Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri Di Perlis


Aku sampai Perlis pada malam raya ke-3. Walaupun dah ada sedare yang dah balik kerja, tapi still aku happy sebab balik beraya lama (5 hari gitu). Aku macam beruntung sebab hari raya ke-4 tu, mak ngah buat akikah untuk cucu sulung dia. So semua sedara berkumpul kat umah dia. So aku tak perlu susah-susah nak gi umah derang satu-satu untuk berziarah. Semua meriah-meriah kat situ ajok…hehe.
Mak ngah aku sedih sebab cucu dia dah nak balik KL tempat mak ayah dia mencari rezeki. Teringat lak masa mak aku nak berpisah ngan si manis lepas aku abih berpantang kat kampong. Mak nangis tak nak tengok cucu balik wooo…cian mak.

Esoknya kitaorang gi umah cousin yang buat open house. Dia masak mee kari. Pedas tak hengat. So sempatlah berjumpa sedara mara belah ayah. Heh. Kitaorang banyak gi open house jek. Umah jiran ngan umah mak cik. Rasa 5 hari kat perlis tu macam sat sangat. Tak puas kot. Mujur aku bakal tinggalkan si manis untuk jagaan mak tok ngan tok wan dia selama seminggu, sebab ada course serentak dengan husband, so bole lah derang merasa bermanja dengan si cucu lama sket. 

Masa kat kampong, sempat kami pi berziarah ke Padang Besar. Aku beli brooch jek sebab yang itu jek macam menarik minat. Oh ya, sempat gak melawat si kembar member baik ku. Ummi Firdaus dengan Baby Rayyan dan Baby Furqan. Fie suh aku try pegang anak dia, tapi aku macam dah tak reti nak pegang baby baru lahir. Seyes, aku tak berani. Hahaha…cepat nya daku melupakan daratan. Bila agaknya si manis akan dapat adik??? Heh…cousin aku dah ready utk baby ke-2 ujung tahun nih.  Tiba-tiba teringat pesanan Tuan Haji Bos, dia tak nak pompuan pregnant masuk plant utk pojek tukar pam dia, so macam kena tunggu pojek ku selesai dahulu…tapi kalo dah rezeki, ada aku kesah pojek dah selesai ke belum??

Yeay, selamat Hari Raya!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template