Sunday, September 19, 2010

Back to Work


Hari Jumaat, 17 September yang suram. Pagi-pagi selepas breakfast, ayah ngan adik hantar aku ngan husband ke airport kat Loq Staq. Hanya kami berdua, tanpa si manis. Sedey…

Pukul 10am flight ke KL, berdua sahaja. Bila dah berdua, sempat gak lah feeling pasangan couple muda-muda. Kejap-kejap snap gambar sana, snap sini…haha…ntah apa lah orang kata bila mak cik gemuk asik bergambar aja kat setiap celah.

Sampai Subang, terus amik teksi ke Cheras, then kemas-kemas barang, terus gerak balik Kertih. Singgah solat Jumaat pun masa on the way jek. Macam pelik je aku rasa bila berdua dalam kereta tanpa si manis. Nengok jek car seat ngan mainan tergantung-gantung tanpa tuan nya. Sampai Kertih dah senja. Hari ini adalah hari travel jek. Breakfast kat umah di Perlis, makan lunch kat RuzAladdin, Ampang then dinner kat Burger King, Mesra Mall, Kertih. Merentas beberapa buah negeri. Bila dah kat umah, memang collapse lah. 

Masa sampai umah, aku rasa tak best jek bila si manis tak ada. Siap ajak husband gi solat jemaah kat surau untuk hilangkan rasa sunyi semacam tu. Bila nak tidur, tengok katil si manis kosong jek. Adeh. Mujur ada bantal2 busuk dia ngan cik Bebek yang tak di bawa balik kampong. 

Hari Sabtu, kitaorang lepak kat umah je. Esok dah nak keja. Sunyi ngan boring semacam jek bila tinggal berdua. Hai si anak. Mama sangat merindui mu…kejap-kejap asik tepon mak aku ja tanya perkembangan si anak. Happy aja dia kat sana. Siap dah tak sebut-sebut mama ngan papa, tapi tukar sebuat awan (tokwan). Amboi, seronok sangat lah tok wan ngan mak tok melayan ek….

Alhamdulillah si manis aku jenis tak jakun sangat bila jumpa orang tak kenal atau orang yang jarang-jarang dia jumpa. Agaknya sebab dia dah biasa duduk taska  yang ramai-ramai ngan tukar-tukar cikgu/pengasuh. So dia macam sangat ok jek dengan sapa-sapa yang nak main ngan dia. Bila gi ziarah umah sedara pun, semua macam puji si manis sangat baik dan sopan. Biasalah dah anak dara kan. Cousin dia yang sebaya agak lasak sebab budak laki. So ok lah tu. Rindu plak pada anak-anak sedara sepupu aku. Terkilan raya aritu tak sempat jumpa lagi 2 orang cousin si manis. Tok aku dapat cicit 4 orang serentak dalam setahun, so si manis aku ada 3 cousin yang sebaya. 2 lelaki dan 2 perempuan….boleh pakat-pakat dok ikuti perkembangan anak masing-masing lah sesame aku dan cousins. Sangat teringin nak begambar kami berempat (aku, kak cik Norishah, kak ti ngan icah) bersama anak masing-masing (Yaya, Adam Harris, Damia Yasmin dan Rayyan Mikhail)…oh ada sorang lagi tapi baru keluar ja….anak cousin ku yang lelaki, Tg   Amani Zulaikha. Meriah betul kalau semua berkumpul sebab ramai sangat budak-budak tecik. Best nya keluarga besaq dan mesra plak tu….alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template