis-nangis. Kitaorang beraya satu umah je pun, umah sedara mak. Insaf aku bila gi raya umah tu kat area Kampung Pandan, Mak cik tu sangat daif. Dia dah uzur, rumah pun macam tak terurus. Dia jaga 2 orang cucu yang ditinggalkan oleh si emak selepas berpisah dengan si bapa. Si cucu pulak membuat onar dengan tidak mahu ke sekolah. Baru tingkatan 1 dah kena buang sekolah. Sedih aku dengar mak cik tu dok bercerita mengadu. Insaf betul dengan nasib manusia yang tak semuanya senang. Then, petang tu after asar, kitaorang bertolak ke Subang Airport. Nak balik kampong ku pula…yeeehaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template