Monday, October 20, 2014

Isu Sentuh Anjing…


Pendirian ku perihal program sentuh anjing….hurm…apa pun niat penganjur, program yang menyentuh sensitiviti masyarakat seperti ini hanya akan memecah belahkan Muslim berdasarkan pendapat masing-masing. Makin terpecah, maka makin longgarlah kekuatan ikatan Muslim di Malaysia. Bila longgar, fikirlah sendiri akibatnya.
Majoriti mengatakan tujuan program adalah untuk menghilangkan persepsi masyarakat Muslim yang sangat trauma dan fobia dengan anjing. Yang kononnya sangat benci pada anjing. Lupakah kita sebagai Muslim, kita diajar agar menghormati sesame makhluk Allah? Ramai sangatkah golongan Muslim yang membenci anjing? Banyak sangat kah kes laporan penganiayaan terhadap anjing? Aku rasa, lagi banyak kes buang bayi dari kes bunuh anjing.

Ye, benar program itu tak haram. Kalau nak cakap bab hukum, banyak hujah nya. Kenapa ulama istinbat hukum anjing tu begitu begitu…sila lah kaji. Paling malas pun bacalah tulisan Dr Maza dah cukup sebagai langkah permulaan untuk belajar. Nak tahu mendalam, belajar lah ilmu fekah. Kena tengok semua sudut. Dalam Islam, selain Quran dan sunnah Rasulullah kita ada lagi Qias dan Ijmak Ulamak. Jangan tinggal, raikan semua. Masing-masing ada hujah unless kita lebih pandai dari yang dah ada tu. Kalau tak suka pendapat Imam Syafie, jangan pula dinafikan. Ada sebab dan hujah kenapa setiap Imam mengeluarkan pendapat begitu begini. Sila lah fahami.
Bawa anak sentuh anjing sebab nak nanti anak tak lari bila nampak anjing. Nak nanti anak akan kesian dan tolong kalau nampak anjing lapar or sakit kat jalan. Tak kisahlah, tu cara dan pilihan didikan anak masing-masing. Cara didikan dan asuhan anak ni hak masing-masing. Nak pilih didikan cara Rasulullah ke, cara Susan Newman ke, cara Alyson Schafer ke, cara Lukman al-Hakim ke..…terserah….tapi yang pasti dalam Islam tak suruh ajar anak bertindak kejam pada binatang ataupun mana-mana makhluk.

Walaupun ku tak join program seperti itu, ibu ku tak pernah bawa ku pegang anjing, ku tetap hormat binatang itu. Pernah ku jumpa anjing dilanggar patah kaki, terbaring kat lorong paling kanan highway. Ku sedih, ku nangis tapi ku tak berhenti menolong kerana ku tak berani. Lalu ku roger pada group yang ada kawan Chinese yang berhampiran lokasi minta derang tolong…Alhamdulillah ada yang cuba menolong walaupun selepas dia round kawasan tu anjing tu dah hilang. Maybe ada makhluk Allah yang lain dah tolong. Masa kecik, aku suka jaa watak Oodie dalam cerita Garfield. Mak ayah ku pun tak haramkan ku tengok cerita tu. Even Piglet kawan si Pooh pun ku suka sebab kartun comel. Masa sekolah, anjing Peanut tu ku ada ja koleksi barangan seperti pembaris, bekas pensil…tak diharamkan pun oleh mak ayah ku. Kini, dalam mainan anak-anak ku, Happyland Farm ada patung anjing, ku layan je anak ku main sama dengan patung kucing yang turut ada sama. Kenapa? Kerana faham! Ku terangkan pada anak kenapa anjing tak boleh pelihara macam kucing dan apa status anjing dalam Islam. Tapi ku tidak ajar anak ku baling anjing dengan batu bila nampak depan mata. Tapi ku ajar anak ku jangan dekati anjing liar yang sangat banyak di Bandar Tun Hussein Onn ini kerana banyak ku dengar kes anjing gigit orang, hatta anjing peliharaan pun gigit tuan. Ku juga dengar wujudnya kes anjing gila yang merebakkan penyakit. Kucing liar pun ku tak benarkan anakku dekati. Ku juga berjiran dengan jiran yang memelihara anjing. Tetiap pagi ramai je jiran yang bawa anjing comel kiut miut derang bersiar-siar keliling kawasan rumah kami. Aku tunjuk pada anak ku. Ku puji anjing itu comel depan anak ku. Tapi anak ku paham, anjing untuk orang Islam macam mana kalau terkena air liur nya. Tidak pula rasa dalam diri nak pindah rumah bila ramai jiran bela anjing.

