Friday, September 3, 2010

Buku Baru Beli



Hari ni beli satu buku baru...buku masak-masak gituu....
Credit to mr.Google

1 Hari 1 Resepi, 365 Resepi Istimewa by Chef Hanieliza. Dah lama aku suka try resipi Hanieliza neh thru dianya blog dan tadi bila terpandang buku dia yang tebal neh kat Popular, Mesra Mall, terus aku grab. Harga pun berpatutan, cuma RM 39.90... Sila lah beli ya, berbaloi rasanya sebab aku memang dah acap kali cuba resepi dia dan alhamdulillah menjadi. Cewah macam tolong promote free lah plak. Credit to my MIL yang introduce website Chef Hanieliza ni pada aku.

Betol ke aku nak rajin2kan diri memasak neh? The answer is, INSYALLAH and YES I WILL!. Huhu...seriously aku bukan lah pandai sangat bab masak memasak. Setakat boleh lah ala kadar dan ada semangat nak belajar. Teringat lagi masa baru-baru kahwin dulu, awal-awal lagi aku dah angkat tangan mengaku pada in law's family yang aku tak pandai masak. Hahaha...mujurlaa derang semua sporting. Ngeh ngeh...tapi kena lah buat something untuk improvekan diri kan :)

Kenapa penting ilmu masak memasak neh? Of course semua orang dah tahu kan....tentang kelebihan 'air tangan' isteri. Bila kita masak sendiri untuk family, apa yang kita akan dapat:

Credit to mr.Google
  1. Lebih murah dan jimat
  2. Terjamin kehalalan dan kebersihan
  3. Boleh doakan yang baik2 utk keluarga semasa proses memasak (contohnya: Ya ALLAH, kurniakanlah kami dari rezeki Mu yang halal lagi barakah, dan kukuhkan lah ikatan mawaddah, mahabbah wa rahmah dalam rumah tangga kami, Amin!)
  4. Lebih kena dengan selera dan tekak sendiri
  5. Lebih berkhasiat sbb kita akan guna barang yang fresh dan tak mungkin nak recycle minyak tu berkali-kali sampai naik hitam macam kat kedai tu kan
  6. Anak-anak yang dibesarkan dengan masakan ibu lebih 'menjadi', insyaAllah
  7. Dan byk lagi laaaa...
 Bak kata Sdr Abd. Jalil Ali dalam bukunya "Teh Tarik Kurang Manis":
"Sesedap-sedap masakan pembantu rumah, sedap lagi masakan isteri. Betapa lazat pun kari mamak, lazat lagi kari isteri sendiri. Sy percaya dan selalu percaya, bahawa salah satu cara untuk mengikat kasih sayang keluarga, termasuk suami ialah dengan masakan isteri. Air tangan ibu adalah yang terbaik. Air tangan isteri adalah pengikat kasih, penyambung cinta. Bagaimana agaknya kasih suami boleh dikekalkan sekiranya air tangan mamak atau air tangan orang gaji lebih banyak masuk ke perut suami??"

Dan menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

 Cuba tengok, anak-anak zaman dahulu dengan anak-anak zaman sekarang, siapa yang lebih mendengar kata dan lebih lembut hatinya untuk dididik? Ibu-ibu moden zaman sekarang dengan ibu-ibu tradisi zaman dulu-dulu siapa yang lebih kerap memasak untuk keluarga sendiri dengan lebih ikhlas dan penuh kasih sayang?

Aku?
Balik umah jek lepas keja dah penat...kalau masak pun nak cepat2 dan simple2 aja....asal ada benda nak makan sudah....mampukah nak adun resepi tu elok sempurna dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang?

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template