Sunday, September 19, 2010

1st time fly with Si Manis


We choose Firefly (Subang to Alor Star) untuk balik kampong bersama si manis. Why? Nak kata murah tak jugak sebab Air Asia macam lagi murah. Main reason sebab timing dia macam ok. Tak awal sangat dan tak lewat sangat. Kalau Air Asia nyer timing memang macam sengal sket. Kalau MAS is the best lah tapi mahal lah plak. Pastu Firefly macam ada ruang lebih sket. Maybe because of seat arrangement 2-2 side by side yang membuatkan dia nampak lapang sket kot. Anak aku skrang dah tak suka duduk diam-diam dalam jangka masa yang lama di ruang yang sempit seperti di dalam kereta. So aku dah plan awal-awal amik seat depan dalam flight tu supaya senang boleh bangun berdiri pujuk-pujuk si manis if in case dia meragam dalam flight nanti. Siap baca semua komen-komen, nasihat, pengalaman orang lain naik flight dengan si kecil. Paling aku cuak bila baca pengalaman Zaza bila anak dia jerit dlm flight. Kesimpulannya, persediaan yang paling penting adalah  susu untuk diminum semasa nak boarding supaya dia tak efek si kecik masa changes of pressure time tu. Kan kita pun akan jadi telinga bengang semacam jek. Budak-budak nih derang tak pandai nak telan air liur bagai, silap haribulan bole nangis meraung kang. So better bagi derang minum susu time tu utk elakkan perkara sedemikian.

Masa nak fly aritu, si manis masih lagi tak selesa gatal-gatal badan sebab demam campak. Pulak tu dia macam mengantuk masa on the way ke airport. So memang lah dia dah start meragam sket-sket. Kat airport bila dah ramai-ramai orang, mulalah dia panas, berpeluh, tergaru-garu. Memang tak selesa lah untuk si kecil ku itu. So decide dengan mak mertua aku nak lumurkan si manis dengan calamine lotion banyak-banyak untuk kurangkan gatal. Memang betul-betul lumur lah satu badan dia. Putih semacam jek anak aku. Hahaha…macam pakai bedak sejuk. Ntah orang tengok kata apa lah lumur anak dengan bedak sejuk banyak-banyak gitu. Tapi alhamdulillah, berkesan. Dia macam tak menggaru sangat macam masa dalam kereta tadi. Lega sehh….

Masa tunggu boarding tu macam dah start berpeluh. Si manis pun dah merengek-rengek. Aku bawa kuar Barney kesayangan dia, tekan2 bagi bunyi siap aku skali menyanyi utk bg dia tak nangis. Hahaha….memang orang keliling tengok jek aku dok pujuk si manis. Bila orang panggil masuk, aku dapat priority sbb ada baby. Mujur si manis macam still boleh control. 

Bila dah kat dalam flight, aku cepat-cepat adjust corong aircond supaya direct kat anak aku. Takut karang dia berpeluh, dia akan start gatal dan nangis balik. Sambil tepuk-tepuk nyanyi ngan Barney. Adoi..memang penat aku nak meng’kanak-kanak’kan diri. Masa stewardess dok sibuk buat demo, si manis dah tak senang duduk. Dah bunyi2x. Aku macam dah pasrah dah….belum lagi terbang kot. Then, stewardess tu tegur-tegur si manis siap cubit pipi anak aku tu. Boleh tak, budak kecik tu terus diam then tengok kat pramugari yg cantik jelita tu tanpa berkelip. Bila akak cun tu jalan ke belakang, anak mata anak aku pun follow je tak berkedip. Wahh…anak aku suka tengok pompuan cantikkk…. Memang bila time akak cun tu tegur2 dia, si manis akan suka jek. Then aku bagi dia magazine dlm flight tu yg ada gambar model cun peraga baju apa ntah, anak aku suka jek nengok. Memang diam jek dia dok usha model dalam magazine tu. Hahahaha…..lawak lah. Part ni dia ikut aku nya perangai, suka tengok perempuan cantik bergaya. Kuang kuang kuang…..pastu masa betul-betul boarding, aku sumbat dia susu, terus dia tidor sampailah kitaorang mendarat di Alor Staq…..bila sampai dia pun bukak mata nak jumpa tok wan ngan mak tok. Hehe….alhamdulillah, our 1st journey dgn si manis berjalan lancar. 

Cuak bila pikirkan nanti nak balik dari Alor Star ke KL, aku dengan si manis berdua aja. Pulak tu naik Air Asia yang mcm jauh kena berjalan, pagi-pagi buta nyer flight, suka pusing-pusing kat udara sampai aku pening pala bila landasan penuh time nak landing (sbb berebut dgn MAS)….hoh…cuak seh. Jangan lah ujan time tu. Semoga si manis pun ok-ok aja dengan mama dia.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template