Yang penting, dengan ilmu kita dapat faham. Dan kepada penganjur, please make sure u selitkan ilmu agar fahaman terus meresap dengan mudah. Jangan sekadar provoke dan kemudian tinggalkan dan kemudian memecah belahkan. Media juga please, jangan laa membatu apikan sangat.

Arrgghh…..lapar sebab ku tak breakfast lagi. K bai.





Monday, October 13, 2014

Termalu

Pernah tak berada dalam situasi termalu....

Kisahnya....

Dalam department aku, kerja utama setiap orang adalah buat presentation. Setiap orang kena buat presentation tentang apa sahaja tajuk yang berkaitan dengan business syarikat setiap bulan. Setiap orang bebas untuk buat presentation macam mana rupa dan corak sekali pun. Tak kisah asalkan menarik dan audience suka. Ku lihat, seorang kakak ni selalu buat presentation dengan template yang cantik dan gaya penyampaian yang menarik. Memang audience tak tidur lah kalau time dia present. Dia juga akan mengenakan pakaian yang cantik kalau hari dia kena present. Antara yang paling ku suka pandang pada dia adalah tudung dia yang memang cantik. Serious cantik, menarik, tertarik, kau memang da bom! Agaknya brand Fareed kot.

Disebabkan saya sampai termimpi-mimpi suka tengok koleksi tudung dia yang menarik dan template presentation beliau yang mengujakan, dengan berani nya saya bersembang dengan beliau. Saya tanya, kat mana beli tudung cantik-cantik ni. Teringin gak nak ada macam tu. Dan macam mana dapat template presentation cantik-cantik ni, saya hanya pandai guna standard Power Point je. Dia tak jawab. Dia senyum je. Senyum yang manis dan tukar topic lain borak dengan kencangnya. Oh ada dia jawab, dia kata boleh google je. Easy. A ah kan, naper aku tak fikir nak google je….hehehe….dan kami terus berborak dengan mesra melarat sampai ke topic anak-anak, hobi, cita-cita dan bla bla bla…

Then, a week after that, sampai lagi turn kakak ni present. Teruja nya ku nak tengok slide-slide beliau yang cantik dan penampilan beliau yang pasti jugak cantik. Tau apa tajuk dia present kali ini, hurmm….dia present tentang bagaimana nak hasilkan presentation yang berkesan. Dan main point dia, jangan simply tanya, kena usaha cari sendiri dari segi data, template hatta cara penyampaian. Nothing is free in this world.

Erk….sebagai seorang aku….apa patut aku rasa selepas mendengar presentation beliau pada hari itu?? Sumpah tak tanya dah. Aku termalu.

Sekian….

Thursday, October 2, 2014

Perubahan Selepas Beranak 2...

Oh, hari ni mak dah masuk kerja hari ke-2 secara rasminya. Siap terima email dari HR tanya dah datang kerja ke belum...haha...tak tahu plak mak yang kena report duty ke HR kalau balik lepas ambil cuti tanpa gaji. Dua hari sebelum masuk office, mak dah kelam kabut sebenarnya pasal kerja ni. Almaklumlah, appraisal tahunan. Tarikh last semua sebelum mak sempat masuk kerja, so nak tak nak mak kena laa buat kerja kat rumah. Adeh. Penat otak.

Eh kenapa berbahasakan diri 'mak' plak ni kan....hurmm...sebabnya....mak dah ada 2 anak. Yeay.... Haha. Tak lah, sebabnya sejak dua menjak ni, mak punya penglihatan dan agak sangat teruk. Hari pertama bekerja ja mak dah kena migrain yang teruk. Berlanjutan sampai hari ni. Mak rasa dah sampai masa mak kena cek mata. Terus tengah hari tadi pergi kedai cermin mata. Sah, power dah tinggi nak ooii....patut laa mak pening. 200 haa sebelah mata. Optometrist tu cakap, memang normal untuk certain wanita lepas melahirkan, mata pun makin kabur. Aiyayaya....petanda apa tu anak-anak??? Petanda.....tuaaa....makin menghampiri.

Oh, dah lah tahun ni jejak ke angka 3 series kan. Pastu, masa try untuk cari frame-frame yang sesuai kan, memang nampak sangat kat dalam cermin tu...oh...macam mak mak sangat. Ok, admit....memang mak kepada anak 2.

So, perubahan utama selepas beranak 2 is....lepas ni mak kena pakai spec!! Size badan tak berubah pun dari size anak pertama sebab semua baju lama adalah tak terjejas. Haish...size lama tu maknanya masih lagi obesity. Wakakaka.....

Kena tiru langkah Che Ta nih....dia plan nak pantang makan setahun kau. Huuuu...tabik.

Tuesday, September 30, 2014

Selepas 3 bulan bercuti....

Esok, 1 haribulan Oktober, saya akan mulakan kerja selepas bercuti 3 bulan lebih. Cuti bersalin 60 hari dan sambung dengan lagi sebulan cuti tanpa gaji. Seronok dapat bersama Nur Hannah. Awal bulan September saya dah mula hantar Hannah ke taska tapi tidak lah setiap hari. Tak sampai sepuluh hari rasanya sebab  bertujuan nak biasakan sahaja. Dan besok, saya dah kena hantar sepenuh hari setiap hari. Oh sangat tidak seronok rasa dihati. Alangkah bagus kalau dapat dicari penjaga khas untuk bayi saya seorang sahaja. Orang melayu kita. Saya tak berani nak ambil pembantu Indonesia. Terima kasih sahajalah. Penat dengar cerita kawan-kawan pasal pembantu rumah Indonesia ni.

Apa yang lebih rungsing, anak kecil saya sudah masuk hari ke 9 selsema dan batuk. Demam on off. Dan semalam, 29 September adalah mencatat sejarah apabila anak kecil saya seusia 3 bulan setengah dah kena buat nebulizer dan start ambil antibiotik. Sebelum ni dah macam-macam cara natural saya cuba. Bawang putih, kunyit, bawang besar, steaming air panas campur bawang putih, steaming guna euky bear dan macam-macam lah. Masih tak baik. Saya masih continue cara natural itu sampai sekarang. Tapi kahak degil dan hingus ketegaq itu masih ada. Allah, tolong kami. Semoga ketidakselesaan anakandaku itu cepat hilang. Amin.

Duduk berdua dengan Hannah seronok. Dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah. Dia dah pandai borak bebel-bebel bila ada orang dekat dengan dia. Bila nampak kakak dan ayah dia balik rumah masa petang, dia dah pandai tunjuk sifat teruja nak main dengan insan-insan tersayang dia. Dia dah pandai dan sangat terror merajuk. Hahaha... Dulu saya tak pandai pujuk bila dia nangis sekuat hati sebab merajuk. Bukan sebab sakit tapi sebab merajuk. Bila jadi macam tu, mesti saya pass pada ayah saya atau adik ipar saya sebab mereka pandai pujuk sampai Hannah diam. Tapi bila dah sebulan balik rumah sendiri, saya pun dah agak pandai pujuk Hannah bila dia nangis merajuk over tu. Hahaha....

Oh...perasaan saya sangat tidak gembira memikirkan esok. Kalau Hannah sihat, mungkin kurang sikit rasa gundah ini. Alhamdulillah mujur pemilik taska sangat positif bila saya suarakan kerisauan untuk hantar baby yang selsema batuk ini. Dia siap minta izin nak gunakan cara tradisional seperti guna kunyit itu ini. Saya alu-alukan sahaja. Malah dia tak lokek berkongsi petua. Mandikan lewat skit agak-agak tengah  hari katanya.  Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk esok dan hari-hari mendatang. Amin.

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template